Sunday, July 5, 2009

Sackor Soko Hasan

05-07-09. Petang Jumaat, habis kerja di office, kira-kira jam 7 malam saya bergegas pula ke UIA. Saya dah berjanji dengan Hasan, Swabri dan Hoda untuk makan malam bersama. Selepas solat Isyak, kami bertolak ke destinasi dituju; sebuah restoran makanan laut yg terletak di tepi jalan berhadapan dengan Masjid Al-Syariff, Jalan Batu caves. Alah, budak2 UIA sure familar dengan tempat ni.

Biasanya saya dan kawan-kawan makan di Kubur kat Bt 8 tu tapi malam tu special sket coz Hasan akan balik bercuti ke US esok. So, malam tu kami order apa sahaja favourite Hasan; Tomyam & Ikan Siakap Kukus. Biar dia makan puas-puas. Yang kelakarnya, tak cukup seekor, order satu lagi ikan, hanya untuk ratah je. Makan tak ingat dunia betul diaorg ni. Termasuklah saya. Haha

Kami makan sambil berborak. Banyak juga cerita yang diborakkan. Oleh kerana saya dan Swabri sama-sama belajar di Sudan dulu so, cerita kami banyak terarah pasal kenangan di Sudan. Tak kering gusi dibuatnya. Dan saya juga dapat tahu dari Swabri bahawa rakan Malaysia saya ketika belajar di Sudan dulu, Faiz menyambung pelajaran di UIA. Alhamdulillah, baguslah. Suka dengar kawan-kawan sambung belajar. Bagi saya sendiri, sambung belajar tu satu kemestian bukan lagi satu pilihan.

Anyway, we really had a wonderful time together. A quality time. Sebelum ini Swabri jarang dapat join dinner bersama kerana jadualnya yang sibuk. So, malam tu kiranya kami bawa lari dia sekejap :)

Hasan akan pulang bercuti selama sebulan. Itu yang dia cakap. Tapi, saya tahu dia tak akan kembali dalam masa terdekat. Gerak hati saya mengatakannya. Dengan politik, business dan hal keluarga, dia perlukan masa untuk settle down everything. Walau apapun terjadi, kami berjanji untuk berjumpa semula pada hari graduasi nanti. 3 bulan dari sekarang, Insyallah.

Antara ramai-ramai, saya rasakan Hasan dan Thureya adalah orang yang paling memahami saya. Terima saya seadanya dan sentiasa ada di sisi ketika saya berasa sedih dan gembira. Kerana itu, ketika Thureya pulang for good tahun lalu saya berasa sungguh kehilangan. Dan kini apabila tiba giliran Hasan, walaupun hanya pulang bercuti, rasa kehilangan itu berganda lagi.

Apapun, life goes on. Akan tiba satu masa, masing-masing akan punya kehidupan sendiri tapi itu tidak bermakna persahabatan putus. Atas kita macamana nak mencorakkannya.

Sempat lagi saya berjenaka malam tu, 10 tahun dari sekarang kita akan buat re-union. Saya, Thureya, Hasan, Swabri, Hoda, Reedha, Ibrahim bersama isteri, suami dan anak masing-masing. Lantas Hasan menjawab, itu sudah pasti dan aku harap waktu tu aku dah cukup kaya untuk support tikets and all expenses korang semua. Kami gelak. Ok, Mr. President! Jangan kau buat-buat lupa pulak bila dah kaya nanti. Haha.

Ia mungkin menjadi malam terakhir kami makan bersama, siapa tahu? Ajal, maut, jodoh pertemuan di tangan tuhan, remember ? :)

p/s: We took some pictures during the dinner but i dont think he will agree if i put here. Hasan & Hoda; its ok with them, but Swabri... he is too handsome to be shown here.. Haha believe me. . (^-*) ~nakal.

2 comments:

Nafastari said...

Salam.Terima kasih berkunjung ke laman saya. Saya seronok membaca catatan anda di sini. Saya juga di UIA dulu dan Oktober ini insyaAllah akan pulang ke Malaysia dan berkunjung lagi untuk menghadiri konvo isteri. Tentang nama anda- Lulu, sangat menarik! Seperti nama seorang ahli parlimen yang saya sangat hormati. Salam ukhuwah.

Nurul Zahar said...

oo Encik Amad & Puan Mawar sama2 UIA. Kita sama gengla. Hehe. Lulu tu nama panggilan je :)