
Hari ini Khazieeqah, satu-satunya adik perempuan yg sy ada, akan menghadapi peperiksaan UPSR. So, dikesempatan ini sy nak ucapkan "Selamat berjuang di medan peperiksaan". Sy sentiasa mendoakan kejayaan dia. Sebagai kakak, sudah pastinya saya mahukan yang terbaik untuk adik2.
Semalam, saya ada menelefon buah hati sy yg seorang ini, bertanyakan tentang keadaannya. Ternyata, suaranya menggambarkan betapa dia agak gementar menghadapi situasi seperti ini. Katanya "macam menghadapi hari kematian aje, along!"
Ish, sampai begitu sekali...Sy hy gelak. Saya tahu dia tidak bermaksud begitu. Penggunaan perkataan Bahasa Melayunya terkadang tidak kena pada tempatnya. Baik eeqah, mahupun ahmad. Sama saja..Sebab itu sy selalu mengelak berbahasa asing (arab/inggeris) di rumah supaya adik2 dapat berbahasa melayu dengan baik. Mereka lebih fasih berbahasa Cina.
Kali ini Eeqah nampaknya menanggung tanggungjawab yang agak berat di bahunya. Dia antara harapan sekolah untuk memperolehi keputusan cemerlang. 7 subjek kesemuanya;
BM pemahaman + penulisan, Matematik Cina/English, Sains cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina pemahaman + penulisan.
Saya tahu dia agak tension. Namun, kami sekeluarga mengambil sikap tidak mahu terlalu 'push' kerana tidak mahu menambahkan tekanan. Anda tentu faham bagaimana sistem sekolah cina berfungsi. Bagaimana mereka merekrut pelajar-pelajar mereka. Homework dan latih tubi yang bertimbun-timbun.
Andai saja sy punya peluang, mahu saja saya terbang sekarang juga blk ke rumah untuk bersamanya. Memberi sokongan moral. Mengiringinya ke sekolah dan menanti penuh sabar dia selesai menghabiskan kertas terakhirnya. Tapi, saya tahu mama juga pasti berbuat begitu.
Saat2 begini tiada apa yang dia harapkan selain dari doa dari keluarga dan kata2 semangat dari kita.
Serapat2 saya dengan Eeqah, tidak dapat dinafikan kasih Eeqah itu lebih sedikit pada abangnya. Kami semua faham benar. Sifatnya yg keras hati itu mampu dilebur hanya dengan sekali teguran sahaja dari abangnya.
Sewaktu sy menelefon, dia ada mengatakan agar disampaikan pesan yang dia mahu bercakap dengan 'adik'nya. Menyuruh adik agar menelefonnya. Saya faham benar. Dia mahukan 'adik'nya memberikan kata2 semangat dan dorongan kerana selama ini, 'adik'lah yang byk membantunya dalam pelajaran. Pulang kerumah selesai kuliyah dan belum sempat membersihkan diri, dia sudahpun sibuk melayan eeqah. Mengajar subjek2 sains dan matematik sebelum masuk tidur. Pengganti abah yg sibuk bekerja.
Apapun, sy doakan yang terbaik dan paling penting agar Khazieeqah dapat melalui perjuangan tersebut dengan tenang. Kami tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana ini semua terpulang pada dirinya. Jika dia sudah berusaha bersungguh2 dan lakukan yang terbaik, insyallah berkat doa semua, dia pasti berjaya. Amin.
No comments:
Post a Comment