Salam.
Minggu ini adalah minggu yg sibuk bagi saya.
Alhamdulillah semalam presentation untuk Islamic Jurisprudence selesai.
Boleh tarik nafas lega sikit.
So far ok, tapi teruk juga saya kena 'serang' dengan soalan bertubi-tubi.
Fuh, mujurlah boleh jawab walaupun tahap kefasihan pertuturan English saya tidaklah sampai tahap terbaik, at least sy boleh lakukan dengan baik.
Belajar di UIA ni memang benar2 membantu saya membaiki penguasaan bahasa Inggeris.
Hari ini, insyallah jam 5 petang, ADR Test pula menanti.
Saya kena dapat carrymark at least 50/60 termasuk assignments dan presentation ditambah dgn final exam nanti 40 m. If something happen, at least sy dlm kedudukan yg 'selamat' nanti.
Subject ini agak susah sket, kena faham betul2. Nampak senang, tapi banyak benda kena discuss.
Doakan saya ya!
Esok pula, ha saya kena present untuk subjek Private International Law. Macam saya pernah tulis di entry terdahulu, sy mmg minat giler subjek ni. Kerana minat saya berazam untuk score straight A semester ni. InsyaAllah2. Profesor tu pun sangat membantu.
Sabtu nanti pulak, my best friend wedding. Sy sepatutnya menjadi pengapit dia pada hari bersejarah itu, tapi atas sebab2 tertentu sy terpaksa menarik diri. Kenapa? ha rahsia..haha..jadi saya offer lah kepada kawan2 lain yg mana free pada hari tu.
Sy dapat rasakan wedding kawan sy tu nanti sgt meriah. Yelah, kawan2 JB pasti turun KL. Yg mana belajar overseas pun balik. N one thing, my dearly kakak2 yg kat Singapore tu pun akan turun. Tak sangka, rupanya2 sisters tu semua kenal dengan kawan saya ni. Bezanya, mereka kenal sy di Sudan, manakala kawan saya tu diaorg kenal di negara lain. Takjub...kecilnya dunia....
n saya selalu punya pemikiran bahawa, orang2 yang sy jumpa, yg sy kenal dulu, sekarang, dan di masa hadapan sebenarnya secara tersirat dan tersurat punya kaitan dengan diri saya. Cumanya mgkn Allah tak tunjukkan je melainkan tiba masa yang sesuai...huhu...sebab byk incident yg berlaku membuktikan kebenarannya.ah, byk pula sy mengomel...
Klah, nk buat preparation terakhir utk test petang ni. Doakan sy ya!. Teringat kata2 seorg abang tu..dia cakap "kejayaan dia berkat doa keluarga, kawan2 n orang sekeliling. Sebab kalau ikut usaha sendiri pun, jika tak disertakan doa ikhlas, tak menjadi gak.." hah...bagus tul abang tu...sy sokong...haha...
salam.
No comments:
Post a Comment