Insyallah esok sy akan menjalani final exam utk subject ADR.
2 subjects decentralized sem ni. ADR n Comparative family Law insyallah pada 26hb hari ahad nanti...
rasa cepat je masa berlalu, esok je dah nak start.
Sy mohon semoga dipermudahkan segala2nya, Amin.
cara belajar sy mungkin x sama dengan orang lain.
Sy tidak boleh belajar dalam suasana yg terlalu senyap dan juga terlalu bising.kena seimbang
kalau senyap sgt, sy akan cepat berasa ngantuk n bosan.
Kalau bising sangat, susah nak focus.
Setiap kali belajar dan perlukan daya tumpuan yang tinggi,
Sy akan pasang lagu instrument seperti Yiruma n Oasis ataupun gesekan biola dr Vanessa Mae.
Ini penting kerana ia dapar mewujudkan suasana harmoni n relax. kurang tekanan.
selalunya sy akan dengar melalui komputer peribadi dlm volume rendah, tidak terlalu kuat dan bukan menerusi earphone kerana ianya tidak bagus untuk rasangan minda, otak kita pun akan cepat penat bila arus aliran lagu itu mengalir secara terus dekat di telinga.
Dari segi nota, sy tidak boleh belajar tanpa ada tarikan warna warni di nota tersebut.
Mind mapping juga sgt membantu. tanpa ini semua, susah nak cari mood nak belajar.
mungkin sejak dulu, seni dan benda yg artistik menjadi kegemaran dan pilihan saya.
Mungkin juga kerana didikan keluarga yg sentiasa menghargai benda seni, antik dan punya tarikan tersendiri.
Sy di hantar ke kelas piano sejak berumur 6 tahun...Ini juga salah satu faktor menyumbang kesukaan sy pada seni.
haha jadi sy terapkan pula dalam pembelajaran saya.
muzik hy alat bantuan sy utk belajar tidak lebih dari itu.
ada pendapat mengatakan muzik itu umumnya haram tapi sy berpegang, jika ianya melalaikan dan menjauhkan sy dari memperingati Allah, maka haramlah jadinya.Nauzubillah.
Apapun doakan sy agar dapat menjawab exam dengan tenang.....
ketenangan sebenarnya kuncinya. Jika tak tenang n relax, lambat sket sy menjawab..
2 comments:
all the best, ;)
Thanks cato!=)
Post a Comment