Esok mula penggal persekolahan ke 2 untuk tahun 2007 ni. Ahmad dari awal lagi sudah bersemangat nak ke sekolah tapi dalam pada itu ada juga sedikit rungutan. Sebelum masuk tidur tadi dia sempat berkata " Seronoklah Along duduk di rumah. Tak perlu ke sekolah macam kitaorang. Bestnye!"...Ish budak ni....ada ke patut dia bandingkan saya dengan dia.Tak padan kecil!. Geli hati sebenarnya tengok keletah budak2 ni. Terhiburla juga mama dan saya di rumah.Sekurang-kurangnya ada penyeri. Bila mereka dah mula persekolahan esok, sunyi sepilah rumah seketika. Yang bestnya, rumah tak lah jadi tunggang langgang dibuatnya. Kalau depa ni semua ada, memang teruk saya mengemas rumah.. Satu hari entah berapa kali la vacuum rumah.. 2 minggu depa dok cuti sekolah ni, banyak juga perkara dilakukan. Melukis, beriadah, gi main kat pantai. macam-macam la..tapi tinggal di Miri ni tetap tidak seseronok di KL.Mungkin di Miri kurang aktiviti yang boleh dilakukan berbanding di KL..Rindunye KL..rindu KLCC, rindu LRT, rindu Masjid India..hehehhe...macam2..
1 comment:
Yeke ahmad cakap macam tu?? tak ingat pun?!?!?
Post a Comment