Kebelakangan ini saya menjadi seorang yang mudah lupa. Kenapa ya? Saya makin susah mengingati sesuatu perkara. Lama berfikir, baru dapat diingat kembali. Saya juga perasan, sejak akhir-akhir ini saya seperti berada dalam dunia yang berbeza. Jasad saya di sini tapi fikiran saya melayang entah ke mana. Entah apa yang difikir.
Adakalanya bila seseorang bercerita itu dan ini dengan saya, kemudian saya akan bertanya soalan yang sama walaupun soalan itu sudah pun saya tanya sebelum tu. Saya jadi pelupa. Saya tak ingat apa yang dia cerita. Saya jadi bingung.
Kata kawan, saya tension. Mungkin. Dan juga, mungkin kerana bebanan kerja yang banyak. Tidur pun tak cukup. Maklumlah orang tak biasa bekerja. Selama ini tangan hanya menadah. Sekarang, pandai-pandailah nak hidup.
Entahlah. Kadang-kadang saya terfikir, kenapa saya perlu kerja bagai nak rak? Kerja macam nak mati, apa yang saya dapat? Itu fikiran jahat yang menerjah. Fikiran baik selalu mendorong saya agar terus berusaha. Saya tak akan rugi apa-apa.
Antara baik dan jahat. Saya yang tentukan.
Tapi, buat masa sekarang bukan itu yang saya risaukan. Keadaan mudah lupa saya ini yang merunsingkan. Saya kena banyak istigfar. Saya tak tahu, apa yang Allah nak uji. Ujian ini macam-macam.
Saya terasa seperti mahu berada di sisi keluarga sekarang juga. Tiba-tiba saya merasa so lonely. Walau saya tahu, Allah sentiasa mendengar rintihan saya. Dan Dia sentiasa bersama saya. Setiap saat. Setiap ketika.
Berserah.
p/s: Bagaimana saya boleh lupa bahawa saya sepatutnya join team sukarelawan di perkampungan org Asli Kpg Pantos, Kuala Medang, K. Lipis Pahang esok. Bayangkan!!.. saya sepatutnya bertolak petang tadi. Saya minta maaf.
No comments:
Post a Comment