
Skrg ni sy tengah kempunan nak makan cheesecake...
Setiap kali abah dtg ke KL atas urusan kerja,
mama tak pernah lupa bekalkan cheesecake yg dia buat sendiri.. Sy tak sempat pun belajar dr mama..nak buat sendiri x ngeti. Peralatan pun tak ada..Semuanya dah diangkut ke sana...
Adoi, terliur rasa..beli di luar tak sama dengan air tangan mama...
Mama skrg dlm proses memperlengkapkan lagi ilmu memasaknya...belajar membuat bermacam jenis kek, sushi, western food dan aneka jenis kuih muih..Sebagai persediaan utk masa hadapan dan juga jika abah berpindah ke luar negara. Selalunya, jika tinggal di luar negara, kemahiran sebegini amatlah penting..manalah tau, dapat tempat cam Sudan tu lagi, x mampu nak beli kat luar, no choices, hah kepakaran memasak dan membuat benda2 ni sangat berguna..
Di Malaysia, mama sy tidak aktif dengan Petronita, akan tetapi dia lebih senang bergaul dengan orang luar. katanya, kita akan nampak 'dunia sebenar' jika kita keluar dari kelompok tersebut. Bukanlah bermaksud apa2, tapi inilah dia realiti kehidupan. Generally, ahli Petronita adalah mereka yg pendapatan tinggi. Mama sy mahu cari kelainan. Katanya, jika ingin dekat dengan masyarakat kita perlu kenali mereka, dekati mereka dan join group mereka..jadi kerana itulah, skrg ini dia makin aktif dengan W.I atau National Association of the Women's Institute of Malaysia. Miri salah satu pengkalan aktif W.I
Sy lihat mama saya makin padat jadual hariannya. Hari minggu jika call, dia pasti di W.I.
Baguslah, saya gembira dengan perkembangan tersebut. Sekurang2nya, hilang stress dan tension nya.
1 comment:
mmg lame da teringin nak cheesecake ni. kat sini xde secret recipe plak. ayoo meleleh. hehe.
Post a Comment