Sunday, October 24, 2010

Berhenti Kerja, Exam, Pindah, Sambung Belajar dan banyak lagi

Assalamualaikum/salam sejahtera uoals..

Dah lebih 5 minggu blog ni tidak diupdate. Busy, busy, busy. Macam saya sahaja yang busy dalam dunia ni kan? Huhu. Saya admired mereka yang mampu luangkan masa menulis blog apatah lagi meng-update blog mereka hampir setiap hari. Wah, sungguh solute la! Sebab untuk melakukan itu memerlukan komitmen yang tinggi. Saya pula sudah terang lagi bersuluh tidak termasuk kategori itu. Sangat pasti!

Ok, sekarang ini kita hanya punya baki 7 hari lagi untuk melangkah ke bulan November. Fuh, banyak date penting bagi saya pada bulan November ni. Setiap tahun kami akan menyambut hari lahir Abah iaitu pada 27hb dan Eeqah pula pada 30hb November. Selalunya kami akan raikan serentak hari istimewa bagi kedua-dua insan tersayang ini. Tapi, saya jarang dapat bersama meraikan mereka dan saya sangat berharap dapat meraikan bersama-sama mereka pada tahun ini sebab mereka akan BERPINDAH ke Kuala Lumpur dan menetap kembali di sini. Horaay!

Abah akan kembali bertugas di KL pada 1hb November ini. Ia cukup melegakan saya sebab akhirnya keluarga saya akan 'bersama' semula. Hah, jangan fikir yang bukan-bukan ya! Maksud saya bersama semula setelah sudah banyak tahun kami tinggal berasingan. Tidak lama lagi tidak akan ada lagi kekosongan kerusi di meja makan setiap kali waktu makan! :) Alhamdulillah.

Mengikut jadual, abah akan tiba di KL pada 30hb ini dan mama serta adik-adik akan menyusul kira-kira sebulan kemudian. Walaupun keputusan ini nampak begitu drastik tapi saya yakin ia dibuat untuk kepentingan bersama. Tidak ada apa yang lebih menggembirakan saya selain dapat bersama keluarga dan dapat berkumpul semula lengkap 7 orang seperti 10 tahun yang lalu :)

Peperiksaan bagi semester II pengajian DAIJ juga akan bermula 30hb ini (Sabtu depan) dan akan berakhir pada 14hb November. Sangat tidak berpuas hati dengan cara Law Centre menyusun taqwim pengajian kerana kami langsung tidak diberi study week untuk mengulangkaji untuk peperiksaan. Kelas hanya berakhir semalam jadi bagaimana peperiksaan boleh bermula selepas seminggu? Sungguh tidak masuk akal. Mereka juga tidak mengambil kira keadaan kami yang belajar secara separuh masa kerana kami bekerja. Ini kali kedua tindakan Law Centre yang pada pandangan saya langsung tidak munasabah. Pada semester I yang lalu, kami hanya diberi jadual exam melalui email 3 hari sebelum peperiksaan. Masih saya ingat, saya menerima email pada hari Rabu dan peperiksaan bermula pada hari Sabtu. Langsung tak masuk akal!

Saya berkira-kira mahu menghantar surat atau memorandum kepada Law Centre bagi menunjukkan ketidakpuas hatian saya ini kepada mereka dan saya yakin rakan-rakan lain juga berkongsi pendapat yang sama dengan saya. Saya akan buat selepas habis peperiksaan. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang pada semester III nanti

Seterusnya, saya juga sudah membuat keputusan untuk berhenti kerja. Ya, berhenti kerja! Sesuatu yang tidak pernah saya terfikir untuk lakukan pada masa terdekat tapi Allah SWT telah memberi petunjuk dan saya yakin dengan keputusan ini. Saya perlu memberi lebih perhatian terhadap keluarga buat seketika dan saya harap pengorbanan ini berbaloi buat semua. Dalam pada itu, saya akan teruskan pengajian separuh masa saya di UIA dan mengintai peluang pekerjaan lain yang lebih flexible selain peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat PHD. Impian untuk menggengam ijazah kedoktoran sebelum berumur 30 tahun tidak pernah lekang dalam kotak minda saya ini cuma, keterbatasan waktu dan peluang sering menjadi penghalang untuk saya memulakan langkah seterusnya. Saya perlu lebih berusaha untuk mencapai impian tersebut sebab ia bukan mudah. Walaupun kita punya duit berjuta, masa dan peluang tidak akan dapat dibeli. Kita perlu mengejar dan mencari.


Bulan ini merupakan bulan terakhir saya di tempat kerja. Majikan saya seakan berat melepaskan saya pergi dan berkali-kali meminta saya mempertimbangkan tawarannya. Saya juga berat mahu melangkah pergi tapi saya sudah membuat keputusan dan insyallah inilah keputusan yang terbaik buat masa ini. Saya mampu menarik nafas lega kerana kami bakal menerima seorang kakitangan baru yang mungkin boleh membantu serba sedikit menguruskan hal ehwal syarikat. Firma tempat saya bekerja tidaklah sebesar mana tetapi kes-kes yang kami kendalikan tidak kurang hebatnya. Banyak juga kes-kes yang kami kendalikan dijadikan rujukan dan dimasukkan dalam jurnal hukum. Walaupun selalu rasa tertekan kerana kerja yang bertimbun dan tidak pernah habis, tetapi saya sangat gembira bekerja di situ kerana hubungan saya dengan rakan-rakan sekerja sangat baik. Majikan juga bertimbang rasa dan boleh dibawa berbincang. Walaupun saya mempunyai beberapa orang bos kerana firma tersebut dibina atas perkongsian bersama (partnership), tetapi saya sangat menyenangi Master (orang yang bertanggungjawab menyelia saya) kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan selok belok dalam dunia perundangan ni. Tidak pernah sekalipun sepanjang setahun setengah saya di firma tersebut, saya diherdik, dimarahi atau apa jua yang boleh membuatkan saya berasa tidak senang dengannya. Bahkan dikalangan rakan-rakan yang mengenali beliau juga mengakui sikap dan peribadi beliau yang sangat cool dan menyenangkan itu. Dalam bekerja, beliau seorang yang perfect dan meticulous. Mahukan segala-galanya sempurna namun tetap boleh bertolak ansur. Jika tugasan masih tidak siap walaupun dateline hanya tinggal sehari, beliau akan sama-sama turun padang membantu dan tidak akan membiarkan saya keseorangan menyiapkannya. Peribadi yang ada pada beliau tersebut membuatkan beliau lebih dihormati. Bukan senang nak mencari lawyer yang berkaliber dan mempunyai budi pekerti seperti itu. Sangat sedikit jumlahnya. Kerana itu, saya mengambil masa yang agak lama sebelum membuat keputusan untuk berhenti dan move on.

Semoga TMS terus maju jaya. Itu doa saya. Dan ukhuwah yang saya perolehi sepanjang berada di situ akan terus saya simpulkan dan eratkan. Bukan mudah nak mencari manusia yang jujur di luar sana tapi saya berjaya temui di kalangan mereka.

Akhir kalam, jangan takut membuat keputusan yang terbaik buat diri kita. Jangan terlalu memikirkan apa kata orang kerana kita berhak menentukan masa depan diri kita sendiri. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Salam ukhuwah.

2 comments:

♥ Izzah Marzuki said...

assalamualaikum,
lama x nampak entry lulu.. ;)
moga dipermudahkan segala urusan, insyaAllah..

Nurul Zahar said...

Waalaikumsalam

Saya memang tak selalu update blog saya ni kak. Ada masa terluang, lebih utamakan kerja lain. Tapi kalau dah rindu sangat tu, barulah sediakan diri dan minda nak menulis hehe.

Terima kasih kak atas doa. Saya doakan akak pun begitu agar Allah mudahkan urusan akak di mana pun akak berada. Amin.