Sunday, July 26, 2009

Hujung minggu yg syok

Salam,
2 minggu lepas, saya berjanji untuk berjumpa dengan kak Sarah n Kak Farie pada hari Sabtu 25hb. Dalam ms yg sama, saya terlupa bahawa sepatutnya pada hari tersebut saya ada program di Kpg. Pantos, K.Lipis Pahang. Petang kelmarin baru saya perasan bilamana ada rakan yg sms bertanya, dia tidak nampak saya pada program kali ini. Tak join ke? Saya minta maaf. Saya tersalah lihat tarikh di diari. Tak dapat nak join kerana sudah berjanji dengan org lain. Takpelah. Harap korang enjoy beramal di sana.

So, hujung minggu kali ini saya habiskan masa dengan keluarga Uncle Rashid. Pagi Sabtu saya dan mereka bersiar-siar di Alamanda. Main bowling dan berkaraoke sampai ke petang. Malam
kami buat majlis makan-makan kerana kebetulan menyambut Birthday Muqaffi. Bila sesekali berkumpul macam tu, banyaklah cerita yang diborakkan. Sampai tidur pun lambat. Jam 2 pagi kami masih berborak sakan. Haih.. macam zaman2 kat Sudan dulu la. Bezanya, sekarang semua dah besar panjang. Ada yang dah kahwin dan beranak pinak. Cepatnya masa berlalu.

Pagi Ahad pulak, selepas bersarapan, saya, kak Sarah, Abg Zack, Muqaffi, Kak Farie, Mujahid dan Naem ke kelab sukan kat Putrajaya. Main badminto
n. Aduh, lenguh tangan main bowling semalam tak habis lagi, bantai main badminton pulak. Bersungguh betul main. Tangan ni dah mula rasa sakit-sakit ni. Maklumlah org dah lama tak bersukan. Kantoi...

Lepas makan tengahari dan bersolat di Masjid Putrajaya, kami decide pergi ke Zoo pulak. Siap jumpa Mazlan Pet-Pet n siapa ntah top 3 Raja Lawa
k tu, tak ingat nama dia. Diaorg tengah buat shooting filem ala-ala Madagascar kat Zoo tu. Hehe

Habis ronda-ronda satu zoo, saya ajak diaorg singgah ke rumah. Dah dekat sangat. Boleh lepak-lepak, solat sebelum pulang ke Bangi. Nasib T.E.D ada di rumah. Sempatlah diaorg jumpa T.E.D.

Hujung minggu kali ini terasa sangat best, enjoy da
n rasa hilang segala tekanan kerja dan masalah. Dapat luangkan masa dengan diaorg membuat saya terasa seperti bersama keluarga sendiri. Dah lama saya tak makan ramai-ramai one big family. Sesuatu yg saya rindu nak buat. Sekarang, bila dah dapat rasa puas.

Ukhuwah yang terjalin terasa semakin erat. Sudan telah mempertemukan saya dengan ramai orang. Dan mereka adalah salah satu darinya. Persahabatan, kekeluargaan telah menjadikan kami akrab antara satu sama lain sehingga kini. Alhamdulillah..

Tuhan memang tahu apa yang saya rasa. DIA kurniakan rasa gembira ini di saat saya amat memerlukannya. So, tak adalah feel lonely lagi. Saya emo kebelakangan ini. Entah apa-apa je.

p/s: Banyak lagi gambar sebenarnya. Tak sempat. Nanti saya update lagi. Esok hari Isnin. Selamat memulakan tugas!

No comments: