Friday, June 15, 2007

#14 - Kembali kepada penciptaNya

Entah kenapa saya rasa tersangat rindu pada dia yang telah pergi.Malam tadi puas saya cuba melelapkan mata. Saya cuba untuk tidur tapi tidak lena.
Saya bangun bersolat tahajud, solat hajat memohon ketenangan dan ketenteraman jiwa. Membaca Al-Quran dan berdoa agar dia tenang di sana. Mungkin dia juga rindukan saya..Saya terkilan kerana tidak sempat menziarahinya sebelum berangkat pulang.
Pagi itu saya dan rakan2 sebilik agak telat bersembahyang subuh.Tidak seperti kebiasaanya.Masalah air terputus sudah 2-3 kali berlaku kebekalangan itu.Puas saya mengadu pada pihak atasan.Mungkin mereka masih bertungkus lumus menyelesaikannya.Selesai solat, saya terdengar bunyi riuh rendah di luar dorm.Suara orang menangis.Saya teruskan doa namun tidak khusyuk kerana tertanya apa yang sedang berlaku pagi2 buta seperti itu.
Terpinga-pinga saya melihat rakan2 menangis.Bila ditanya,tiada yang menjawab.Saya pergi ke arah satu sudut di mana Nurhiya duduk termenung.Saya dekati dia.Bertanya apa sebenarnya yang berlaku.Lantas dia memegang tangan saya. "Fiza....Nia dah tak ada". Saya terkedu. Baru semalam saya berjumpa dengannya..
Suasana di asrama sangat menghibakan hati sesiapa pun yang berada di situ.Saya masih dapat membendung perasaan sedih.Saya kuatkan semangat,tidak mahu menangis. Gegas saya memujuk kawan2 agar tidak terlalu mengikut perasaan. Pagi yang mendung itu seakan2 ikut serta menangisi pemergian sahabat tercinta kami.
Jam 8 pagi,saya dan akhawat Indonesia berkumpul di rumah Pak Taufiq.Kami berkumpul,menenangkan perasaan antara satu sama lain.Redha dan sabar menghadapi dugaan Allah SWT.
Kami ke Wisma Indonesia kira2 jam 10 pagi.Sejurus melangkah masuk ke suatu sudut,saya lihat jenazah diselimuti kain sarung. Mereka buka dan saya lihat wajahnya yang pucat.Saya mengeletar.Ya Allah..
Saya menghampiri jenazah.Namun,saya tak sanggub menatap wajahnya lama-lama.Tubuh saya mula mengeletar kerana terlalu sedih.YaAllah,sebentar lagi dia akan menghadapmu Ya allah..Di sini,pada hari ini dia pergi meninggalkan kami.Kau menjemputnya dengan satu penghormatan begini.Syahida fi sabilillah.Bagaimana pula nasibku kelak?.Adakah semulia ini atau sebaliknya?.Nauzubillah..
Saya melihat mereka mengusung jenazah untuk dimandikan.Saya tidak turut serta kerana mengdahulukan rakan Indonesia yang lain.Saya juga menyaksikan jenazah dikafankan dan seterusnya di bawa ke masjid universiti untuk disembahyangkan.Kami mengikut kenderaan jenazah di iringi pasukan bermotor polis.
Tiba sahaja di masjid universiti,saya melihat begitu ramai manusia diperkarangan masjid.Tidak saya duga begitu ramai orang datang memberikan penghormatan terakhir.Kedengaran suara di corong mikrofon memberi pengumuman akan mengadakan solat jenazah.Berpusu2 lagi orang datang sehingga jemaah terpaksa solat jenazah diluar masjid kerana ruang yang tidak mencukupi.SubhanaLlah,..jenazah sahabatku ini dimuliakan oleh mereka ya Allah.
Selesai solat saya tidak dapat menahan rasa sebak.Airmata yang ditahan2 sebelum ini tak mampu dibendung lagi. Kami berpelukan sesama sendiri.Entah mengapa saat ini saya merasakan betapa pentingnya ukhuwah yang dijalin.Perasaan sayang dan cinta saya pada sahabat2 semakin membara...Sehingga kini saya masih merasakan arwah Nia masih bersama2 kami.
Kami mengiringi jenazah sehingga ke tanah perkuburan.Kami pelajar permpuan hanya dapat melihat dari jauh sahaja saat jenazah dikuburkan.Setelah acara pengebumian selesai baru kami dibenarkan datang ke kubur dengan lebih dekat lagi.
Saya melihat batu nisan tertera nama Arwah...Nia Juniarti No 1499.Tanah merah baru dikambus.Ya Allah,kami terpisah antara 2 dunia.Ampunkan dosanya dan luaskanlah rahmatMu keatasnya Ya Allah....
Semoga arwah Nia ditempatkan bersama orang2 yang beriman.....
Kami pulang dengan langkah yang longlai.Apa yang baru sahaja berlaku seperti mimpi.Namun saya tidak mahu terus bermimpi.Inilah realiti yang harus kami hadapi.Allah sentiasa ingin menduga hambaNya agar sabar dalam mengharungi kehidupan dan kesabran itu diuji kini dengan kematian..
Dia yang menjadikan kita dan Dia juga yang berhak mengambil semula haknya.Kita adalah hamba yang bertuankan Allah SWT..Tiada siapa yang boleh mengingkari suruhanNya..Jika Dia mengatakan ia,maka jadilah ia...
Sehingga kini genap 2 tahun arwah Nia meninggalkan kami tapi segala kenangan bersamanya tidak pernah pudar.Kami belajar bersama,makan bersama, dan segalanya dikongsi bersama.Terkadang saya rindu padanya dan tatkala itulah juga saya selalu mengingatkan diri bahawa satu hari nanti saya akan turut serta bersama dia "di sana".
Selagi masih bernafas,saya akan terus berjuang...

No comments: