Sunday, March 1, 2009

Zapin tetap di hati

Waktu sekolah rendah, saya agak aktif dalam pelbagai aktiviti seni di sekolah. Terutama koir dan tarian. Yang paling dekat di hati adalah zapin. Saya bermula aktif sejak di darjah 3 lagi. Sebagai anak jati Johor sudah pastilah tarian ini menjadi kemestian untuk dipelajari. Sangat manis jika dikenang. Saya tidak akan lupa pada Cikgu Hasbi yang banyak memainkan peranan beliau dalam melihat aktiviti ini berkembang dan menjadi kebanggaan sekolah kami.

Melangkah ke sekolah menengah membataskan saya untuk aktif dalam bidang ini. Sudah sampai satu tahap untuk saya berubah. Saya tinggalkan terus dunia seni tersebut. Tidak pernah pula terlintas untuk berzapin walaupun boleh sebenarnya dilakukan sebagai aktiviti di kalangan pelajar perempuan sahaja.

Seingat saya kali terakhir mengajar secara serius tarian adalah ketika di Sudan dulu. Tahun 2002. Saya bersama Auntie Ina-Masnan dan beberapa orang lagi bertanggungjawab untuk mengajar anak-anak petronas untuk persembahan yang bakal diadakan ketika Malam Gala Karnival Sukan Petronas Sudan. Adik saya - Khazieeqah turut menjadi salah seorang penarinya. Sangat cute. Mereka juga turut membuat persembahan ketika hari penyampaian hadiah anjuran PMMS yang berlangsung di dewan serbaguna IUA.

Kemudian tahun 2005, dakhiliyah banat Ustaz Abdullah Sofie, International University of Africa ada mengadakan Hari Kebudayaan secara besar-besaran. Oleh kerana saya menjangkakan tahun tersebut adalah tahun terakhir saya di situ jadi dengan terujanya saya mencadangkan agar dipersembahkan tarian ini. Sebenarnya dalam acara-acara begini, pelajar Malaysia kurang beri penyertaan kerana faktor kekurangan pelajar. Mungkin juga kerana perasaan malu yang menebal. Tak ramai sebenarnya yang rela hati beraksi ligat di pentas. W/bagaimanapun sy mahukan hari tersebut menjadi hari paling istimewa dan punya kenangan manis yang boleh dikenang selalu. Sebelum itu, saya pernah terfikir, apa hadiah istimewa yang boleh saya sajikan untuk sahabat2 di sana?? Hari kebudayaan tersebut tidak terhad kepada warga asrama sahaja malah seluruh tholibat IUA.

Cadangan saya di sambut baik. Faktor kekurangan pelajar tidak menjadi masalah. Yang penting ada kemahuan dan ada juga tenaga pengajar. Berbekal sedikit pengetahuan dalam tarian zapin ini dan juga bantuan dari Kak Siti (Indonesia) yang juga pernah aktif dalam tarian ini maka kami berganding bahu Malaysia-Singapore-Indonesia-Thailand memberi persembahan terbaik. Bukan satu tapi pelbagai persembahan. Kemuncaknya adalah zapin. Awalnya saya hanya bertindak sebagai pengajar sahaja akan tetapi saya pula diminta untuk menari. Teruk betul. Apapun ia memang sangat-sangatlah berbaloi dan menjadi persembahan yang tak akan saya lupakan seumur hidup.

Yang kelakarnya, selesai persembahan saya pula dimarahi oleh rakan2 Arab dan Afrika kerana mereka tidak pernah tahu bahawa saya pandai menari. Kalaulah mereka tahu, memang lunyai la saya dikerjakan. Sebab kita pun memang dah sedia maklum orang Arab dan Afrika ni sangat suka menari. Selama 3 tahun di asrama itu, saya jarang beraksi seligat itu di depan beratus2 pelajar. Low profile adalah cara hidup saya. Untuk mengajar tidak mengapa, akan tetapi untuk menari saya perlu fikir sepuluh kali. Bukan kerana malu tapi segan. Eh samalah kan. Hahhah

Apapun, bidang seni tetap mendapat tempat di hati. Ia seperti satu ramuan yang mampu menghilangkan stress. Akan tetapi awas! Jika terlebih ramuan padah akibatnya. Berpada-padalah...

p/s : Saya sertakan video klip noraniza idris. Saya suka lagu ini.




No comments: