Monday, December 14, 2009

Isnin

Saya bercuti hari ini.

Saya gunakan masa yang ada ke kedai buku. Cuci mata juga cuci hati. Erk.

Setelah berpuas hati dengan beberapa kali rondaan, akhirnya saya grab beberapa buah buku yang saya rasakan saya mahu baca buat masa ini. Rasa puas apabila berjaya membeli sesuatu yang dihajat hati. Memang duit amat penting dalam hidup ini!

RM90 dihulur. Bak air yang mengalir laju, begitu juga aliran wang tunai. Saya perlu berjimat cermat bulan ini. Mesti!

Kesunyian sudah mula dirasai. Rumah ini semakin kosong dan akan terus kosong untuk tempoh seminggu lagi. Mereka sudah bertolak ke Langkawi semalam ~ dengan menaiki train hingga ke Perlis (atau Kedah? saya pun tak pasti) sebelum menaiki feri ke Langkawi.

Perjalanan yang melelahkan mungkin namun pastinya ia menyeronokkan. Apa lagi yang paling membahagiakan selain dapat bersama meluangkan masa dengan keluarga? Sesuatu yang jarang sekali dapat saya lakukan.

Saya akan menyusul mereka pada hari Jumaat nanti. Tapi, saya tidak akan ke Langkawi. Kami akan bertemu di Kedah nanti ~ Percutian bajet kami untuk tahun ini :)

Jumaat, cepatlah datang!huhu

No comments: