Ada sebentuk cincin yang sangat saya sayang. Sungguh sayang sehinggakan saya tidak pernah sekali pun menanggalkannya. Sedar tidak sedar, sudah hampir 5 tahun ianya tersarung di jari. Tidak pernah sekali pun saya terfikir untuk menggantikannya dengan yang lain kerana cincin itu sangat berharga buat diri saya. Sangat berharga kerana punya sentimental value.
Tapi, masa terus berlalu dan manusia sentiasa berubah. Saya juga berubah. Perasaan saya juga mulai berubah. Jika dulu saya sangat sayangkan ia tapi kini, sayang itu makin pudar. Saya sendiri tertanya. Kenapa sayang saya pada cincin itu tidak lagi sehangat dulu? Saya cuba menanggalkannya tapi tidak boleh. Memang sah ia sudah sebati di jari saya. Saya cuba lagi. Hasilnya tetap sama. Saya biarkan.
Di suatu hari tidak lama dulu, seorang ikhwan yg sudah saya anggap seperti saudara menegur saya. Tentang cincin itu. Tidak sangka dia amat prihatin. Terkejut saya apabila dia bersuara "Sampai bila awak nak pakai cincin tu? Tanggalkanlah. Berilah peluang pada yang lain". Saya terdiam. Kelu.
Sejak hari itu kata-katanya mengganggu fikiran saya. Ada benarnya apa yang dikata. Tapi, saya sendiri kehilangan arah. Saya memohon keampunan dari Allah kerana selama ini terus hanyut dengan perasaan yang saya sendiri sukar mengerti.
Puas berfikir, saya membuat keputusan. Saya perlu memberi peluang pada yang lain. Kini, cincin itu saya serahkan pada mama untuk di simpan. Ia tetap dikenang selalu. Saya mahu hidup bebas tanpa diselubungi kenangan lalu yang kadang-kadang mampu membuat hati saya menangis lagi. Kini, perasaan saya lebih adil merasa. Dan yang paling menggembirakan, perasaan itu berbunga-bunga kerana ada yang menyiramnya. Tanpa dia sedar mungkin...
Saya mengambil risiko kali ini. Saya tidak peduli. Masa semakin suntuk. Tapi saya perlu sedikit masa. Sedikit sahaja lagi. Kabel saya kini hanya kabel Allah SWT. Saya tidak perlukan kabel lain. kabel yang ini sudah cukup membuatkan saya yakin pada janjiNya. Saya hanya menunggu masa yang sesuai. Dan saya harap bila tiba masa yang sesuai itu, ianya belum terlewat lagi.

2 comments:
A touching post kak!
Semoga dipemudah sume olehNya
my dear, terima kasih. Smg kita semua kuat dgn dugaan n ujian dlm hidup ini. Allah masih n sentiasa menyayangi kita.
Post a Comment