Showing posts with label Apa Pendapat Saya. Show all posts
Showing posts with label Apa Pendapat Saya. Show all posts

Friday, December 10, 2010

Chong Hwa or Confucius?

Lets talk about my sister.

We are still considering about which school she should enter. 2 choices in the hands; Chong Hwa Independent High School in Jalan Ipoh or Confucius High School which is located in Jalan Hang Jebat. So, which one?

You know, when it comes to making decision about someone's future; something which is uncertain, it is never easy. Take the risk or leave it. Now i start to understand what's our parents feeling whenever they have to choose the best for their children.

If we choose Chong Hwa means she has to retain in Form 2 instead of going to form 3. That's the condition given by the principle.

If we choose Confucius School means she can pursue form 3 without be transitioned to form 2. That's what we want. However, she's going to face hard time. Why? Its because she only have one year, in fact less than one year to catch up with all syllabus in the school to sit for UEC & PMR which is different from what she has learned in Riam School in Sarawak. Moreover, Confucius school has 6 years duration; form 1 to form 6 which is to be completed before the student is eligible to sit for UEC & SPM. Unlike Chong Hwa with 5 years of high school just like other normal school.

As for me, i think its good for her to study in Chong Hwa since its the best Chinese private school in the town. Chong Hwa has a bigger school compound compare to Confucius. Confucius is located in the middle of town (just next to Puduraya). As we know, the area itself is not very safe and not convenient for school kids especially a young teenager like her. This is what i am worried about.

...and many other things that struck my mind.

So wish us good luck in making a right decision at this very crucial moment. Your prayers are very much needed. See ya peeps!


Sunday, August 22, 2010

Pergi Temuduga Ibarat Pergi Merisik

Ada apa dengan temuduga?

Mendengar perkataan tersebut pasti ada yang gerun, paling koman pun mesti ada rasa sedikit cuak. Apatah lagi bagi mereka yang tidak pernah ada pengalaman langsung pergi temuduga kerja. Gabranya hanya tuhan sahaja yang tahu, betul tak? :)

Pergi temuduga ini kita boleh ibaratkan seperti pergi merisik. Kita sebagai orang yang akan ditemuduga (interviewee) dan pihak satu lagi sebagai penemuduga (interviewer). Kedua-dua pihak berusaha mencari maklumat yang dihajati. Bila dah berkenan di hati, maka termeterailah ikatan. Eh, bukan ikatan antara dua sejoli tapi ikatan di antara pekerja dan majikan, employment contract la maksud saya :)

Sebenarnya, pergi temuduga kerja ini adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Lagi banyak temuduga kita pergi, lagi banyak perkara kita boleh belajar dan lagi banyak pengalaman yang boleh kita kutip. Apabila sudah terbiasa pergi temuduga, secara tidak langsung ia akan menolong kita membina 'self-confidence' dalam diri kita. Kita berasa yakin kerana kita sudah dapat memahami dan tahu bagaimana hendak mengendalikan situasi apabila berhadapan dengan penemuduga.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika ditemuduga oleh beberapa panel CIMB Investment Bank setahun yang lalu (temuduga untuk Management Trainee Program). Terdapat 4 peringkat temuduga yang perlu dilalui. Saya berjaya melayakkan diri ke peringkat ke-3 dan gagal di peringkat ke-4. Saya tidak berjaya mendapat jawatan yang dipohon akan tetapi pengalaman yang dilalui amat besar nilainya bagi saya yang ketika itu baru sahaja tamat pengajian. Itu merupakan pengalaman pertama saya ditemuduga :)

Seperti biasa, sebelum pergi temuduga kita perlu mempersiapkan diri sebaiknya. Baik dari segi fizikal, mental mahupun spiritual. 3 elemen ini sangat penting untuk dijaga kerana ia akan memberi kesan kepada cara penyampaian dan pengendalian diri kita semasa sesi temuduga.

Kita juga WAJIB menyediakan masa untuk diri kita mengkaji (research) tentang jawatan yang dipohon, apa skop yang diperlukan untuk melayakkan diri kita mendapat jawatan tersebut selain mengetahui serba sedikit tentang latar belakang syarikat. Sebagai contoh, jika sektor perbankan kita perlu tahu produk-produk perbankan yang ditawarkan mereka, juga misi dan visi syarikat.

Untuk melakukan ini bagi saya tidak sukar, kerana zaman sekarang teknologi berkembang pesat. Kita ada kemudahan internet, layari saja website mereka. Kita juga boleh google jawatan yang dipohon dan lihat kemungkinan adanya topik perbincangan yang berkaitan jawatan tersebut. Sebagai contoh, saya gemar berdiskusi dan berbincang dengan rakan cyber tentang banyak perkara termasuk pekerjaan di forum Lowyat dot net begitu juga di forum Mesra.net. Kita kena rajin mencari dan tidak ada ruginya berusaha :)

Selain itu sebelum pergi temuduga, pastikan segala dokumen seperti kad pengenalan, sijil-sijil sekolah & universiti termasuk sekali transkrip pengajian dan dokumen-dokumen berkaitan dibawa dan disusun kemas di dalam satu folder fail. Ini penting supaya tidak ada yang keciciran dan akan selalu tampak kemas. Susun dokumen tersebut bermula dari sijil pendidikan yang tertinggi sehingga yang terendah. Sebagai contoh, sekiranya kita memiliki ijazah sarjana (master), maka susun sijil tersebut terlebih dahulu diikuti dengan sijil sarjana muda (bachelor), diploma, spm dan begitulah seterusnya. Ia bagi memudahkan pemeriksa/penemuduga melihat sijil-sijil kita.

Ok. Berbalik kepada pengalaman saya temuduga di CIMB. Temuduga peringkat pertama hanya berkisar tentang diri kita; latar belakang pendidikan, misi dan visi hidup. Saya juga turut diuji tentang pengetahuan saya berkaitan syarikat dan sejauh mana kesungguhan saya untuk bekerja dengan mereka.

Seterusnya, di peringkat kedua seperti biasa temuduga pasti tidak lari dari verbal and numerical reasoning test. Kebanyakan syarikat-syarikat besar memang menggunakan pendekatan ini untuk menguji calon. Ada sesetengahnya tidak menuntut kita pergi ke pejabat mereka untuk membuat ujian ini tetapi boleh terus dilakukan secara online dari rumah. Contohnya, Petronas dan HSBC menggunakan perkhidmatan SHL. Jadi, kita perlu bersedia. Jika kita lulus ujian ini kita layak untuk pergi ke peringkat seterusnya.

Peringkat ketiga, saya telah diberi tugasan untuk buat satu presentation berkaitan satu tajuk yang diberikan (sebenarnya ada 3 pilihan dan saya hanya perlu pilih salah satu darinya). Tajuk yang saya pilih adalah berkaitan Merger & Acquisation. Walaupun saya tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang tajuk ini (saya ambil jurusan undang-undang), tetapi saya agak familiar dengan ungkapan tersebut kerana pernah mengambil subjek Company Takeover ketika belajar dulu. Itu tidak menjadi hal. Walaupun kurang arif, kita kena cuba juga berusaha untuk berikan yang terbaik.

Sesi temuduga peringkat ke-3 memang mendebarkan kerana saya perlu present di hadapan 4 orang panel. 2 orang Melayu, seorang Cina dan seorang India. Memang agak stress tapi kita tak boleh tunjuk 'ke-stressan' kita tu. Cuba berlaku tenang dalam situasi yang mencabar seperti itu. Walaupun hanya berpura-pura sekalipun, ia pasti dapat membantu kita menjadi tenang semula :)

Alhamdulillah, presentation saya walaupun bukanlah yang terbaik tetapi mendapat maklum balas yang positif. Mereka berasa hairan bagaimana saya boleh deliver sesuatu yang bukan bidang saya dan mempunyai kefahaman yang baik tentang tajuk tersebut. Hah, itulah gunanya membuat persiapan dan research sebanyak mungkin. Terima kasih Abah kerana menyediakan saya sebuah laptop kecil semasa belajar dulu :))

Banyak soalan yang ditanya berkaitan tajuk yang saya bentangkan, sebahagiannya saya boleh jawab, sebahagian lagi saya hentam sahaja. Hehe. Selain itu, saya juga ditanya tentang isu semasa (ketika itu sedang hangat kes perak - sidang DUN bawah pokok. Masih ingat? huhu). Saya menjawab berdasarkan apa yang saya faham dan semestinya saya tahu bahawa mereka pasti mahukan jawapan dari sudut undang-undang sebab saya kan pelajar undang-undang.

Peringkat ke-3 selesai.

Tidak lama selepas itu saya mendapat panggilan, saya TIDAK berjaya untuk mengikuti program tersebut. Ya, saya sedikit kecewa tetapi dalam masa yang sama dapat menerima hakikat tersebut kerana calon-calon yang datang semuanya hebat-hebat belaka, semuanya lulusan luar negara dan semuanya berbangsa Cina :) Namun begitu, 2 bulan selepas itu, saya mendapat panggilan telefon dari panel yang sama agar saya hadir untuk satu sesi interview di bawah program bersama Bank Negara Malaysia (BNM). Nah, saya sangat gembira kerana mereka masih mengingati saya. Tetapi, dukacitanya saya terpaksa menolak dengan baik kerana sudah komited dengan chambering yang sudah saya mulakan sebulan sebelum itu. I have to complete what i have started :) Dalam hati saya memujuk sendiri, bukan rezeki aku agaknya.

Apapun, saya telah lakukan yang terbaik semampu mungkin ketika menghadiri temuduga. Segala yang kurang, saya perbaiki dan tidak diulang lagi. Ia merupakan salah satu cabang motivasi yang bagus untuk kita majukan diri. Jadi, tidak ada ruginya pergi temuduga dan tidak perlu merasa takut. Kita mesti ada keyakinan dalam diri.

Keyakinan diri itu adalah kecantikan yang perlu ada pada setiap individu. Ia bukan semulajadi tetapi perlu dicari, perlu digilap seterusnya dipertahankan dalam diri setiap individu. Saya pun selalu merasa kurang yakin terhadap diri sendiri tetapi kita kena sentiasa berusaha untuk mencari keyakinan tersebut. Bukan hanya berpeluk tubuh sahaja dan berputus asa.

Ya. Jangan berputus asa. Jika kita gagal hari ini, bukan bermakna kita akan gagal esok. Jika kita tahu apa kelemahan dan berusaha untuk memperbaiki kelompangan tersebut, insyAllah kita akan berjaya. Ok, selamat berjaya dalam temuduga. Yakin boleh!

p/s: Entry ini agak panjang, tapi saya puas. Sekurang-kurangnya, lepas hajat saya. Hehe.


Monday, February 8, 2010

Bersederhana lebih baik

Saya tidak tahu nak mulakan dari mana. Sesekali saya teragak-agak untuk memulakan bicara. Bimbang tulisan tidak mampu mencernakan apa yang sebenarnya saya mahu katakan. Bimbang juga ia disalah tafsir. Namun, ini adalah DUNIA SAYA dan ia menjadi HAK SAYA untuk berkata apa sahaja, betul? *kecuali hal politik. Saya benci politik. Kotor. Sukar nak cari yang BERSIH.

Stop cerita pasal politik. Saya nak cerita pasal perangai manusia yang macam-macam. Saya pun tergolong dalam kelompok tu juga. Saya sedar siapa diri saya. Sebab saya manusialah, saya rasa terpanggil untuk tegur manusia-manusia lain tu. Bukan bermakna saya ni bagus sangat. Tak. Saya berikan pandangan saya. Apa yang saya fikir tak akan sama dengan apa yang orang lain fikir, betul tak? Maka, terimalah dengan lapang dada.

Ramai orang menyoal cara pemakaian saya yang sejak kebelakangan ini agak daring (eh ye ke? daring camana tu?) Saya pelik, apa yang diaorg tu maksudkan dengan 'daring'? Adakah memakai seluar jeans dan long sleeve t-shirt tu tergolong dalam fesyen yang daring? Saya tidak pernah memakai baju yang fit dan melekat pada badan apatah lagi yang cam tak cukup kain. Tertanya-tanya saya dibuatnya. Orang agama tak boleh pakai seluar jeans? Sinisnya.

Di UIA tu, maaf cakaplah ya orang belajar agama sendiri tidak tahu adab-adab dan cara berpakaian. Saya bercakap tentang akhawat ye. Ikhwan, saya tak tahu. Bertudung labuh, tapi memakai baju yang fit dengan badan. Baru nampak kurus. Seluar pun bukan main ketatnya walaupun baju sudah labuh menutup punggung. Adakalanya labuhnya melebihi lutut, malah berlebih-lebih pulak. Tapi bajunya sikit punya ketat. Apa yang sebenarnya anda cuba tutup ni. Saya keliru. Anda menafikannya. Tapi, anda tahu bahawa itu berdosa.

Ada lagi, ramai akhwat tak perasan ini. Pakai tudung labuh, tetapi kalau diukur sanggul di kepalanya, boleh jadi lebih besar dari bonggol unta. Kan Nabi Muhammad dah pesan;

"Di akhir zaman akan berlaku di kalangan umatku wanita yang berpakaian seperti telanjang. Atas kepala mereka seperti bonggol unta, laknatlah mereka kerana wanita yang dilaknat"

Sesosial-sosial saya pun, saya TIDAK PERNAH makan BERDUA dengan LELAKI BUKAN MUHRIM saya. Di UIA tu, berlambak. Tengok sahaja di HS tu. Lebih-lebih lagi malam Jumaat. Sana sini pasangan. Tudung labuh, tudung singkat sama je. Galak. Ya memang benar kamu berada di tempat awam. Di khalayak ramai dan bukan berkhalwat tapi sedarkah kamu perbuatan kamu itu membawa fitnah. Hai perempuan, kenapalah mudah sangat dijadikan bahan lawak semasa?

Saya sedih sebab perkara macam ni berlaku di UIA. Tempat yang sepatutnya menjadi tempat termulia kerana di dalamnya kita mencari ilmu. Tapi, maksiat tak kira tempat kan. Di mana-mana pun ada. Maaf. Saya tidak tujukan ini khas kepasda sesiapa. Tapi, inilah realiti yang berlaku dan keadaan ini yang anda sentiasa lihat di mana-mana dalam UIA tu. Lagi satu, islamik tak kena tempat. Lebih-lebih lagi yang baru nak berjinak-jinak dengan dakwah Islam. Ajaran mana entah yang mengajar; kena kahwin, baru boleh belajar dengan tenang. Dah jadi macam Mesir. Budak-budak Mesir kan macam tu. Tak semua. Kebanyakkan.

Kan bagus, jika kita bersederhana dalam banyak hal? Tapi janganlah pulak dalam soal mengejar pahala pun kita mengambil sikap bersederhana. Patutnya kita kena berlumba-lumba cari keuntungan di dunia ini untuk kesenangan di akhirat kelak.

Saya tetap dengan cara saya. Tidak guna berlagak seperti orang alim, muslimah sejati, bertutup litup tetapi dalam dirinya punya daging dan hati yang busuk. Nauzubillah.

Apa yang penting, lakukan yang wajib. Siapa yang tidak suka dengan cara saya, dipersilakan berganjak. Sekurang-kurangnya, saya tidak hipokrit. Allah tahu itu.

Wassalam.

~Amr Ma'ruf Nahi Mungkar

Sunday, April 26, 2009

Saya dan Teksi

Saya bukan kaki teksi. Tapi, kadangkala terpaksa juga ambil teksi jika sudah kesuntukan masa. Kebanyakan orang, mereka lebih selesa duduk diam, tidak bersuara ketika di dalam teksi. Tapi, tidak bagi saya. Namun, bergantung juga pada keadaan. Jika si pemandu macam bad mood je, tak adalah saya berani cakap banyak.

Saya juga suka perhatikan cara pemandu. Juga teksi yang dibawanya. Saya tidak kisah jika teksi yang saya naiki itu teksi lama, bukan teksi baru. Yang penting kebersihan dijaga. Tapi, banyak juga teksi yang saya naik, sudahlah kebersihan kurang dijaga malah keadaan dalam teksi itu pun berbau. Faham kan maksud saya? Maaf. Bukan memandai-mandai. Tapi, saya suka mengaitkan teksi tersebut dengan pemandunya. Pemandu yang kemas dan pembersih tidak akan membiarkan teksi mereka kotor dan berbau. Dan kebetulan teksi sebegini (dari pengalaman saya ) kebanyakannya dimiliki oleh orang Melayu Islam. Bukankah kebersihan itu separuh dari iman?

Ada juga yang kurang ajar. Saya baru saja bertanya, dia sudah mengarah sambil menengking saya supaya naik. Pulak tu, membebel-bebel sepanjang jalan. Ikutkan panas hati saya ni, tak ingin saya naik teksi dia. Malah, ingin juga saya memberi amaran, jangan sampai saya buat report nanti. Tapi, keadaan sangat kelam kabut. Susah nak dapat teksi dan saya sudah kesuntukan masa untuk temu janji. Saya diamkan sahaja. Mujurlah pakcik tua. Kalau tidak, lama dah saya laser. Tapi, saya sempat catit no pendaftaran keretanya. Dan namanya sekali. Geram saya dibuatnya.

Ada lagi cerita kurang enak. Ketika saya di Perhentian Pudu, saya menahan teksi untuk pulang ke rumah di Keramat. Selalunya dari Pudu ke Keramat hanya dikenakan charge RM10-RM15 sahaja menggunakan meter. Akan tetapi, pemandu teksi itu bertegas mahu mengenakan charge hampir RM30 dengan memberi pelbagai alasan. Saya tidak bodoh walaupun nampak macam bodoh dipermainkan pemandu tersebut. Senang sahaja kata-kata saya. "Jika pakcik rasa duit pakcik berkat dengan mengenakan tambang 'berpatutan' macam ni, silalah. Semoga anak-anak pakcik berjaya dunia akhirat". Tergamam pakcik itu dan saya terus berlalu pergi.

Namun, tidak kurang juga pemandu yang saya jumpa sangat berhemah. Arahannya supaya memakai seat belt pun sudah menunjukkan dia seorang yang teliti. Faham undang-undang dan bijak juga. Berapa ramai pemandu teksi yang mengarahkan penumpangnya yang duduk di bahagian belakang supaya mengenakan tali pinggang?

Kelmarin, saya menaiki sebuah teksi. Pemandunya lelaki dan umur sekitar 30-an (saya agak). Ketika saya duduk di bahagian belakang, di sebelah saya ada beberapa buah dokumen dan kertas kerja. Terus terlintas dalam hati, pemandu ini bukan orang biasa. Dia mungkin golongan terpelajar atau mempunyai kerjaya profesional dan memandu teksi mungkin hanya kerjaya sampingan. Tekaan saya memang benar dan tepat sekali. Pelajar PHD dari sebuah universiti di Pahang :)

Berbual dengan pemandu teksi, tiada ruginya. Banyak hal yang kita tidak ketahui tapi mereka cukup arif. Sebab, pekerjaan mereka menjadikan mereka dekat dengan masyarakat. Dan, jangan pula kita memandang sebelah mata pekerjaan ini. Umar Lee juga seorang pemandu teksi. Dan salah satu cara dia berdakwah dengan masyarakat di US adalah menerusi pekerjaannya tersebut.

Adapun, pengalaman saya berjumpa dengan pemandu teksi yang kurang beretika, kurang menjaga kebersihan dan sebagainya (ini belum termasuk pengalaman saya di usha, sgt tidak menarik utk dikongsi ) menunjukkan bahawa sistem perkhidmatan teksi di negara kita ni perlu dipertingkatkan lagi. Mereka ini harus mengikuti kursus tertentu ataupun pengawasan sikap dan etika untuk tempoh-tempoh tertentu. Dan saya sgt menyokong keputusan mahkamah tidak berapa lama dulu kerana mendenda seorang pemandu teksi yang memakai seluar jeans ketika bekerja. Etika tu.

Saya dan teksi. Terlalu banyak cerita untuk di kongsi :)


Thursday, April 23, 2009

Celik ilmu agama

23-04-2009. Adik lelaki yg baru pulang dari surau menjengah bilik saya lalu berkata, "Along, aku semakin faham betapa pentingnya orang lelaki ni ada ilmu agama. Aku belajar fiqh munakahat hari ini!" Saya yg tika itu sedang membaca المسك و العنبر في خطب المنبر tulisan Dr Aidh al-Qarni terhenti dan hilang konsentrasi sekejap. Fiqh munakahat?

Saya tersenyum sendiri. Dan malam itu seperti malam-malam sebelumnya dia akan berkongsi cerita apa yang dia dengar dari ceramah dan kuliah di surau. Dia juga rajin bertanya apa yang dia kurang faham samada dari petikan hadis yang dia dengar atau hukum hakam yang dia tidak berapa faham.

Kadang-kadang saya membelikan dia buku-buku agama lebih ke arah permasalahan semasa dan soal jawab Fiqh.

Adik saya bukan seperti saya. Dia bersungguh mencari ilmu agama kerana dia tahu dia agak kurang pengetahuan dalam perkara itu. Dia hanya sempat bersekolah agama selama setahun sahaja. Dan selebihnya dihabiskan di international school dan kemudian memasuki private universities yang anda maklum bagaimana keadaan sosial mereka. Kawan-kawannya pula terdiri dari bangsa cina dan India. Jadi, ia tidak banyak membantu.

Maka disini, ahli keluarga memainkan peranan yang amat penting. Dan sebagai kakak dan ada latar pendidikan agama, ia menjadi tanggungjawab saya untuk terus membimbingnya. Kerana saya percaya, sebelum kita berdakwah kepada orang lain, terlebih dahulu kita perlu mengutamakan keluarga sendiri. Dan saya mulakan di rumah saya sendiri. Di kalangan adik beradik dan seterusnya saudara mara.

Bukan perkara mudah. Dan ia menguji kesabaran. Kadang-kadang timbul di hati perasaan sedih dan kesal kerana perkara asas seperti bab solat pun mereka kurang faham. Tapi, itulah cabaran. Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana mempunyai serba sedikit ilmu dalam agama. Ini semua berkat belajar di Sudan dan tarbiyah awal diterima di SMIH dulu. Sesungguhnya ia banyak merubah hidup saya.

Saya lebih banyak menumpukan perhatian kepada adik saya yang ini. Lebih-lebih lagi kerana dia lelaki. Kaum lelaki perlu celik ilmu agama. Kerana mereka bakal memimpin. Keseimbangan ilmu dunia dan akhirat sangat penting bagi menjamin kebahagiaan.

Bagi adik-adik yang lain pula, insyallah saya percaya mereka mendapat sepenuh perhatian dari mama dan abah kerana tinggal bersama. Sebarang permasalahan dan kemusykilan insyallah boleh dirujuk terus kepada mama dan abah. Saya juga bersyukur kerana punya kedua ibu bapa yang celik ilmu agama. Ia sedikit sebanyak merasakan saya tidak pernah berseorangan. Sesungguhnya Islam di akhir zaman ini dipandang sepi. Mereka yang beriltizam dengan Islam turut juga dipandang sepi oleh masyarakat. Sebuah hadith ada memperkatakan tentang perkara ini:
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, sabda Rasulullah S.A.W,
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang yang asing."
Hadith riwayat Muslim.

Setiap hari saya berdoa semoga saya dan keluarga tsabit dengan keimanan dan tetap di jalan Allah SWT. Begitu juga ummat Islam lain keseluruhannya. Sentiasalah amalkan doa ini:

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
Maksudnya, "Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu."(Riwayat Ahmad no 315, al-Tirmizi no 3522, dianggap sahih oleh al-Haithami)

Nota: Saya sangat berterima kasih dengan ahli jawatankuasa surau Al-Ansar Lorong kiri 5, Kamp. Datuk Keramat yang aktif menganjurkan pelbagai aktiviti, ceramah dan kuliah agama hampir setiap hari. Sesungguhnya aktiviti dakwah seperti ini menjadi medan menimba ilmu khususnya bagi generasi muda yang dahagakan ilmu agama. Semoga terus iltizam dan istiqamah.

Wednesday, April 22, 2009

Kereta besar

22-04-2009. "Kau tengok mamat tu," tunjuk GD. Saya yang dari tadi sibuk membetulkan tali kasut tergamam seketika sambil melihat ke arah lelaki yang dimaksudkan. "Semalam pakai Suzuki Swift. Hari ini pakai Honda accord, kaya seh. Untunglah siapa jadi awek dia," kata GD selamba. Saya memandang GD. Kaya?

Saya terdiam. Dalam kepala otak ini ligat berfikir. Bertanya dan menjawab sendiri. Apakah sebenarnya ukuran kekayaan? Kereta besar? rumah besar? Bini besar? Saya ketawa sendiri. Maaf. Tidak bermaksud menyinggung hati sesiapa.

"Apasal kau ketawa?" tanya GD. "Kau rasa dia kaya ke? Hanya kerana dia ada kereta besar?" tanya saya. "Hello, zaman skrg ini kalau kau boleh pakai kereta besar, bertukar ganti pula, apa maknanya? Kau berduit la. Orang tak ada duit tak buat macam tu," jawab GD.

"Mungkin ya mungkin tidak" balas saya. "Apa yang ya apa yang tidak?" tanya GD.

"Tu semua hutang, GD. Berapa ramai orang kita yang mampu beli kereta dengan cash? In fact, kereta bukan aset, kau perlu ingat tu,"

Saya cuba menjelaskan apa yang saya rasa perlu diperbetulkan. Bukan seorang yang saya jumpa. Ramai. Pada mereka, berkereta besar sudah cukup menunjukkan bahawa mereka itu orang kaya. Saya tidak setuju. Jadi, mereka yang berkereta murah, outdated itu tidak kaya? Begitukah?

Kita terpaksa menerima hakikat. Manusia semakin hari semakin materialistik. GD adalah kawan saya. Dia salah jika terus mempunyai mentaliti- berkereta besar, poket pun besar.

Saya teringat suatu ketika dulu. Ketika abah saya menyuarakan hasrat untuk membeli sebuah MPV baru. Kami bermusyawarah. Saya katakan, beli hanya bila kita mampu. Jika tidak, jangan beli. Pakai sahaja kereta sedia ada. Tapi, abah berfikir sebaliknya. Ia satu keperluan. MPV yang besar mampu menampung kami adik beradik. Sangat sesuai untuk perjalanan yang jauh. Akhirnya, abah beli juga.

Sekarang, MPV tersebut jarang digunakan. Malah disimpan di garage. Berselubung. Apa sudah jadi?

Kehendak atau keperluan?

Saya akui. Berkereta besar memberi impak yang besar. Tak percaya? MPV yang kami miliki itu hanya ada beberapa buah sahaja di Malaysia ini. Limited Edition. Kami pernah memandunya sampai ke Terengganu dan ketika di sana, ada beberapa kenderaan yang berselisih jalan dengan kami lalu memberi isyarat supaya berhenti. Ternyata mereka adalah kenalan-kenalan abah. Bagaimana mereka tahu? Hanya melalui MPV terbabit.

Pernahkah kita terfikir, berkereta besar ini boleh mendatangkan macam-macam masalah. Hati perlu sentiasa di jaga. Kenapa saya berkata begitu? Saya teringat seorang kenalan abah yang agak rapat dengan saya. Dia bertanya pendapat saya, kereta apa yang paling sesuai dibeli untuk mereka yang hanya ada 4 orang anak beranak. Sebelum memberi pendapat, saya 'menguji 'dulu. Saya katakan di Malaysia kini ada kereta jenama import terbaru. Cantik dan bergaya. Harganya sekitar RM300k. Tapi, awal-awal lagi uncle menolak. Katanya berkereta besar dan mahal membuat kita rasa riak. Baik bersederhana sahaja. Masyallah, kata-kata uncle tu sangat terkesan di hati. Walaupun dia mampu, tapi dia memilih untuk besederhana. Akhirnya, dia beli kereta biasa-biasa sahaja.

Benar. Dalam keadaan mentaliti masyarakat kita yang memandang mereka yang berkereta besar adalah orang kaya, perasaan riak itu pasti ada walau sekelumit. Jangan nafikan. Kerana kita ini hanya manusia. Sentiasalah perbetulkan niat.

Lelaki yang saya ceritakan tadi, ada lagi sambungannya. Tuhan itu maha kaya kan. Di dunia lagi telah ditunjukkan. Selang beberapa hari selepas perbualan saya dengan GD, saya ternampak lori tunda datang menunda kereta Honda Accord miliknya. Kasihan. Tapi, apa boleh buat? Saya hanya mampu melihat.

Sesungguhnya dalam kehidupan ini ada banyak pengajaran yang boleh di ambil. Ini mungkin salah satu darinya.

Tuesday, March 3, 2009

Rabiul Awal sudah menjengah

Hari ini 6 Rabiul Awal. Sudahpun melewati March. Tahun ini tahun yang penuh dengan agenda. Sedari awal tahun saya sudah merancang apa yang perlu dilakukan sepanjang tahun ini. Moga-moga ianya berjalan seperti yang dirancang.

Sejak dua menjak ni Alhamdulillah rezeki semakin bertambah. Buat masa ini saya kerap berulang alik KL-Putrajaya. Apabila pelanggan bertambah, kerja dan urusan harian pun makin bertambah2. Syukur ke hadrat Ilahi atas segala rezeki dan nikmat yang Allah berikan.

Dalam masa yg sama, saya masih tidak mendapat permanent job seperti yang diinginkan. Selepas ini saya akan cuba pula dapatkan kerja di firma-firma guaman. Jika tidak dapat juga, maknanya sudah sampai masanya saya beralih arah menjadi pendidik. Walaupun ianya bukan kerjaya pilihan, akan tetapi saya perlu cuba juga. Tak kenal maka tak cinta, betul tak? Selama ini bukan kerana saya tidak suka mengajar akan tetapi tidak pernah berasa diri layak bergelar pendidik. Contoh, model dan teladan yang baik buat masyarakat. Itu imej yang paling saya geruni kerana saya tahu siapa diri saya. Tidak sempurna. Dan saya sentiasa mengagumi mereka yang bergelar pendidik kerana saya tahu untuk menyampaikan ilmu dan diterima dgn baik bukanlah satu kerja mudah. Perlu kesabaran yang tinggi!

Apapun, tidak kiralah apa-apapun jenis pekerjaan, yang penting halal dengan nawaitu yang betul. Lakukan dengan ikhlas supaya keredhaan dan keberkatan Allah SWT sentiasa mengiringi hidup kita.

p/s; Maulidur Rasul akan jatuh pada hari Isnin depan. Dalam pada kita menyambut maulid nabi nanti, janganlah kita berlebih-lebihan dengan melakukan pembaziran, bersederhanalah dalam segala hal.