Saat abah berkata yang dia mahu bekerja semula di Terengganu jika tiada projek di luar negara, membuatkan hati saya berbunga-bunga.
Terengganu? Ah, seronoknya..Saya rindukan suasana di situ. Tenang bersama angin pantai yang sentiasa menyapa. Mungkin bagi orang lain, ianya perkara biasa. Tapi bagi saya, negeri pantai timur ni ada keistimewaannya. Selama saya membesar, saya tidak pernah mengenal erti sebenar 'suasana kampung'. Batu Pahat Johor adalah asal usul saya. Kedua2 belah atuk dan nenek berasal dari Muar akan tetapi mereka sudah berpuluh tahun menetap di bandar. Berumah batu, di kelilingi bangunan bertingkat2. Tiada suasana kampung sebenar. Semuanya serba moden.
Di negeri2 pantai timur ini, ciri2 kampung masih kekal terpelihara ditambah pantai yang sentiasa memukau pandangan. Itu yang membuat saya begitu menghargainya. Nelayan yang turun dan naik ke pantai adalah fenomena biasa di situ. Petang2 melihat mereka membawa tangkapan dan hasil dari laut, ada yang sibuk membersihkan jala, kanak2 bermain layang2 dan macam2 lagi. Saya sangat suka suasana seperti itu. Tidak hairanlah, destinasi seperti Terengganu dan Pahang sentiasa menjadi pilihan kami sekeluarga untuk bercuti.
Kelantan apa kurangnya. Ttp, mama dan abah lebih sukakan Terengganu mungkin kerana mereka sudah terbiasa dengan suasana di situ. Sewaktu di awal perkahwinan, abah pernah bertugas di Terengganu untuk beberapa tahun. Kerana itu, setiap kali ke sana, mereka tidak pernah berasa janggal. Selain itu, kami juga punya ramai kenalan yang tinggal di situ.
Jika benar abah berpeluang bertugas semula di Terengganu, tentu ianya satu pengalaman yang hebat. Saya juga tidak berasa bimbang jika adik2 dibesarkan di situ. Walaupun saya tidak akan tinggal bersama mereka, namun sekurang2nya, saya cukup pasti akan berasa teruja setiap kali punya peluang balik ke rumah berjumpa keluarga...
Alangkah indahnya jika ia menjadi realiti....
Mungkinkah Terengganu menjadi the next residence?
No comments:
Post a Comment