Wednesday, March 11, 2009

Mengomel jap

Ahmad telah melakukan kesalahan yang tak sepatutnya dia lakukan. Tapi abah tak cepat menghukum. Cool je. Pelik. Makin tua makin cool. Atau malas nak melayan benda remeh temeh?

Ahmad yang berumur 10 tahun dengan pandainya telah meletakkan magnet di LCD screen laptop Sony abah. Cubaan pertama, magnet tersebut gagal di tanggalkan dari LCD tersebut. Cubaan kedua hasilnya tetap sama. Tetapi cubaan ketiga telah menyebabkan LCD tersebut pecah, berderai seperti kaca. Tak pasal-pasal melayang beribu duit abah. Bukan murah. Tapi, Abah tetap cool.
---------------
Ketika saya dan adik di sekolah rendah, sedang hangat trend mendengar lagu melalui telefon. Dgn cara mendial nombor then kita boleh masukkan kod lagu yang kita nak dengar. Pada masa tu tengah famous lagu dari kumpulan Shades -Jangan ucap selamat tinggal. Saya dengan pandainya dan gatainya tangan ini mendial-dial nombor2 tersebut. Akibatnya bil telefon melambung-lambung. Bila abah dapat tahu, dia kurung saya dalam bilik air - Sbg hukuman.

Nampak perbezaannya? Ini sungguh tidak adil. Saya salah, abah hukum. Ahmad buat salah lagi terang lagi bersuluh abah biarkan je.

Saya akui. Saya memang nakal. Tak macam Angah. Tak macam Adik. Lebih-lebih lagi Ahmad. Ahmad budak baik. Dia dengar cakap. Dia tak nakal. Saya pula dahlah nakal, suka pula melawan. Tapi lawan sopan la. Bukan lawan kurang ajar ye. Agaknya sebab itulah abah geram dengan saya. Ada je modal nak lawan balik cakap abah. Saya tahu saya salah, tapi saya masih nak menang. Last-last bilik air tempat paling sesuai. Kalau balik kampung, nakal-nakal abah sumbat saya di bilik gelap. Semua orang takut nak lalu dekat-dekat bilik tersebut, apatah lagi nak masuk. Saya je yang pernah pecah rekod dok seorang2 dalam bilik tu. Berani sungguh saya.
---------------
Itu imbasan kenangan zaman kecil saya. Hakikatnya, saya membesar dengan belajar dari kesilapan. Setiap kesilapan saya dulu, dikira teliti abah dan mama. Mereka menghukum lantas memaafkan. Mereka memukul bila perlu lantas memhon maaf. Memukul dengan niat untuk mengajar bukan mendera. Kerana didikan tersebut, saya menjadi manusia yang manusia.

Setiap anak punya karektor yang berbeza. Dan cara didikan/approach untuk setiap anak juga berbeza - Itu yang abah selalu cakap. Saya dan angah berbeza. Saya dan adik lagilah berbeza. Ahmad dan Khazieeqah mungkin banyak persamaan. Jadi cara mendidik mereka tentulah tidak sama dengan kami 3 beradik lain.

Jadi, kesimpulannya tidak ada yang tidak adil. Saje je provok abah. Jangan marah ye bah. Teringat dulu2, abah pernah cubit saya sampai lebam. Tak lama lepas tu abah datang bawa ubat dan sapukan. Baiknya abah kerana meletakkan egonya ke tepi. Dan kejadian itu tetap berbekas di hati.

Cuma apa yang saya takut ialah perangai saya waktu kecil tu akan berulang pula pada anak saya kelak. Dunia kan berputar. Nauzubillah..Ya Allah ampunilah dosaku ya Allah. Saya tekad untuk mendidik anak2 saya kelak supaya tidak ada yang mengikut jejak kenakalan saya waktu kecil dulu. Oh saya tidak sanggub.


4 comments:

Aishahtur said...

same la kite.. adik2 skrg manja nye masyaAllah; hehehe

Nurul Zahar said...

memanglah...manja lah sangat2nye..menyampah tengok hahha...akak sj je cerita benda ini. Sbb baru je berlaku 3-4 hari lepas. tu yg akak cuba compare antara zaman akak n 2 adik lain dengan adik2 yang kecik (^-^)

Anonymous said...

biasa la budak2. mmg bergedil.

didik anak2. hehe. emosi.

Nurul Zahar said...

emosi bertempat =)