Pernahkah terfikir bagaimana kehidupan kita apabila tiada telefon, tiada internet, tiada FB mahupun twitter? Hidup hanya berbekalkan perkara asas? Surat khabar pun tiada menjadikan kita benar-benar terputus hubungan dengan dunia luar? Begitulah yang kami rasa ketika berada di OBS. Walaubagaimanapun, tempoh 10 hari terasa begitu cepat berlalu. Terasa seperti baru semalam OBS bermula. Banyak pengalaman yang dikutip kerana terlalu banyak aktiviti yang dilakukan. Walaupun tidak sesukar pengalaman saya ketika mengikuti program kemasyarakatan di Sudan, Afrika, pengalaman berada di OBS tentunya menjadi antara kenangan yang paling manis (^_*). Sangat bersyukur kerana terplilih untuk mengikuti program ini. Terima kasih IBBM/Bank Negara/FSTEP yang menaja kami. Terima kasih juga kepada OBS dan para instructor mereka yang handsome2 dan comel2 tu. Anda memang terbaik!
No comments:
Post a Comment