Sunday, April 24, 2011

Dulu dan Kini dan Bukan Untuk Selamanya


Assalamualaikum/ Salam sejahtera semua.

Dulu...saya pantang lihat komputer/laptop, terus ada idea untuk menulis blog. Blogging memang menjadi satu kemestian dan saya akan rasa seperti ada yang tak kena jika tidak menulis.

Namun, sekarang...jika pandang laptop ni, hati saya akan berdetik dan berkira-kira terlebih dahulu samada saya perlu duduk menghadapnya dan benar-benar ada perkara penting yang ingin dibuat. Pastinya, bukan untuk menulis. Alasan: tak ada masa dan otak tepu. Tak ada idea!

Begitulah keadaanya. Kasihan benar blog saya ni. Sudah jarang-jarang saya update. Kalau update pun, menulis hanya sekadar 4-5 baris bak melepaskan batuk di tangga sahaja. Lebih banyak gambar dari ayat yang ada. Sesetengah orang memang suka begitu. Saya suka juga. Tapi, boleh jadi bosan kalau asyik tatap gambar sahaja tanpa penceritaan dan latar cerita.

Betapa saya rindukan masa-masa lalu. Seronoknya bergelar pelajar. Ada banyak masa untuk buat apa yang kita suka, betul tak? Selain menulis/blogging, saya juga suka membaca. Dulu, saya boleh habiskan baca sebuah buku lebih kurang 300 muka surat dalam masa 2 jam sahaja. Tapi, sejak kebelakangan ini saya semakin kurang membaca. Apabila kurang membaca dan kemudian mula membaca semula, terasa diri persis 'siput' bergerak. Alahai, lambatnya.

Tidak mahu berada di momentum yang sama, saya akan cuba untuk banyak membaca dan mempelbagaikan bacaan saya. Moga-moga dengan cara tu, speed reading saya menampakkan kemajuan dan ilmu pun bertambah. Bila ilmu bertambah, adalah idea untuk menulis/blogging. Tak kiralah, samada berkaitan perkara serius atau tak serius. Ada beberapa buah buku yang saya idamkan ketika ini. Harapnya buku-buku tersebut boleh didapati di KLIBF. Saya belum lagi berkesempatan untuk ke sana. Tidak seperti Abah dan Mama yang sudah pun menyerbu PWTC sejak hari pertama KLIBF dirasmikan. Contoh terbaik tu. Memang mengujakan!

Ok, sesiapa yang masih belum dapat maklumat ini, anda dijemput ke Pesta Buku Antarabangsa 2011/Kuala Lumpur International Book Fair di PWTC. Ia akan berakhir pada 1hb Mei 2011 nanti. Anda masih ada seminggu je lagi. Rebutlah peluang. Beli buku banyak2. Tak baca pun tak pe. Yang penting anda beli. Haha (Jangan! Beli buku untuk dibaca, bukan untuk disimpan tau).

Ok, jumpa lagi.

No comments: