Friday, January 23, 2009

Be knowledgeable is not enough, should share it with others.

Saya sedar blog sy ini lebih tertumpu kepada isu peribadi dan aktiviti rutin saya seharian walaupun bukan hari-hari saya mengupdate blog ini. Saya tak peduli apa kata orang lain tentang diri saya ketika mereka membaca luahan hati dan seangkatan dengannya. Apa yang saya mahukan, ianya direkod sekurang-kurangnya untuk tatapan diri saya sendiri di kemudian hari.

Namun saya terfikir, jarang benar saya ingin berkongsi ilmu dengan yang lain terutama sekali ilmu yang saya miliki dalam bidang yang saya terokai. Adakah kerana malas, atau memang sengaja tak mahu berbuat demikian. Padahal, menulis ini juga salah satu cabang untuk kita menyebarkan dan berkongsi ilmu yang kita ada.

2-3 hari lepas, abah ada menghantar sms kepada saya. Bunyinya begini "Salam, u should visit zulkiflihasan.wordpress.com. I really enjoyed d amount of knowledge he has put in his blog..how about you??" Saya tak mbil pusing. Tak balas pun sms abah..

Hari ini apabila abah online, dia bertanya lagi "have you visit the blog?". Baru saat itu sy teringat. Aduh, cepat2 saya visit blog tersebut. Nanti apa pula kata abah. Saya benar2 terlupa akan msg nya tempoh hari. Benar kata abah. Blog yang pemiliknya bernama Zulkifli Hasan ni sangat padat dengan ilmu perundangan terutamanya Islamic banking and securities. Bidang yang saya minati. Sesuai dengan namanya blog of knowledge. Saya jadi malu sendiri.

Kiranya abah mungkin (indirectly) mahu melihat saya lebih aktif menulis lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kepakaran (ceh sesuai ke perkataan ni huhu) yang saya ada dalam bidang perundangan. Sudah bergelar post-graduate student ni sepatutnya saya lebih banyak menulis kerana banyak pendedahan telah diterima samada ketika menuntut di Sudan atau di IIUM sendiri.

Cumanya sekarang ini adalah masalah saya sendiri. Cik lulu masih kebingungan dan masih berada dalam khayalan dan imaginisasi sendiri. Parah2..

p/s: i remember once my sister told me, if you bengong2 i stamp you with this (and she shows me the hammer) my goodness dear sister, ganas nye!..




2 comments:

Sarah CJ said...

thinking of you :)

Nurul Zahar said...

Sarah my dear how's study? hope u are doing good and just fine. Tension ke? This sem is quite short, i understand. But as usual, i believe u can manage yourself. Should there anything i can help, just tell me ok.