Sunday, February 8, 2009

x mau sedih2

-Terlajak-
Saya terpaksa menarik kembali kata2 saya di entry terdahulu. Boleh ke tarik balik? Macam kereta bolehlah diundur2. Tapi, kata2 yang sudah terlafaz?? Perkataan yang sudah dicatit? Boleh di erase?

-Sedih pelengkap gembira. Selepas duka pasti ada bahagia-
Saya memang sedih. Saya memang kecewa. Kawan2 semua bagi nasihat. Hassan terutamanya. Ya Habibti, La Tahzan!!..Siap bagi strategi bagaimana nak selesaikan masalah hati ni. Masalah perasaan ni. Saya juga manusia biasa. Saya tak lari dari berhadapan dengan situasi sebegini. Tapi sy cukup kecewa kenapa saya tak kuat bl berhadapan situasi begini? Lemah iman tandanya. Mengutuk diri sendiri. Saya bersyukur kerana ada kawan2 yang memahami. Ya Allah. Saya rasa saya manusia yang paling bertuah kerana memiliki sahabat2 yang setia ketika susah dan senang. Di saat saya merasa sungguh down, mereka memberi sokongan dan membimbing saya ke jalan sepatutnya. Ukhuwah tidak mengira siapa anda. Warna kulit, bangsa, atau apapun tidak akan menghalang.

-Situasi Sekarang-
Saya sepatutnya perlu melihat sesuatu dari perspektif berbeza. Pandangan dari satu sudut akan menyempitkan lagi fikiran saya. Apa yang berlaku ini, sebagai tanda kasih Allah pada saya. Dia ingin menguji. Saya tidak perlu cepat berputus asa. Bersedih-sedihan. Untuk apa? Kerana cinta manusia semata. Saya kesal. Saya sudah jauh menyimpang. Perasaan saya adalah hak saya tapi hak Allah sepatutnya lebih utama. Saya sedih kerana gagal mengawal diri sendiri. Orang yang gagal mengawal perasaan sendiri telah gagal sebenarnya.
يحبونهم كحب الله والذين آمنوا أشد حباً لله

-Buka hati, buka minda-
Bukan senang. Kekuatan dan keyakinan semuanya datang dari Allah SWT. Kekuatan untuk melawan perasaan dan keyakinan bahawa kita pasti boleh melawan. Dengan bantuan Allah. KIta juga perlu yakin pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kadang2 kita suka berfikir yang bukan-bukan. Sesuatu yang kita tak pasti apa yang berlaku. Secara tak langsung, kita sudah berburuk sangka dengan Allah. Ampunkan aku.

-Life is short make it sweet-
Hidup ini pendek cuma. Kenapa saya perlu menghabiskan masa bersedih-sedihan? Memang! Kadang2 ia perlu supaya kita lebih seimbang. Tapi kalau kesedihan itu memakan diri, berlebih-lebihan, bukankah ia akan mengundang lebih ketidakstabilan dlm hidup ini? Saya yang bodoh kerana hanyut dengan perasaan sendiri. Hoda said, you should be strong. Don't show your weakness. This is simple if you take it easy. Don't think too much, don't go so far. Allah knows the best.

-Penawar-
Ada ubatnya. Dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa bersama dengan mereka yang positif agar aura positif mereka tu terpalit pada diri kita. Saya sudah merasai sendiri. Apapun, tiada sebarang formula khusus. Kamu jaga hubungan kamu dengan Allah, nescaya Allah memelihara hubungan kamu sesama manusia.

- The Rules-
Hassan said, everytime you are in trouble, feel so sad, you have to think. Study yourself. Study everything around you. Why? When? Where? Who? What? and How does it happen?

Ah, saya tak mahu sedih2 lagi!

P/s: Oh tuhan, saya rindu dengan Thureya. Dan sy rindu mereka yang jauh dari pandangan mata saya.

My lovely Hoda, My dear Hasan, n My Sweetie Thureya


2 comments:

terry bogart said...

heheh..macam mana awak kenal langit illahi?huhu...
-la tahzan

Nurul Zahar said...

kami kenal melalui blog. X kenal dia personally. But suka baca entries die hehe anyway awak kenal dia ke?