30-06-09. Semalam, seorang rakan sekerja saya tumpah darah. Tahu ke apa tu tumpah darah? Orang lelaki mesti kurang arif benda ni, kan?. Mengaku jelah. Bagi ibu-ibu yang mengandung benda macam inilah yang paling ditakuti oleh mereka. Tumpah darah/pendarahan ketika hamil boleh membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan. Biasanya pendarahan ketika hamil ni berlaku pada trismester ketiga akibat kedudukan uri (yang sepatutnya berada di atas) terletak di bahagian bawah rahim iaitu berhampiran pangkal rahim. Keadaan ini di panggil plasenta previa. Sila rujuk ini.
So bila berlaku insiden macam ni, korang pun boleh bayang la kan macamana kecohnya kami? Lebih-lebih lagi ini kali pertama kami berhadapan dengan kes macam ni. Dan kali pertama juga kami ada staff perempuan yang mengandung. Muda pula tu. Baru 22 tahun umurnya. Anak dah masuk 2.
Dalam keadaan yang kecoh dan kelam kabut, selalunya manusia sukar mengawal diri untuk bertenang. Betul tak? Ini pemerhatian saya. Sebab saya pun kadang-kadang susah untuk bertenang. Tapi kejadian semalam benar-benar mengajar saya untuk calm down dan jangan mati akal dalam keadaan kecemasan.
Takut darah
Sejak kecil, saya memang takut pada darah. Sebab itu saya tak layak jadi doktor! Saya boleh pengsan dan pitam bila melihat darah yang terlalu banyak. Pernah sekali terjadi, saya pitam ketika membantu kawan yang hidungnya berdarah akibat cuaca panas yang terik. Siapa yang perlu dibantu sebenarnya ni? haha. Tapi, apabila meningkat dewasa, saya sudah boleh kawal perasaaan takut tu. Tak adalah pengsan dan pitam2 lagi cuma, tekak rasa sedikit loya dan kepala sedikit pening sahaja.
Dan kejadian semalam, apa yang saya ingat hanyalah keselamatan kawan dan baby dalam kandungannya sahaja. Benda lain saya tak fikir dah. Alhamdulillah hari ini keadaannya makin stabil tapi dia akan ditahan di wad untuk beberapa hari lagi. Insyallah kejap lagi saya dan rakan sekerja lain akan melawatnya di HKL.
Pengorbanan ibu mengandung. Terlalu besar ertinya. Tempoh mengandung itu adalah suatu tempoh yang amat menyeksakan. Macam-macam karenahnya. Kerana itu, saya tidak boleh menerima hakikat setiap kali mendengar berita-berita seperti ibu dihalau, ibu dipukul bahkan ibu dibunuh oleh anak sendiri. Hanya orang yang kurang waras sahaja yang bertindak begitu. Alasan lain, tidak boleh diterima akal sama sekali. Jika tidak kerana ehsan ibu terhadap kita ketika mengandung dan melahirkan kita dulu, pasti kita sekarang ini entah terbiar di mana-mana. Lihat sahaja apa yang dilaporkan dalam akhbar hari ini. Ibu membuang bayi yang baru dilahirkannya dan direndam hingga lemas dalam tong berisi minyak. Zalim. Fikir-fikirkanlah. Jika kita punya ibu, sayangi mereka selagi hayatnya ada.
Oklah, saya masih di office ni sebenarnya. Nak balik dah..Jumpa lagi :)
4 comments:
kena bersedia ni.. hehe
lulu..
ini la yg berlaku pada akak..
stiap yang terjadi ada hikmahnya, kan.. =)
bercakap mengenai placenta previa, saya pernah mengalaminya waktu mengandung dulu. alhamdulillah, dengan izinNya, kedudukan placenta saya berubah seperti normal. kalau hendak tahu lebih lanjut tentang placenta previa, bacalah blog saya. mungkin kamu boleh menolong kawan kamu itu amalkan petua yang saya sudah usahakan masa mengandung dulu.
semoga kawan kamu selamat melahirkan anak dan semoga kamu tak fobia lagi dengan darah selepas insiden itu. :)
salam ukhuwah
Kak Izz, Allah menguji org yg sabar.
Puan Mawar, terima kasih. Rakan saya dah ok skrg tapi saya tetap menyokong dan beri semangat supaya dia lebih bersedia menghadapi apa jua kemungkinan. Petua2 yg Puan Mawar syorkan tu amat berguna. Saya tak pernah tahu tentang itu. Mungkin ia boleh membantu rakan saya. Terima kasih.
Post a Comment