
Salam.
Hari Kemerdekaan akan jatuh pada hari Isnin dan kita semua akan bercuti pada hari tersebut. Sure punyer. At first, saya bercadang untuk pulang bercuti berjumpa keluarga; ambil cuti hari Jumaat dan pulang semula ke KL hari Isnin. Tapi, bila discuss dengan T.E.D, kami ambil keputusan untuk postpond dan tunggu cuti Raya Puasa. Jadi, tahun ini saya dan T.E.D akan menyambut hari raya bersama keluarga di sana. Kami sudah pun membeli tiket kapal terbang untuk pulang pada 19hb September dan akan kembali ke KL seminggu kemudian.
Mungkin cuti hari kemerdekaan itu akan saya isi dengan balik ke kampung di Batu Pahat. Sejak mula bekerja, saya belum berkesempatan lagi pulang berjumpa Ummi dan Atuk Abah. Qaisarah Nur Dayana pun tentu dah besar.
Anyway, Sabtu 1hb Ogos adalah hari pendaftaran pelajar baru untuk program DAIJ. Saya kembali semula ke UIAM. Seronoknya dapat masuk kelas semula.. Walaupun belajar separuh masa tapi saya rasa teruja. Macam zaman muda-muda dulu. Ceh...
Kalau dikenang semula, saya macam tak boleh dipisahkan dengan dunia kampus. Sejak umur 15 tahun sehingga kini, tiada tahun saya tanpa kehidupan universiti..Dah kerja pun masih rasa semangat nak masuk univ semula. Macam rasa tak puas gitu. hehe. Bila nak berhenti pun saya tak tahu...
Oklah kita tukar topik.
Minggu ini saya agak sibuk. Boleh dikatakan hari-hari pergi ke court. Shah Alam pulak tu. Jauh. Hari-hari terpaksa ulang alik. Nasib baik boleh claim minyak/pengangkutan. Beruntung dapat orang atasan bertimbang rasa. Syukur-syukur.
Setiap kali pergi ke court, saya pasti terjumpa teman-teman lama yang sama-sama ambil Master di UIA dulu. Waktu macam tu lah kami ambil kesempatan bertanya khabar dan perkembangan diri masing-masing. Saya bersyukur kerana keputusan saya untuk sambung belajar di UIA dulu benar-benar membantu saya dalam bidang pekerjaan. Kerana banyak pengamal undang-undang di sekitar KL dan Lembah Klang adalah graduan UIAM. Jadi, connection tu luas sket. Berbanding keadaan saya yang baru pulang dari luar negara dulu, tidak punya kenalan domestik yang ramai. Ia menghadkan skop pergaulan saya. Apapun, menambah kenalan dapat membantu kita meluaskan pergaulan. Saya selalu percaya itu.
Esok sekali lagi saya akan ke Shah Alam. Kali ini ke Mahkamah Rendah sebagai wakil bos yang terpaksa menghadiri kes di Mahkamah Tinggi. Juga ada beberapa wakalah dan Pernyataan Pembelaan & Tuntutan Balas untuk difailkan.
Orang kata, kerja macam ni tak berbaloi. Tapi, saya tak kisah. Lagipun bukan selamanya saya menjadi pelatih dalam kamar. Bukan duit yang saya cari. Tapi, ilmu dan pengalaman yang saya kejar. Memang betul, duit sangat penting. Macamana nak hidup kalau tak ada duit? Tapi, saya hidup bukan untuk bermewah. Cukup sekadarnya buat masa ini. Tiada tanggungjawab lain menuntut saya untuk mencari duit lebih. Jadi, sementara keadaan tidak mendesak, saya rasa inilah masa yang sesuai. Masa untuk bersenang lenang pula akan tiba apabila sampai waktunya. Sedikit masa lagi, tapi bukan sekarang :)
Apa-apa jelah yang saya bebelkan ini. Okla, selamat berjuang dalam bidang masing-masing. Buatlah apa sahaja yang anda fikirkan baik untuk masa depan, asalkan ia menepati syarak, rezeki halal dan tidak termasuk perkara yang memudaratkan diri.
Doakan saya juga!
p/s: Raya nanti, saya nak serbu rumah bekas lecturer-lecturer saya ketika belajar di Curtin University dulu. Syoknyer! (hahah puasa tak lagi, dah fikir raya)
No comments:
Post a Comment