
Kerja berjalan seperti biasa walaupun agak perlahan. Semalam saya buka kaunter di Pusrawi buat julung-julung kalinya. Response diterima agak baik. Cuma, kita kena akui weekdays mmg tak ramai orang. Next time sy try buka on weekend. Skrg tengah fikir nak cari port sesuai untuk rutin berkala.
Ketika di Pusrawi, saya sempat berkenalan dgn seorang pakcik ini. Dia mengadu macam-macam. Dari hal kesihatan sampailah ke hal ragam anak menantu. Pelbagai kerenah. Pening kepala katanya. Umurnya sebaya abah saya akan tetapi nampak jauh lebih tua. Terlalu banyak berfikir, mungkin. Sudah lebih 2 minggu dia di situ kerana menjalani pembedahan jantung. Luahnya, habis banglo dijual, tanah digadai untuk biayai kos perubatan. 2 minggu berkampung di hospital bil sudah mencecah 30 ribu. Dan ini bukan pembedahan pertama. Aduhai, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga Allah memberi kekuatan.
Saya bermuhasabah diri. Hidup ini memang penuh dengan dugaan. Dan ia berputar seperti roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Namun, yang pasti ia akan terus berputar. Begitu juga kehidupan. Tidak kira di mana kita meletakkan diri kita, kehidupan tetap berjalan seperti biasa. Kita lemah, kita kecundang. Kita cekal, insyallah kita tergolong di kalangan mereka yang nikmati bahagia.
Ada banyak perkara saya nak kongsi. Akan tetapi, keadaan tak mengizinkan. Banyak yang nak diluahkan tetapi tidak terluah. Menulis, lebih2 lagi di sini hanya sekadar hobi masa terluang. Ia memerlukan mood yang sesuai. Bekerja mungkin berbeza. Kita bekerja kerana matlamat bukan ikut mood.
Cukup sampai di sini dulu.
p/s: Terima kasih kepada Kak Ross Fadila yg banyak membantu saya dan tidak lokek berkongsi ilmu. Semoga diberkati Allah.
No comments:
Post a Comment