Showing posts with label Trek Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Trek Kehidupan. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Menyambut 2011 dengan penuh kesyukuran

Banyak azam tahun 2010 telah berjaya saya lakukan walaupun tidak sepenuhnya dapat saya penuhi. Ada beberapa perkara yang tidak sempat saya sempurnakan. Kesibukan dan mungkin juga sikap diri saya sendiri yang tidak berusaha bersungguh-sungguh telah menyumbang kepada keadaan ini. Tidak mahu menyesal. Mahu sentiasa berfikiran positif kerana ada hikmahnya ia jadi begitu.

Azam 2010 yang BERJAYA dilaksanakan:

1- Pergi Umrah. Sebetulnya, saya sudahpun pasang niat sejak 2009 lagi. Apabila tak berkesempatan pergi pada 2009, saya berazam untuk pergi pada 2010. Alhamdulillah, terlaksana juga. Lebih manis, semua ahli keluarga saya turut serta mengerjakan umrah.

2- Mengubah sikap untuk tidak tidur selepas subuh. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Berkat keazaman yang tinggi, Alhamdulillah saya sudah jarang tidur selepas subuh. Bagaimana saya berjaya lakukannya? Nak tahu apa rahsianya? haha. Selepas solat subuh dan baca al-quran, saya terus buka laptop baca berita itu ini, dan jika ada mood menulis, saya meng-update blog saya. Mudah kan? Jika hari bekerja, saya habiskan waktu menyemak kes-kes seawal jam 6.30 pagi. Saya ada kira-kira 1 jam setengah waktu terluang sebelum bertolak ke office. Me-review case ini memang sesuatu yang membuat saya enjoy. Hilanglah rasa mengantuk.

3- Tidak makan malam. Saya sudah berazam untuk makan sebelum jam 7 dan kesimpulannya, saya berjaya lakukannya. Horeey. Walaupun saya tidaklah 'sesekurus' mana, namun saya agak berpuas hati. Bukan sebab fikir nak kurus je, tapi lebih dari itu. Tidur saya menjadi lebih nyenyak berbanding dulu. Badan pun rasa lebih ringan. Tambahan lagi sekarang ini, saya sudah tinggal sebumbung dengan keluarga. Jadual makan saya menjadi lebih teratur.

Azam 2010 yang TIDAK BERJAYA dibuat:

1- Kahwin. Haha. Percaya atau tidak, waktu berada di tahun 2 pengajian, saya pernah berazam untuk berkahwin pada 2010 hanya sebab pada tahun ini saya berumur 25 tahun. Ingatkan bila dah 25, saya akan bertemu dengan soulmate, tapi belum ada jodoh nampaknya. Haha. Itulah, jual mahal sangat. Padan muka.

2- Kerja. Masih belum berjaya mendapat pekerjaan tetap. Belum ada rezeki nampaknya. Saya masih menunggu jawapan dari beberapa pihak. Moga-moga tahun 2011 ini memberi sinar dan harapan baru buat saya. AMIN.

3- Aktiviti sukarelawan. Saya pernah berazam untuk lebih aktif dalam Yayasan Salam, namun tak berjaya melakukannya. Tahun 2010 merupakan tahun paling sibuk memandangkan saya perlu menghadiri kelas pengajian DAIJ di UIA setiap hujung minggu, selain sibuk dengan tugas di pejabat. Hopefully, tahun 2011 saya berjaya melakukannya.

AZAM 2011.

Tiada azam khusus. Azam tahun 2010 yang tidak berjaya saya lakukan, akan saya bawa ke tahun ini dengan harapan saya akan berjaya laksanakannya. Mudah-mudahan. Apapun, bersyukur kepada ALLAH SWT kerana masih memberi kita peluang untuk meneruskan kehidupan. Bersyukur kerana perjalanan kehidupan kita sentiasa berwarna warni dan dilimpahi kebahagian yang tidak berbelah bagi dari orang sekeliling. Tiada permusuhan dan tiada sengketa. Islam pula semakin bertapak kukuh di mata dunia. Ia merupakan suatu rahmat dan dengannya membuat kita lebih bersyukur atas setiap pemberian dariNya. Selamat tahun baru 2011!

Wednesday, December 22, 2010

Yeah, barang-barang & kereta dah sampai!

Salam.

Jika dikira-kira, mungkin tidak kurang dari 18 kali saya pernah berpindah sepanjang hidup saya ni. Sejak kecil asyik berpindah randah dan entah berapa banyak bandar, negeri dan negara yang pernah saya duduk. Best memanglah best, tapi ada juga yang tak berapa best. Bila Abah sebut "kena pindah", kami adik beradik dah mula buat muka sepuluh dua puluh sen. Eii, malasnya nak kemas barang. Memanglah ada orang yang akan buat semua tu, tak payah nak risau2 (biasanya syarikat sediakan perkhidmatan untuk pindah), tapi kami kena juga bagi kerjasama asingkan mana-mana yang patut. Apa yang perlu dibuang, apa yang masih elok. Yang paling tak tahan tu, buku-buku yang Subhanallah, terlalu banyak dan kadang-kadang rasa menyesakkan dada. Abah pula suka benar buat 'muzium' dalam rumah. Selagi ada ruang yang boleh diisi dengan buku, selagi itulah dia akan tambah koleksi.

Ok. Sejak 3-4 tahun ni, Mama saya sangat sibuk dengan hal masak memasak. Sejak berpeluang duduk Sarawak, habis segala macam ilmu dipelajarinya. Kek lapis? kuih muih? lauk pauk? Sebutlah apa sahaja jenis dari A sampai Z, rasanya Mama saya sudah boleh dianggap sifu (haha Mama kalau dengar ni, pasti kembang kempis hidungnya). Bukan sifu dalam masakan, tapi sifu dalam memiliki bermacam-macam peralatan dan perkakas dapur. Maksudnya? Maksudnya bolehlah diterjemahkan dengan kenyataan bahawa barang-barang kami dalam kapal kargo yang dihantar pulang dari Sarawak ke KL, 3/4 daripadanya adalah peralatan dan perkakas dapur Mama! Mana dengan loyangnya, acuannya, mixernya yang seberat lebih 20 kg sampai 3 orang kena angkat, water oven, beberapa microwave, double grill, 2 buah freezer, pelbagai equipment dan bermacam-macam lagi. Mulut saya jadi terlopong seketika waktu petugas mengangkut barang2 tersebut dari 2 buah lori siang tadi. Ini kilang ke rumah sebenarnya? kata saya. Mereka senyum saja. Haha

Ok. 186 buah kotak keseluruhannya tapi 6 buah kotak daripadanya tidak kami terima. Samada hilang, rosak atau tersalah lokasi. Ini termasuklah kerusi setti yang ditempah khas dari Sudan. Mama sudah mula gelisah. Kalau hilang, wang ringgit pun tidak dapat menggantikan kerusi tersebut. Ini kerana, ia mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi. Mama sendiri yang mereka kerusi tersebut dan ilham tersebut seterusnya disempurnakan oleh tukang kayu berbangsa Sudan. Panjang ceritanya.

Moga-moga ia tak apa-apa. Saya harap, ia tak pergi jauh. Mungkin sewaktu barang-barang disusun di dalam kargo kapal, ia secara tidak sengaja bercampur aduk dengan barang-barang orang lain kerana kebetulan pada masa yang sama terdapat 2 buah keluarga lain yang turut berpindah ke semenanjung.

Ok. Barang-barang sudah selamat landing di Jalan Ipoh residence. Dalam 2-3 hari lagi, kami akan pindahkan pula sebahagian barang-barang di Jalan Gurney residence ke Jalan Ipoh residence. Pasti penat tapi harus lakukan sebab lebih baik rumah ini disewakan dari dibiarkan kosong. Kalau ditanya mengapa memilih Jalan Ipoh, alasan utama adalah kerana kami perlukan rumah yang lebih besar (w/p tidak sebesar rumah di Sarawak) dan berdekatan dengan sekolah Khazieeqah (Chung Hwa) dan Ahmad (SRJKC Lai Chee). Moga-moga ini langkah terbaik.

Seterusnya, meh saya kongsikan beberapa gambar. Rasa tak syok pula kalau entry tak attach dengan apa-apa gambar.


Si Ahmad ni sampai tertidur, tapi sempat pulak tutup muka. Malu diambil gambar :)

Hari ini semuanya berjalan dengan baik, Alhamdulillah. Mama pun nampak happy walaupun ada barangnya yang masih belum jumpa.

K, jumpa lagi uols.

Tuesday, December 14, 2010

Selesai Interview Pensyarah Mara

Rasa lega teramat. Bukan sebab dah tahu keputusan temuduga, tapi lega sebab berjaya buat yang terbaik - yang PALING baik di antara temuduga-temuduga yang pernah dihadiri sebelum ini. Fuh, KEPUASAN yang tidak tergambar dek kata-kata.

Adik saya sehingga satu tahap pernah berkata, kalau kau desperate, ko mesti akan buat terbaik. Ko akan buat apa sahaja dan kadangkala sesuatu yang tak pernah terjangkau dek fikiran. Hah, inilah dia hasil dari ke-desperate-tan saya yang menyebabkan saya membuat persediaan mantap dan berusaha all out untuk kedua-dua temuduga ini.

Apabila kita enjoy untuk mendapatkan apa yang kita mahu, makanya kita ada PASSION untuk mendapatkan sesuatu, kita akan berusaha bersungguh-sungguh dan tolak rasa malu ke tepi. Dari situ, keyakinan akan timbul dengan sendirinya dan inilah yang berlaku pada saya. Terlebih yakin sehingga para panel mengatakan saya nampak begitu yakin. Adakah ia pujian atau sengaja mahu berprovokasi? HahaKelmarin, Isnin 13/12, saya menghadiri interview peringkat akhir bagi jawatan Pensyarah MARA untuk subjek Business Law bertempat di Bangunan Mara, Jalan Raja Laut. Sebelum ini saya dah berjaya lepasi 2 peringkat; ujian personaliti dan micro-teaching; kedua-duanya diadakan di Kolej Profesional Mara di Beranang (berdekatan Kajang). Waktu sesi micro-teaching tu memang ramai yang hadir tapi saya kurang pasti berapa ramai yang apply untuk dapatkan tempat sebagai pensyarah subjek business law. Untuk interview terakhir ni, hanya 15 orang sahaja (untuk subjek BL) yang berjaya melayakkan diri. Saya dapat rasakan persaingan agak sengit tahun ni. Panel-panel yang menemuduga pun boleh tahan jugak! Suka betul bertanya soalan-soalan provokasi. Berkerut juga dahi nak menjawab. Namun, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Saya juga dapat ramai kawan baru selain kawan atas kawan. Maknanya, kawan yang baru sahaja saya kenali turut mengenali kawan-kawan sekelas saya ketika belajar master di UIA dulu. Kecilnya dunia.

Semalam pulak, saya menghadiri final interview di AmIslamic Bank di Jalan Yap kwan Seng. Sebelum ini pada 25/11, saya hadir untuk sesi temuduga pertama dan panel-panel yang menemuduga saya ketika itu terdiri daripada Head of Syariah Governance sendiri dan pembantunya serta seorang wakil HR. Kali ni, yang menemuduga saya adalah Ketua HR sendiri. Saya rasakan temuduga kali ini lebih santai berbanding sebelumnya kerana ketika pertama kali ditemuduga Ambank, persoalan berkenaan islamic banking and finance dan sejauh mana pengetahuan saya dalam bidang tersebut lebih ditekankan oleh para panel. Saya juga perlu menyakinkan mereka bagaimana seorang yang datang dari latar pendidikan undang-undang instead of economic or fiqh muamalat etc adalah sesuai memegang jawatan tersebut; sesuatu yang bukan mudah. Tetapi, saya telah melakukan yang terbaik, alhamdulillah. Manakala, bagi sesi temuduga semalam, saya merasakan ia lebih cenderung kepada mengenali personaliti saya dengan lebih dekat. Mungkin terdapat beberapa orang lagi calon yang sesuai untuk jawatan tersebut dan pihak yang terlibat belum dapat memilih calon manakah yang paling sesuai dan saya percaya personaliti calon yang bakal diambil bekerja juga memainkan peranan yang penting.

Apapun, segalanya sudah pun berakhir dengan baik. Saya tidak begitu memikirkan tentang keputusan yang bakal saya terima. Yang penting, saya sudah pun berusaha dan lakukan yang terbaik. Yang lebih penting adalah pengalaman yang berjaya saya kutip sepanjang temuduga2 tersebut. Dengan menghadiri temuduga, keyakinan saya semakin bertambah, itu yang paling ketara, alhamdulillah! Sekarang ini apa yang perlu saya buat ialah terus berdoa dan bertawakal kepada Allah. Moga-moga dipermurahkan rezeki dan mendapat kerja yang diingini.

Bila saya fikir-fikir balik, walaupun agak sukar mendapatkan pekerjaan ketika ini, tetapi banyak sungguh hikmah yang saya perolehi di sebalik segala ketetapan Allah ini. Saya menjadi lebih tabah dan sabar mengharungi kehidupan dan rasa lebih cekal menangani masalah-masalah yang datang dalam hidup. Syukur juga kerana pengalaman tinggal di Sudan dulu telah banyak membantu saya menghadapi hari-hari mendatang. Terima kasih Ya Allah atas anugerah yang tidak terhingga ini. Mungkin orang lain tidak akan faham. Cukuplah hanya saya sahaja yang memahami kerana hanya saya yang merasai :)


Setiap hari saya bersyukur atas segala rezeki yang Allah SWT berikan. Keluarga yang penyayang, sahabat-sahabat yang caring dan memahami, ilmu serta pelajaran yang tidak pernah terhenti dari kamus hidup ini, kebebasan untuk terus menikmati nikmat Islam yang tidak terhingga ini dan banyak lagi. Sesungguhnya, hanya kepadaNya saya bersyukur.

(^_^)

Nota Kaki:
* Gambar 1 & 2 credit kepada Mr. Google.
* Gambar 3 diambil ketika tahun ke-2 pengajian saya di Sudan sekitar tahun 2003. Ketika itu berumur 18 tahun, terasa begitu matang :)

Wednesday, November 17, 2010

10 ekor lembu, seekor terlepas.

Salam Aidiladha 1431H.

Raya kali ini saya tidak ke mana-mana. Hanya raya di KL. Walaupun beraya di KL sahaja, namun tetap best sebab di sini, sambutannya pun tidak kurang hebat meriahnya. Surau di tempat saya ni ada 10 ekor lembu yang bakal ditumbangkan serta beberapa ekor kambing. Boleh tahan banyak. Ramai yang turun padang membantu tak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan. Memang meriah. Tapi, saya tak dapat ikut serta sebab baru baik dari demam, baru sembuh dari sakit. Mama sedari awal sudah berpesan dalam talian "jangan nak mengada-ngada pergi dekat dengan kawasan korban, nanti tak pasal-pasal awak yang jadi korban." Tergelak saya bila mama cakap macam tu.

Bila cerita pasal Aidiladha, tak lengkap rasanya kalau tak bercerita pasal haiwan korban,kan? Semalam, saya perasan dalam banyak-banyak lembu tu ada seekor yang berwarna hitam. Nampak macam agresif. Eh, ada ke lembu warna hitam? lembu ke kerbau? - tanya T.E.D. Entahlah, tapi, takkanlah kerbau yang jadi korban. Biasanyakan lembu. Soalan ni memang agak merapu. Nampak sangat kami ni orang lupa daratan tak tahu beza itu lembu ke kerbau. Parah.

So, back to the story. Lembu hitam tu merenung tepat pada saya. Macamana saya boleh tahu dia merenung saya? Lembu tu ditambat pada pokok yang paling hampir dengan jalan landai tempat khas penjalan kaki. Saya dah tak keruan sebabnya lembu tu begitu agresif dan merengus beberapa kali macam nak kejar saya. Sudahlah saya memakai jubah hitam dan dia pun berwarna hitam, memang secocok la tu.

Lembu tu seolah-olah bercakap dengan saya "Tolonglah, jangan korbankan aku. Aku nak lari. Bantulah aku". Saya pun menjawab, "Kenapa kau nak lari? Syurga menanti kau. Rugilah kalau kau lari."

Pagi tadi, setelah abah pulang ke rumah, saya dapat khabar lembu berwarna hitam itu berjaya melarikan diri. Ikatannya terlepas. Jenuh juga mereka mengejar dan 'memujuk' lembu tu. Saya dah dapat agak. Cara lembu tu merenung saya semalam pun, saya dah tahu dia seperti tak rela dijadikan korban. T_T

Apapun, alhamdulillah segalanya selamat. Abah pulang ke rumah membawa sekilo daging. Saya bertanya, "Ini daging lembu yang mana, bah??". Abah menjawab, "Entahlah. Mungkin yang hitam kot" sambil tergelak kecil. Sadis.

Teringat pengalaman meraikan hari raya haji di Sudan. Sangat-sangat meriah ok. Yang paling tak dapat dilupakan adalah peristiwa di mana lembu terlepas dan lari sehingga ke airport (rumah kami berdekatan dengan international airport). Terpaksa kami cari di sekitar airport. Sangat-sangat lucu ok. Lembu pun bijak dan tahu ke mana perlu dia pergi. Haha.

Ok. Saya sertakan sekeping dua gambar sepanjang acara lapah-melapah dan timbang menimbang. T.E.D pun tak ketinggalan turut serta sebagai sukarelawan. Birunya mereka.



Selamat Hari Raya Aidiladha. Hayati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S, Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail A.S. Semoga kita menjadi insan yang bertaqwa dan sentiasa bersabar dengan segala ujianNya. Ws.

Monday, November 15, 2010

November Yang Sibuk

Salam.

Seminggu dua ini agak sibuk kerana selain sibuk dengan peperiksaan, saya juga sibuk dengan urusan perpindahan keluarga dari Miri, Sarawak, juga urusan persekolahan adik-adik saya. Alhamdulillah, rumah sudah dicari, duit pendahuluan pun sudah dibayar dan kami sedang menunggu tuan rumah siap mengecat rumah serta membaiki apa yang patut. Insyallah kami akan berpindah ke sebuah kawasan perumahan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sekitar bulan depan. Walaupun rumah tersebut tidaklah sebesar rumah kami di Sarawak, namun asalkan ianya selesa ia dikira berbaloi dan yang paling penting berdekatan dengan sekolah adik-adik saya bagi memudahkan mama menghantar dan mengambil mereka di sekolah.

Khazieeqah juga sempat pulang mengejut ke Kuala Lumpur pada hari Rabu baru-baru ini untuk menghadiri peperiksaan khas kemasukan ke Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Jalan Ipoh yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut. Abah dan Mama benar-benar berharap dia dapat masuk ke sekolah itu memandangkan ia adalah antara sekolah cina terbaik di Kuala Lumpur. Walaupun peperiksaan kemasukan agak sukar dan sangat kompetitif, namun insyallah berkat usaha Khazieeqah dan doa semua, dia akan berjaya. Saya tidak pernah meragui kemampuan Khazieeqah kerana dia sentiasa menunjukkan prestasi yang memberansangkan di dalam pembelajarannya. Cuma, sebagai orang Islam, dalam hidup ini kita perlu percaya kepada qada' dan qadar selain rezeki dari Allah SWT. Kita perlu berusaha dan bertawakal kepada Allah, selebihnya biarlah Allah menentukannya.

Saya juga sempat membawa Khazieeqah lepak di Perpustakaan Negara sebaik selesai exam sebelum dia berangkat pulang ke Sarawak semalam. Saya juga sempat memperbaharui kad keahliannya menggunakan myKad. 3 tahun lalu, dia masih belum memiliki mykad dan hanya menggunakan kad khas PNM yang sudah tidak tahu di mana letaknya. Kini, segala-galanya jadi lebih mudah. Maka, dapatlah dia meminjam beberapa buah buku novel berbahasa cina. Selama ini, buku-buku novel tersebut dibeli dari Kinokuniya, KLCC dengan harga sekitar RM25-30 sebuah. Kami tidak menyangka bahawa PNM ada menyediakan buku-buku novel tersebut di sana with a complete series. Khazieeqah nampak begitu teruja. Katanya, "Along, bila Eeqah dah betul-betul pindah ke sini, kita pergi PNM setiap minggu ok?". Insyallah.

Mama, Angah dan Ahmad sepatutnya dijadualkan pulang ke sini pada 26hb ni. Tapi, memandangkan Abah ada mesyuarat di Cairo pada 20hb sehingga 26hb, maka penerbangan terpaksa ditangguhkan pada 28hb. Mama sedikit kecewa tapi cepat-cepat saya memujuk, "Tidak mengapalah ma, kalau Abah tak dapat balik ke Malaysia mengikut jadual, along boleh tolong mama". Saya selalu memujuk mama saya dengan mengingatkannya betapa beruntungnya mama mempunyai anak-anak yang dah besar seperti saya, angah dan adik. Jika kami masih kecil, tentu mama akan lebih kelam kabut dengan keadaan abah yang selalu sibuk. Jadual kehidupan kami mesti selari dengan jadual kesibukan abah. Kami perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan seperti ini. Kerana tarbiyah seperti ini, kami membesar menjadi manusia yang berdikari.

Sepanjang ketiadaan mama di sini, saya dan abah membahagikan tugas masing-masing. Dealnya seperti ini, "Abah masak untuk along dan adik, maka balasannya along kena tolong basuhkan dan gosokkan baju abah. Abah tak mahu bibik yang buat. Abah nak along yang buat."Maka, jadilah saya bibik yang tak bertauliah dan lebih hebat bibik tak bergaji. Haha. Saya tahu abah saya dari dulu memang tidak suka pembantu rumah memasak atau menyediakan baju untuknya. Seboleh-boleh dia mahukan mama atau saya sendiri yang buat. Mana tidaknya, membasuh baju-baju abah ada caranya. Stoking perlu dibasuh asing. Sabun yang diisi perlu mematuhi takat/kadar yang ditetapkan. Tak boleh lebih atau kurang. Baju-baju yang telah dibasuh perlu dibilas beberapa kali sebelum dispin. Ada ke orang yang sanggub? Kalau cerewet sangat, pembantu rumah boleh lari. Jadi, penyelesaiannya kami sendiri la yang buat. Hehe.

Exam; saya ada satu lagi paper yang masih berbaki iaitu Islamic Law of Evidence. Subject killer, lecturer pun killer juga ni. Satu AIKOL UIA tu tahu. Tak mahulah saya menyebut namanya. Boleh agak siapa orangnya. Teringat kawan saya pernah berkata, "Alah, subjek dia tak susah mana sebenarnya, asal kau tahu teori cara menjawabnya". Huhu.

Ok, doakan saya juga keluarga saya agar semua urusan dipermudahkan oleh Allah. Tidak sabar menunggu kesemua ahli keluarga saya berkumpul di bawah satu bumbung. Dah cukup lama saya menunggu saat seperti ini :)

Wassalam.

p/s: Laptop Dell yang rosak 2 bulan lepas telah diganti dengan yang lebih baik. I love my IBM Thinkpad x61 as much i love the former one. Thank you Allah.

Sunday, August 22, 2010

Pergi Temuduga Ibarat Pergi Merisik

Ada apa dengan temuduga?

Mendengar perkataan tersebut pasti ada yang gerun, paling koman pun mesti ada rasa sedikit cuak. Apatah lagi bagi mereka yang tidak pernah ada pengalaman langsung pergi temuduga kerja. Gabranya hanya tuhan sahaja yang tahu, betul tak? :)

Pergi temuduga ini kita boleh ibaratkan seperti pergi merisik. Kita sebagai orang yang akan ditemuduga (interviewee) dan pihak satu lagi sebagai penemuduga (interviewer). Kedua-dua pihak berusaha mencari maklumat yang dihajati. Bila dah berkenan di hati, maka termeterailah ikatan. Eh, bukan ikatan antara dua sejoli tapi ikatan di antara pekerja dan majikan, employment contract la maksud saya :)

Sebenarnya, pergi temuduga kerja ini adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Lagi banyak temuduga kita pergi, lagi banyak perkara kita boleh belajar dan lagi banyak pengalaman yang boleh kita kutip. Apabila sudah terbiasa pergi temuduga, secara tidak langsung ia akan menolong kita membina 'self-confidence' dalam diri kita. Kita berasa yakin kerana kita sudah dapat memahami dan tahu bagaimana hendak mengendalikan situasi apabila berhadapan dengan penemuduga.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika ditemuduga oleh beberapa panel CIMB Investment Bank setahun yang lalu (temuduga untuk Management Trainee Program). Terdapat 4 peringkat temuduga yang perlu dilalui. Saya berjaya melayakkan diri ke peringkat ke-3 dan gagal di peringkat ke-4. Saya tidak berjaya mendapat jawatan yang dipohon akan tetapi pengalaman yang dilalui amat besar nilainya bagi saya yang ketika itu baru sahaja tamat pengajian. Itu merupakan pengalaman pertama saya ditemuduga :)

Seperti biasa, sebelum pergi temuduga kita perlu mempersiapkan diri sebaiknya. Baik dari segi fizikal, mental mahupun spiritual. 3 elemen ini sangat penting untuk dijaga kerana ia akan memberi kesan kepada cara penyampaian dan pengendalian diri kita semasa sesi temuduga.

Kita juga WAJIB menyediakan masa untuk diri kita mengkaji (research) tentang jawatan yang dipohon, apa skop yang diperlukan untuk melayakkan diri kita mendapat jawatan tersebut selain mengetahui serba sedikit tentang latar belakang syarikat. Sebagai contoh, jika sektor perbankan kita perlu tahu produk-produk perbankan yang ditawarkan mereka, juga misi dan visi syarikat.

Untuk melakukan ini bagi saya tidak sukar, kerana zaman sekarang teknologi berkembang pesat. Kita ada kemudahan internet, layari saja website mereka. Kita juga boleh google jawatan yang dipohon dan lihat kemungkinan adanya topik perbincangan yang berkaitan jawatan tersebut. Sebagai contoh, saya gemar berdiskusi dan berbincang dengan rakan cyber tentang banyak perkara termasuk pekerjaan di forum Lowyat dot net begitu juga di forum Mesra.net. Kita kena rajin mencari dan tidak ada ruginya berusaha :)

Selain itu sebelum pergi temuduga, pastikan segala dokumen seperti kad pengenalan, sijil-sijil sekolah & universiti termasuk sekali transkrip pengajian dan dokumen-dokumen berkaitan dibawa dan disusun kemas di dalam satu folder fail. Ini penting supaya tidak ada yang keciciran dan akan selalu tampak kemas. Susun dokumen tersebut bermula dari sijil pendidikan yang tertinggi sehingga yang terendah. Sebagai contoh, sekiranya kita memiliki ijazah sarjana (master), maka susun sijil tersebut terlebih dahulu diikuti dengan sijil sarjana muda (bachelor), diploma, spm dan begitulah seterusnya. Ia bagi memudahkan pemeriksa/penemuduga melihat sijil-sijil kita.

Ok. Berbalik kepada pengalaman saya temuduga di CIMB. Temuduga peringkat pertama hanya berkisar tentang diri kita; latar belakang pendidikan, misi dan visi hidup. Saya juga turut diuji tentang pengetahuan saya berkaitan syarikat dan sejauh mana kesungguhan saya untuk bekerja dengan mereka.

Seterusnya, di peringkat kedua seperti biasa temuduga pasti tidak lari dari verbal and numerical reasoning test. Kebanyakan syarikat-syarikat besar memang menggunakan pendekatan ini untuk menguji calon. Ada sesetengahnya tidak menuntut kita pergi ke pejabat mereka untuk membuat ujian ini tetapi boleh terus dilakukan secara online dari rumah. Contohnya, Petronas dan HSBC menggunakan perkhidmatan SHL. Jadi, kita perlu bersedia. Jika kita lulus ujian ini kita layak untuk pergi ke peringkat seterusnya.

Peringkat ketiga, saya telah diberi tugasan untuk buat satu presentation berkaitan satu tajuk yang diberikan (sebenarnya ada 3 pilihan dan saya hanya perlu pilih salah satu darinya). Tajuk yang saya pilih adalah berkaitan Merger & Acquisation. Walaupun saya tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang tajuk ini (saya ambil jurusan undang-undang), tetapi saya agak familiar dengan ungkapan tersebut kerana pernah mengambil subjek Company Takeover ketika belajar dulu. Itu tidak menjadi hal. Walaupun kurang arif, kita kena cuba juga berusaha untuk berikan yang terbaik.

Sesi temuduga peringkat ke-3 memang mendebarkan kerana saya perlu present di hadapan 4 orang panel. 2 orang Melayu, seorang Cina dan seorang India. Memang agak stress tapi kita tak boleh tunjuk 'ke-stressan' kita tu. Cuba berlaku tenang dalam situasi yang mencabar seperti itu. Walaupun hanya berpura-pura sekalipun, ia pasti dapat membantu kita menjadi tenang semula :)

Alhamdulillah, presentation saya walaupun bukanlah yang terbaik tetapi mendapat maklum balas yang positif. Mereka berasa hairan bagaimana saya boleh deliver sesuatu yang bukan bidang saya dan mempunyai kefahaman yang baik tentang tajuk tersebut. Hah, itulah gunanya membuat persiapan dan research sebanyak mungkin. Terima kasih Abah kerana menyediakan saya sebuah laptop kecil semasa belajar dulu :))

Banyak soalan yang ditanya berkaitan tajuk yang saya bentangkan, sebahagiannya saya boleh jawab, sebahagian lagi saya hentam sahaja. Hehe. Selain itu, saya juga ditanya tentang isu semasa (ketika itu sedang hangat kes perak - sidang DUN bawah pokok. Masih ingat? huhu). Saya menjawab berdasarkan apa yang saya faham dan semestinya saya tahu bahawa mereka pasti mahukan jawapan dari sudut undang-undang sebab saya kan pelajar undang-undang.

Peringkat ke-3 selesai.

Tidak lama selepas itu saya mendapat panggilan, saya TIDAK berjaya untuk mengikuti program tersebut. Ya, saya sedikit kecewa tetapi dalam masa yang sama dapat menerima hakikat tersebut kerana calon-calon yang datang semuanya hebat-hebat belaka, semuanya lulusan luar negara dan semuanya berbangsa Cina :) Namun begitu, 2 bulan selepas itu, saya mendapat panggilan telefon dari panel yang sama agar saya hadir untuk satu sesi interview di bawah program bersama Bank Negara Malaysia (BNM). Nah, saya sangat gembira kerana mereka masih mengingati saya. Tetapi, dukacitanya saya terpaksa menolak dengan baik kerana sudah komited dengan chambering yang sudah saya mulakan sebulan sebelum itu. I have to complete what i have started :) Dalam hati saya memujuk sendiri, bukan rezeki aku agaknya.

Apapun, saya telah lakukan yang terbaik semampu mungkin ketika menghadiri temuduga. Segala yang kurang, saya perbaiki dan tidak diulang lagi. Ia merupakan salah satu cabang motivasi yang bagus untuk kita majukan diri. Jadi, tidak ada ruginya pergi temuduga dan tidak perlu merasa takut. Kita mesti ada keyakinan dalam diri.

Keyakinan diri itu adalah kecantikan yang perlu ada pada setiap individu. Ia bukan semulajadi tetapi perlu dicari, perlu digilap seterusnya dipertahankan dalam diri setiap individu. Saya pun selalu merasa kurang yakin terhadap diri sendiri tetapi kita kena sentiasa berusaha untuk mencari keyakinan tersebut. Bukan hanya berpeluk tubuh sahaja dan berputus asa.

Ya. Jangan berputus asa. Jika kita gagal hari ini, bukan bermakna kita akan gagal esok. Jika kita tahu apa kelemahan dan berusaha untuk memperbaiki kelompangan tersebut, insyAllah kita akan berjaya. Ok, selamat berjaya dalam temuduga. Yakin boleh!

p/s: Entry ini agak panjang, tapi saya puas. Sekurang-kurangnya, lepas hajat saya. Hehe.


Saturday, August 7, 2010

Tak Seindah Mimpi

Aku terpaksa give up pada cita-cita aku nak jadi peguam, sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat ini. Kenapa? Oh, panjang sekali ceritanya. Dan tentunya aku punya alasan yang sangat kuat untuk lepaskan impian yang telah aku bina sejak kecil lagi. Pasti ada hikmahnya. Apa yang terjadi ini tidak sama sekali aku minta. Sungguhpun begitu, perkara ini pernah terlintas di fikiran suatu ketika dahulu. Aku pernah terfikir, apa yang akan aku lakukan sekiranya aku tak berjaya bergelar peguam? Apa pilihan yang aku ada sedangkan selama ini kerjaya itu yang begitu aku dambakan. Selama ini juga, aku berhempas pulas belajar undang-undang. Double pulak tu; di kanan syariah di kiri sivil, semata-mata ingin kejar cita-cita untuk menjadi peguam. Kesudahannya, ia tak semudah yang disangka. Ia tak seindah mimpi. Ia tidak berjalan seperti yang dirancang. Betapa lemahnya manusia dan betapa hebatnya Sang Pencipta. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

Tipulah jika aku katakan aku tidak kecewa. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa remuknya hati kecil ini. Betapa aku rasakan dunia ini tidak adil bagi orang-orang seperti aku. Tetapi, ingat! Allah itu kan Maha Adil. Keadilan akan sentiasa berpihak kepada mereka yang benar. Cuma lambat atau cepat sahaja. Aku hanya perlu berlapang dada dan terima segala keadaan yang ada disekeliling dengan hati terbuka.

Sekarang, aku perlu men'sharp'kan minda dan melihat, apa pilihan yang aku ada selain bergelar peguam? Apa keistimewaan dan kelebihan yang aku ada berbanding orang lain untuk aku majukan diri?

Tidak lama dulu, T.E.D pernah berkata "kalau diteliti, kau sebenarnya mempunyai banyak kelebihan dari aku. Cuma kau suka merendah diri dan gagal tunjukkan potensi sebenar yang kau ada". Oh, benarkah begitu? <-- Lihat! Aku sendiri ragu-ragu dengan kebolehan yang aku ada. Maka, benarlah apa yang T.E.D kata.

Sempena Ramadhan yang hampir tiba ini, aku mahu melebihkan usaha bermuhasabah diri. Banyak perkara dalam diri ini yang perlu aku ubah. Begitu juga dengan mind set yang semakin negatif. Mana perginya aku.diriku.dulu. yang sentiasa berfikiran positif dalam banyak perkara? Aku seolah hanyut dalam diriku sendiri.

Ya Allah, kau lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu ini. Tunjukkanlah. Lorongkanlah.

Sunday, May 23, 2010

Being socialized is ok, but with limits.

For me it is ok to be socialized. Meeting new friends, outing; such thing is never a bad thing to do. In fact, it is the best way to cure loneliness, as a immediate way at least.

This is what i do in my free time; whenever i feel like shouting i'll go karaoke. It works, really. And whenever i feel like throwing out all the angriness, i'll go bowling. Simple. This is the way i do. Once in a couple of months is enough.


93?? Oh please...its just a number tho.

Monday, May 17, 2010

Sup Mamak

Assalamualaikum,

Kami telah menjangkakan bahawa malam ini akan hujan lebat. Memang benar-benar hujan turun dengan lebat. Oleh yang demikian, kami meneruskan perancangan untuk makan sup di gerai mamak di Chow kit (tempat biasa parents saya makan sup). Maklumlah, bila cuaca jadi sejuk dan dingin macam ni, mulalah teringin pekena macam2. Teh tariklah, sup ekor la. Haih...

Kali ini Weng ikut sama dengan kami. Weng pula sejak T.E.D perkenalkan gerai mamak tu beberapa tahun yang lalu, dia terus jadi pencinta sup mamak. Setiap minggu gerai mamak tulah jadi port lepak dia hirup sup. Tak jemu-jemu. Kami ingatkan orang cina ni tak suka makan makanan berempah rupanya itulah favourite dia. Dah balik China banyak kali (Weng warganegara China) pun masih tak boleh lupa kesedapan sup mamak tu. Setiap kali balik dari China dan sampai sahaja di KLIA perkara pertama dia akan minta sup mamak itulah..Memang betul la mamak tu dah letak racun dalam sup dia. Makan sekali, terus nak lagi. Cam tulah gayanya :)

Errghk, Alhamdulillah kenyang. Saya betul-betul kekenyangan ni. Alamatnya tidur matilah saya malam ini. Harap-harap bila malaikat kejutkan saya pagi esok, dapatlah saya bagun dengan penuh semangat untuk tunaikan solat subuh. Jangan terlajak sudahlah....

Salam.




Saturday, May 8, 2010

SEM II has begin

I'm going to the class now carrying a backpack just like the old days hehehe. Welcome back you to a campus life that brings a lot of excitement, joy and happiness. Feel so good to be back as a student!!! bye.

Monday, May 3, 2010

Sayang bos

Minggu lepas 4 hari saya tinggal di hotel. So selama 4 hari juga saya berulang alik dari The Legend ke tempat kerja di Setapak. Bos dengan murah hatinya telah memberi kami staf2 penginapan percuma selama 4 hari di hotel The Legend dengan sebab yang tidak diperjelaskan secara terperinci. Ambil hati kami la kot. Hehe.

Bab tidur hotel ni sebenarnya satu perkara yang biasa saya lakukan walaupun rumah saya kat tengah-tengah bandar KL ni. Sebab, abah selalu datang KL atas urusan kerja dan setiap kali datang pasti dia akan tidur di hotel. Siapa lagi yang selalu temankan dia kalau bukan saya? hehhe.

Dapat peluang sebegini sesuatu yang boleh menggembirakan hati kita. At least, dapat juga merasa layanan eksklusif yang diberikan. Hilang penat bekerja :) Masa ni la nak memanjakan diri dengan katil yang empuk, dan bath tab yang wangi kikiki. (sebab rumah aku tak ada benda2 gini) Hahha.

Terasa seperti jadi orang kaya sekejap. Tapi, best ke jadi orang kaya ni?

Itu tak penting. Yang penting saya gembira dan best jadi orang sederhana (^__^)

ok...sekarang masa untuk ucapkan terima kasih. Kepada en ATS walaupun anda tidak membaca ini, saya mewakili kawan-kawan nak mengucapkan terima kasih atas pemberian anda. Terima kasih daun keladi. (ucapan ini sebenarnya dah diucapkan pun secara verbal kuikui).

kalau esok-esok ada lagi, bolehlah beri kami lagi kwang3x.


Sunday, May 2, 2010

Ahad

Salam.

Dah lama tak online. Dah lama tak surf internet. Rindunya. Hari ini qadha' perkara2 yang saya selalu buat pd waktu lapang sebab hari ni hari Ahad. Saya sangat suka hari Ahad (^__^).

Ok. Saya kena update juga blog ni sekurang-kurangnya bercerita tentang perkembangan semasa saya. hehe.

Saya kini berada di TV room, Mahalla Maryam, IIUM. Sambil2 bersantai melayari internet, saya menonton tv. wah wah wah macam cik puan besar sungguh kamu ni ye..haha.

Kelmarin, saya mendapat panggilan telefon dari mama. Mama dan abah sedang berada di atas feri dan dalam perjalanan ke Sabah. Wah wah wah..berjalan sakan parents saya ni. Baru sebulan kami pulang mengerjakan umrah. Tak habis penat lagi. Kini, timur Malaysia pula mereka nak jelajah..

Saya pula kat sini, bila dah ambil cuti 2 minggu (sebab mengerjakan umrah), maka faham-faham jelah...akibatnya banyak kerja yang menunggu untuk diselesaikan. Hujah-hujah berlambak kena siapkan. Mana ada masa lagi nak berjalan. Hari cuti pun sambung buat kerja kat rumah. Busy nya saya, kan? Tahu tak pe.

Anyway, semalam 1hb Mei. So rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua. Bila dah memegang tittle pekerja ni, barulah ada sedikit rasa concern tentang hari perhargaan seperti ini sebab dah rasa jerih perih bekerja cari rezeki. Waktu masih belajar dulu, tak adalah rasa se-perihatin seperti ini. Lantak pi la...hari buruh ke, hari apa ke. Yang penting ingat hari ibu sudey..kwang3x..

ok. Bagi mereka yang bergelar pekerja, rajin-rajinkanlah diri anda untuk menjadi pekerja yang rajin, berwibawa dan menjadi contoh dan teladan yang baik kepada pekerja-pekerja yang lain. Anda mampu melakukannya. Saya pun cuba gak. Yang penting, setiap hari kita mesti lakukan lebih baik dari sebelumnya. Barulah ada kemajuan ok.

Tak boleh tulis lama-lama. Nanti entah apa-apa yang dituliskan. Maka, adalah lebih afdal saya mengundurkan diri dahulu dengan rasa hormatnya. Chaw Chin Chaw. Salam.

Layan: Gambar kenang-kenangan @ tv room, mahalla Maryam :) jam 6;50 pagi. Kelopak mata pun dah macam teratai layu di tasik madu. Kehkehkeh.

Wednesday, April 21, 2010

Akhirnya Saya Pilih Buffalo

Assalamualaikum,

Sambungan dari entry sebelum ini. Akhirnya, saya memilih untuk membeli HDD dan menangguhkan hasrat untuk beli flat screen monitor tu. Rasa lega. Lega sebab, pertama dapat selesaikan masalah laptop yang sudah tak mampu lagi menanggung memori yang terlalu banyak. Kerja-kerja pejabat juga menyumbang kepada pertambahan memori ni. Banyak betul file sehinggakan saya tak boleh nak tapis lagi. Biarkan. Solusinya dengan beli external HDD.

Kedua, saya dengan gembiranya mengistiharkan bahawa saya berjaya menahan diri dari membeli benda-benda yang tidak patut dan membeli benda yang benar-benar patut untuk PC Fair kali ini..hahhaa. Saya sangat suka dengan perkembangan ini * puji diri sendiri. Sila jangan menyampah.

Saya boros ok. Sangat-sangat. Dan saya memang tahu saya ni boros. Tapi, yang peliknya seboros-boros saya ni, saya sentiasa rasa duit saya sentiasa cukup. Tak pernah tak cukup. Pelik kan? Payah juga kalau macam ni.

Kebelakangan ni *lebih spesifik lagi, sejak balik umrah ni, saya dah mula berjinak-jinak untuk menjadi seorang penjimat. Tapi, jangan ditanya la sejauh mana saya berjimat. Jimat saya mungkin tak sama dengan jimat anda. Kehkeh.

Okay. Berbalik pada HDD tu. Saya pada mulanya memilih untuk membeli jenama Seagate sebab harga pun berpatutan, tak adalah mahal sangat. Dari segi kualiti, saya kira oklah berbanding jenama HDD yang lain. Tapi, oleh sebab abah dan adik-adik lelaki saya sudah terbiasa dengan brand Buffalo, jadi nak tak nak saya kena beli juga brand tu. Cari punya cari, jalan punya jalan akhirnya jumpa juga saya dengan booth Buffalo tu. Itupun setelah bertanya dengan amoi cun kaunter information yang sudi melayan saya *dah memang kerja dia kan. Nak tak nak dia kena layan. Like it or not.

Ok. Sekarang saya dah tahu. Next time nak cam booth Buffalo ni tengok banner yang ada kombinasi warna merah putih. Tu trademark dia. Sampai sahaja saya kat booth tu, soalan pertama saya tanya *tanpa fikir panjang, 'warna merah ada?' dan lelaki yang melayan saya tu pun membalas, 'merah?? Ooo banyak merah ada. Sana situ atas sini bawah. Semua ada warna merah. baju saya pun merah maa...'

Erk...saya telah menyoal soalan yang salah. Baru saya sedar. Aduh, malu sendiri. Tahulah peminat sejati red color. Ceh...bikin malu la.

Ok. Saya sebenarnya nak tanya HDD yang berwarna merah. Harap-harap ada lagi. Tapi, sungguh mengecewakan hati ini dengan jawapan yang diberikan iaitu big NO, finish already. Alah-alah, kenapa warna merah habis?

Ish, saya tiada pilihan lain akhirnya kena juga memilih warna hitam. Hitam pun i like it tapi sebab dah banyak sangat gadget warna hitam kan so rasa muak la pulak. Tulah manusia. Tak pernah nak bersyukur. Astagfirullah.

So, sekarang saya sedang happy dan bergumbira dengan HDD yang baru ini. Sangat sayang kepadanya kerana telah membantu meringankan masalah yang saya hadapi. Mekasih kepada pencipta HDD ni. Hehe.

Dah-dah...Merapu je lebih. Baik stop dulu. Ok. Cau Cin Cau.

Sunday, April 11, 2010

Antara Dua

Tolonglah kawan-kawan. Saya tengah pening. Pening untuk membuat keputusan. Antara dua, apa *ke siapa?* yang patut saya pilih?

Dah puas saya memikirkannya tetapi naluri kewanitaan saya ni tetap nak itu juga walaupun saya tahu dia tidaklah berkepentingan sangat bagi saya. Sadisnya.

Cepat! Tolong saya buat pilihan.

Antara Dell/Samsung Flat Screen Monitor atau Buffalo External Hard Disk 500GB??

Tak tahu den nak buat pilihan antara dua. Sungguh. Duit pun ketat bulan ni.

Sebenarnya, external hard disk adalah benda yang sangat saya perlukan buat masa ini. Tapi, saya dah tunggu sikit punya lama untuk dapatkan Flat Screen Monitor tu. Tak tahu kenapa saya jadi nak juga nak juga setiap kali nampak flat screen monitor. Laptop yang ada ni tak cukup besar agaknya. Sekali lagi, nafsu mengatasi akal yang waras..

Nampaknya saya ada kurang seminggu untuk buat keputusan. PC Fair is just around the corner. Tak sabar rasanya nak menghabiskan duit. Kuikui.

Saya Memang Cepat Bosan

Bosan dengan template/design blog yang asyik sama je, maka saya membuat keputusan untuk menukarnya pagi tadi. Tahun ni je, dah 2 kali saya tukar. Bosan. Saya memang cepat bosan. Memang penyakit!

Hope sesiapa yang datang menyinggah ke sini, suka dan senang hati dengan penampilan baru blog ini. Semuanya mengiikut citarasa saya walaupun template atau background nyer bukan saya yang cipta pun...Lagipun, design yang ada sangatlah terhad..Saya pilih mana yang cantik antara yang tak cantik. Hehe. Anyway, tukar layout/template/background ni senang je. Just copy paste, edit sikit-sikit dan suai padan dengan selera saya. Baru semangat nak baca, haha.

Ok. Hari ini saya tidak ke mana-mana. Dari pagi sampai ke malam, mengadap laptop tak sudah-sudah. Banyak info saya dapat hari ini. Berguna betul. Kalau working days, jangan haraplah saya ada masa camni. Balik rumah terus nampak bantal. Jika dapat tidur di katil dengan tilam yang empuk seterusnya lena dan bermimpi indah, itulah saya rasa perkara yang paling membahagiakan untuk hari-hari bekerja..oh, alangkah indahnya kan?

Alamak! jam dah menunjukkan pukul 8. Saya ada benda nak cerita tapi ada perkara lebih awla saya kena buat/settle kan dulu. Nantilah, ada masa saya sambung lagi k. Salam.

p/s: Gambar terbaru.


Saturday, March 27, 2010

I'm back!

Salam,
Hi everyone, I'm back! (^____^) big smile, kisses and hugs from me. Huhu.
Alhamdulillah, umrah was great and i enjoyed every single moment during the trip.
I have taken some pictures and love to share with you guys.
However, since uploads stuff gonna takes time so i think its better for me to do it after exam tomorrow, ok? Thats my promise. Insyallah.

-having headache + sneezing + coughing = 3 in 1.
Its cool huh?..coz I might become stronger by mixing things =)

Saturday, March 6, 2010

Terima kasih Ya Allah atas kehidupan yang indah ini


Ketika membaca comment Bie di FB ni, saya tersenyum sendiri. Mengingat kenangan lalu yang sangat manis dikenang. Teringat bagaimana kawan-kawan sekelas meraikan majlid perpisahan sempena keberangkatan saya ke Sudan. Macam birthday party je masa tu. Siap dengan belon dan hadiah bertimbun2. Masing-masing mahu memberikan sesuatu sebagai kenangan. Antara yang menjadi favourite saya adalah hadiah dari Una (Noor Alhusna Madzlan) yang berupa kotak musik dihiasi patung kecil budak perempuan menari ballet. Sangat comel. Saya sangat sayang akan kotak musik itu lebih-lebih lagi ia dihadiahkan oleh seorang yang sangat rapat dengan saya (^__^) Sampai sekarang saya masih simpan kotak musik tersebut.

12 tahun yang lalu. Pemergian saya ke Sudan rupanya telah mengubah kehidupan saya 360 darjah. Siapa sangka? Dalam keterpaksaan saya ke Sudan itu telah memberi 1001 hikmah yang Subhanallah, Masyallah tidak terungkap dengan kata-kata. Segalanya telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Saya beruntung dan bersyukur kerana terpilih berada di sana. Merasa hidup di rantau orang dan berkesempatan menjelajah ke hampir seluruh pelusuk timur tengah. Rezeki Allah S.W.T yang tidak di duga. Alhamdulillah.

Jika ada rezeki, pasti saya akan ke sana lagi. Saya mahu. Walaupun untuk berbulan madu. Saya sanggup. Haha.

Tak kenal maka tak cinta. Saya benci Sudan ketika mula-mula sampai di sana, namun perasaan kasih dan sayang yang saya dapat ketika meninggalkan bumi Sudan. Bumi penuh barakah. :)

Wednesday, February 10, 2010

41/361 + 4

Jam 11.23 malam. Rasanya masih sempat nak mencatit sesuatu sebelum pakai stoking, ambil selimut, baca doa dan tidur. Kena bangun awal. Esok kan khamis :)

Saya baru balik dari UIA. Makan malam dengan Thu & Hoda. Yeay, mereka dah balik. Hidup saya kembali normal.

Sesungguhnya saya kekenyangan ketika ini. Alhamdulillah. Hoda curi-curi masak. Fasuliah pulak tu. Abis satu bilik berbau. Entah berapa kali kena sembur spray. Kasi bau wangi sket.. eh fasuliah wangi pe. Haha.

Tengah borak n bincang sedikit pasal progress proposal PHD masing-masing sambil melantak fasuliah tu, tetiba ada pulak yang mencadangkan agar destinasi percutian bulan 5 nanti ditukar. Alah, saya nak pergi Pangkor. Saya tak mahu ke Langkawi. Please!!

Tak acilah diaorg ini. 5 lawan 1. Mana aci. Saya merajuk. Saya tak nak la amek cuti. Kerja pun berlambak kat office kan. Boleh jadi pekerja contoh sebab tak pernah-pernah amek cuti walaupun dah dekat 9 bulan kerja. erk.

9 bulan kerja tak pernah cuti? ye. Tak caya? betul.Haha

Takpe2. Bulan depan je dekat sebulan saya akan bercuti...terbang puas-puas sampai tak larat nak terbang dah. Yang lain dok diam-diam k. Haha..

Tapi, tahun ini kan, saya rasa saya banyak SIMPAN duit. Tapi, banyak juga yang saya LEBURKAN. Adus, camana ni? *sambil memikirkan sesuatu.

Sejak awal tahun saya dah mulakan beberapa stategi dalam usaha untuk berjimat cermat;

Pertama- Kurangkan makan fastfood. Mcd, KFC, Pizza etc. Kalau tak makan langsung, lagi bagus;

Kedua - Kurangkan naik teksi. Ni kena betul2 displin;

Ketiga - Kurangkan shopping. 2 minggu sekali jek. Bukan tiap-tiap minggu;

Keempat - Perbanyakkan aktiviti dengan SALAM. Sure tak membazir;

Kelima - Pastikan dalam dompet hanya ada not RM50 sahaja. Tak boleh lebih; dan

Keenam - Pastikan amout debit kad tidak melebihi RM200. Kalau tak, laju je tangan ni swap.

Saya sedang berlaku jujur dengan diri sendiri. Tengok sejauh mana kejujuran itu boleh bertahan. Serius. Kecuali travel, vacation & fly, perkara lain saya boleh consider lagi.

Ok, cukup di sini. Sambung lagi jika panjang umur.

Wassalam.

~Sekadar catatan untuk rekod peribadi.

Monday, February 8, 2010

Bersederhana lebih baik

Saya tidak tahu nak mulakan dari mana. Sesekali saya teragak-agak untuk memulakan bicara. Bimbang tulisan tidak mampu mencernakan apa yang sebenarnya saya mahu katakan. Bimbang juga ia disalah tafsir. Namun, ini adalah DUNIA SAYA dan ia menjadi HAK SAYA untuk berkata apa sahaja, betul? *kecuali hal politik. Saya benci politik. Kotor. Sukar nak cari yang BERSIH.

Stop cerita pasal politik. Saya nak cerita pasal perangai manusia yang macam-macam. Saya pun tergolong dalam kelompok tu juga. Saya sedar siapa diri saya. Sebab saya manusialah, saya rasa terpanggil untuk tegur manusia-manusia lain tu. Bukan bermakna saya ni bagus sangat. Tak. Saya berikan pandangan saya. Apa yang saya fikir tak akan sama dengan apa yang orang lain fikir, betul tak? Maka, terimalah dengan lapang dada.

Ramai orang menyoal cara pemakaian saya yang sejak kebelakangan ini agak daring (eh ye ke? daring camana tu?) Saya pelik, apa yang diaorg tu maksudkan dengan 'daring'? Adakah memakai seluar jeans dan long sleeve t-shirt tu tergolong dalam fesyen yang daring? Saya tidak pernah memakai baju yang fit dan melekat pada badan apatah lagi yang cam tak cukup kain. Tertanya-tanya saya dibuatnya. Orang agama tak boleh pakai seluar jeans? Sinisnya.

Di UIA tu, maaf cakaplah ya orang belajar agama sendiri tidak tahu adab-adab dan cara berpakaian. Saya bercakap tentang akhawat ye. Ikhwan, saya tak tahu. Bertudung labuh, tapi memakai baju yang fit dengan badan. Baru nampak kurus. Seluar pun bukan main ketatnya walaupun baju sudah labuh menutup punggung. Adakalanya labuhnya melebihi lutut, malah berlebih-lebih pulak. Tapi bajunya sikit punya ketat. Apa yang sebenarnya anda cuba tutup ni. Saya keliru. Anda menafikannya. Tapi, anda tahu bahawa itu berdosa.

Ada lagi, ramai akhwat tak perasan ini. Pakai tudung labuh, tetapi kalau diukur sanggul di kepalanya, boleh jadi lebih besar dari bonggol unta. Kan Nabi Muhammad dah pesan;

"Di akhir zaman akan berlaku di kalangan umatku wanita yang berpakaian seperti telanjang. Atas kepala mereka seperti bonggol unta, laknatlah mereka kerana wanita yang dilaknat"

Sesosial-sosial saya pun, saya TIDAK PERNAH makan BERDUA dengan LELAKI BUKAN MUHRIM saya. Di UIA tu, berlambak. Tengok sahaja di HS tu. Lebih-lebih lagi malam Jumaat. Sana sini pasangan. Tudung labuh, tudung singkat sama je. Galak. Ya memang benar kamu berada di tempat awam. Di khalayak ramai dan bukan berkhalwat tapi sedarkah kamu perbuatan kamu itu membawa fitnah. Hai perempuan, kenapalah mudah sangat dijadikan bahan lawak semasa?

Saya sedih sebab perkara macam ni berlaku di UIA. Tempat yang sepatutnya menjadi tempat termulia kerana di dalamnya kita mencari ilmu. Tapi, maksiat tak kira tempat kan. Di mana-mana pun ada. Maaf. Saya tidak tujukan ini khas kepasda sesiapa. Tapi, inilah realiti yang berlaku dan keadaan ini yang anda sentiasa lihat di mana-mana dalam UIA tu. Lagi satu, islamik tak kena tempat. Lebih-lebih lagi yang baru nak berjinak-jinak dengan dakwah Islam. Ajaran mana entah yang mengajar; kena kahwin, baru boleh belajar dengan tenang. Dah jadi macam Mesir. Budak-budak Mesir kan macam tu. Tak semua. Kebanyakkan.

Kan bagus, jika kita bersederhana dalam banyak hal? Tapi janganlah pulak dalam soal mengejar pahala pun kita mengambil sikap bersederhana. Patutnya kita kena berlumba-lumba cari keuntungan di dunia ini untuk kesenangan di akhirat kelak.

Saya tetap dengan cara saya. Tidak guna berlagak seperti orang alim, muslimah sejati, bertutup litup tetapi dalam dirinya punya daging dan hati yang busuk. Nauzubillah.

Apa yang penting, lakukan yang wajib. Siapa yang tidak suka dengan cara saya, dipersilakan berganjak. Sekurang-kurangnya, saya tidak hipokrit. Allah tahu itu.

Wassalam.

~Amr Ma'ruf Nahi Mungkar