
Saya dengan masalah saya. Hidup saya juga penuh dengan masalah orang. Mana keutamaan saya? Sekarang baru saya mengerti. Seperti kata Jan, hidup ini is all about giving....not receiving. Faham ke? Maksud saya, hidup ini memang menuntut banyak pengorbanan. Kita lebih banyak memberi dan kurang menerima. Beri dan beri dan beri dan kita tak berharap ada balasan darinya. Berkorban untuk orang lain dan ketepikan kepentingan diri sendiri. Tapi, bukan mudah melakukan pengorbanan. Bukan semua rela berkorban.
Dalam menempuh kehidupan, kita tak lari dari melakukan pengorbanan. Korban harta benda, korban masa, korban perasaan dan macam2 lg. Cuma tak sampai satu tahap lagi-korban nyawa. Kalaupun berkorban nyawa kerana agama, yang ini bukan calang-calang orang boleh buat. Apapun, bagi orang kebanyakan, dalam banyak2 tu saya rasa korban perasaan la yang agak sukar dilakukan. Anda setuju?
Setiap hari saya menjadi pendengar. Anda pun begitu juga. Semalam, satu kisah hidup sampai di telinga. Kisah ala-ala filem Kuch-Kuch Hota Hai gitu. Sedih dibuatnya. Tapi, saya perlu profesional.
Erti Sahabat
Betulkah di antara lelaki dan perempuan itu tiada istilah sahabat? HM Tuah Iskandar pernah mengupas isu ini. Jelasnya tiada istilah persahabatan antara lelaki dgn wanita yang bukan muhrim. Persahabatan hanya terjadi antara sesama jantina. Berlainan jantina biasanya akan berakhir sebagai hubungan intim. Maka itu, antara lelaki dgn wanita, cukup sekadar kenalan ataupun kawan dan bukannya sahabat.
“Memang semua hubungan intim bermula dari sekadar ingin dekat. Tetapi harus ingat, ‘persahabatan’ antara dua gender berbeza tidak selamanya kekal sebagai persahabatan biasa. Selalunya akan jadi perhubungan hati dan inilah bahayanya.
“Apabila semakin rapat masing- masing semakin galak bercerita pelbagai perkara termasuk yang menjadi rahsia tanpa rasa malu. Simpati pun datang, akhirnya membibitkan perasaan kasihan, seterusnya sayang, akhirnya cinta."
Inilah yang sering berlaku. Dan kini saya menjadi saksi. Ia adalah satu perkara yang menggembirakan jika jalan cerita berakhir dengan perkahwinan antara keduanya. Akan tetapi, jika berlaku sebaliknya? Hidup tak seindah impian.Mereka sudah lebih 8 tahun bersahabat. Bayangkan dari zaman matriks lagi. Akan tetapi, dalam bersahabat si perempuan memendam perasaan. Tipulah jika lelaki itu tidak dapat merasakannya. Namun kini, cerita menjadi lebih melankolik kerana si perempuan baru mengetahui bahawa selama ini, wanita yang menjadi teman baiknya dan sangat akrab rupanya2 menjadi idaman si lelaki. Sungguh dramatik.
Saya simpati. Akan tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa melainkan memberi nasihat dan sokongan. Saya simpati kepada mereka, kerana ia berlaku di saat dan waktu yang sedang elok untuk mereka berumah tangga. Jadi konfliknya lebih mendalam lagi. Untuk si perempuan, masa sudah tidak banyak lagi. Bila perkara ini berlaku, apa lagi pilihan yang dia ada?
Saya tidak berpihak kepada sesiapa. Tidak pada si perempuan dan tidak juga pada si lelaki. Perasaan yang hadir, tidak boleh ditahan-tahan. Dan siapa kita untuk melarang? Begitu juga, kita tiada hak untuk memaksa seseorang menyukai kita.
Dalam keadaan begini, nasihat saya kepada si perempuan agar lepaskanlah lelaki itu pergi. Saya tahu ia akan mengambil masa. Tapi tidak mengapa. Ia satu pengorbanan. Kerana ia membabitkan hubungan 3 segi. Situasinya sangat berbeza. Ia berbeza jika tidak melibatkan teman baik sendiri. Saya juga akan menyokong jika dia terus menyimpan harapan pada si lelaki jika si lelaki memang tidak mempunyai apa-apa komitmen lain. Akan tetapi dalam hal ini, si lelaki sudah cara terangan mengakui hatinya milik si gadis itu- teman baiknya. Jadi, apa yang perlu diharapkan lagi?
Memang perit. Saya faham. Bersabarlah wahai teman. Allah akan gantikan yang lebih baik lagi. Time will heal your pain.
Sahabat tetap sahabat. Sampai bila-bila dia tetap sahabat.
Secara peribadi, saya berpendapat dalam bersahabat antara lelaki dan perempuan ini, kunci utamanya adalah IMAN. IMAN menjadi kunci batas persahabatan. Kita sendiri tahu konsep persahabatan sangatlah luas. Kita berkasih sayang sesama manusia kerana rasa kecintaan kita pada Pencipta. Hanya dengan IMAN, kita tahu meletakkan batas dan adab dalam persahabatan. Bertindak bijak dalam melayari persahabatan. Saya selalu percaya ini. Apapun, bukan semua perkara boleh dijelaskan dengan kata-kata.
No comments:
Post a Comment