Saya melakukan satu kesalahan hari ini sehingga prospect terus tidak berminat untuk mendengar further explanation dari saya. Memang sy agak blur hari ini. Tak tahu kenapa. (sbb dtg bulan kot?) Seorang senior menegur. Dia tidak marah, tapi nada suaranya datar dan kedengaran dingin sekali. Saya senyum pahit. Memang salah saya . Perkara kecil sahaja akan tetapi dengan sedikit kesalahan begitu boleh merugikan diri sendiri. Ah, saya mengutuk diri kerana tidak seharusnya perkara semudah itu saya terlepas pandang. Akan tetapi past is past dan saya tidak mampu mengubah keadaan.
Dia bersuara,"Kamu perlu cepat belajar, kalau perkara semudah ini pun kamu tak dapat nak cope bagaimana kamu nak berjaya?". Fuh, bisa--bisa. Sungguh bisa. Akan tetapi, saya kuatkan semangat. Dia sambung lagi , "Kamu kena fikir, nak datang ke sini, hari-hari makan masa, duit pun banyak habis, kalau kamu tidak bersungguh2, sia-sia sahajalah usaha kamu". kata-kata terakhir dia inilah yang sangat memberi kesan dalam hati. Tidak besungguhkah saya selama ini? Adakah saya suka mengambil mudah setiap perkara?
Ramai yang menceburi bidang yang saya ceburi ini sebagai punca pendapatan tetap. Jadi sudah tentulah mereka melakukan dengan serius dan sangat bersungguh-sungguh. Mengambil kira sgl perkara; expenses, dari hal duit minyak sehinggalah hal waktu/masa. Sedangkan saya, maintain relax. Tidak terlalu menekan diri dan tidak terlalu berkejar sana sini. Sebab ini hanya kerja sampingan saya.
Senior tadi, cuba membandingkan dirinya yang terpaksa bersusah payah pergi ke kerja menaiki motor meredah hujan dan panas. Kata-katanya itu seakan mengambarkan betapa tinginya harga yang perlu dia bayar demi mencari rezeki. Saya fikir dalam-dalam maksud yang dia cuba sampaikan.
Saya akui, selama ini saya banyak bergantung pada keluarga kerana mereka sentiasa memberi support. Saya tidak pernah kenal erti susah tiada duit dan saya tidak pernah merasai sukarnya mencari rezeki. Nah, sekarang ini baru saya merasa apa yang mereka rasa. Memang perit.
Barulah saya benar-benar faham. Orang yang telah berjaya sebenarnya telah melalui frasa kesusahan dan keperitan hidup sebelum berjaya dalam memperolehi apa yang mereka impikan. Untuk berjaya terlalu banyak liku-liku dan dugaan perlu ditempuhi. Hanya mereka yang bulat hati, cekal serta sabar mampu sampai ke tahap itu.
Saya perlu banyak belajar dan cepat belajar. Dan juga, lebih bersungguh-sungguh dengan apa yang saya lakukan dengan meletakkan fokus dan matlamat. Saya tak boleh mengambil mudah sesuatu perkara kerana take thing for granted adalah umpama cancer; a silent killer. Apapun, untuk esok saya mahu menjadi lebih baik dari hari ini.

No comments:
Post a Comment