Pada saya, hari-hari adalah hari istimewa. Akan tetapi sebab masing2 sibuk dan susah hendak berjumpa kecuali ada hal penting, maka saya jadikan hari lahirnya sebagai perkara yang penting yang mesti diraikan bersama-sama. Sekurang2nya dapat berkumpul dan makan bersama beramai-ramai. Dengan cara ini, saya selalu yakin ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim kami. Ia juga baik untuk semua orang kerana ada yang tidak kenal mengenal antara satu sama lain. Jadi inilah masanya.
Kami turut menempah sebiji kek yang sangat comel. Comel macam tuannya juga. Tatkala kami berdoa beramai2, saya tahu dia berasa sebak dan terharu. Hampir menangis! Saya katakan padanya life is very short, Hoda. So make it sweet. Appreciate every second in your life. Saya yang berkata saya pula yang sebak!
Saya teringat kehidupan yang saya jalani ketika menuntut di Sudan dulu. Sedikit sebanyak cara begini menghilangkan rasa rindu saya pada kawan-kawan di sana. Sungguh saya rindu pada Majapa, Zeinab Mustafa, Kak Siti, Samirah, Zakirah, Nuseibah dan ramai lagi. Ah semuanya saya rindu.
Apapun, untuk Hoda saya doakan yang terbaik untuknya. Semoga dikurniakan suami yang soleh dan berjaya dunia akhirat!
Dari kiri: Hoda dan Thup/s: Alangkah bestnyer kalau Thureya turut berada di sini.
No comments:
Post a Comment