23-04-2009. Adik lelaki yg baru pulang dari surau menjengah bilik saya lalu berkata, "Along, aku semakin faham betapa pentingnya orang lelaki ni ada ilmu agama. Aku belajar fiqh munakahat hari ini!" Saya yg tika itu sedang membaca المسك و العنبر في خطب المنبر tulisan Dr Aidh al-Qarni terhenti dan hilang konsentrasi sekejap. Fiqh munakahat?
Saya tersenyum sendiri. Dan malam itu seperti malam-malam sebelumnya dia akan berkongsi cerita apa yang dia dengar dari ceramah dan kuliah di surau. Dia juga rajin bertanya apa yang dia kurang faham samada dari petikan hadis yang dia dengar atau hukum hakam yang dia tidak berapa faham.
Kadang-kadang saya membelikan dia buku-buku agama lebih ke arah permasalahan semasa dan soal jawab Fiqh.
Adik saya bukan seperti saya. Dia bersungguh mencari ilmu agama kerana dia tahu dia agak kurang pengetahuan dalam perkara itu. Dia hanya sempat bersekolah agama selama setahun sahaja. Dan selebihnya dihabiskan di international school dan kemudian memasuki private universities yang anda maklum bagaimana keadaan sosial mereka. Kawan-kawannya pula terdiri dari bangsa cina dan India. Jadi, ia tidak banyak membantu.
Maka disini, ahli keluarga memainkan peranan yang amat penting. Dan sebagai kakak dan ada latar pendidikan agama, ia menjadi tanggungjawab saya untuk terus membimbingnya. Kerana saya percaya, sebelum kita berdakwah kepada orang lain, terlebih dahulu kita perlu mengutamakan keluarga sendiri. Dan saya mulakan di rumah saya sendiri. Di kalangan adik beradik dan seterusnya saudara mara.
Bukan perkara mudah. Dan ia menguji kesabaran. Kadang-kadang timbul di hati perasaan sedih dan kesal kerana perkara asas seperti bab solat pun mereka kurang faham. Tapi, itulah cabaran. Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana mempunyai serba sedikit ilmu dalam agama. Ini semua berkat belajar di Sudan dan tarbiyah awal diterima di SMIH dulu. Sesungguhnya ia banyak merubah hidup saya.
Saya lebih banyak menumpukan perhatian kepada adik saya yang ini. Lebih-lebih lagi kerana dia lelaki. Kaum lelaki perlu celik ilmu agama. Kerana mereka bakal memimpin. Keseimbangan ilmu dunia dan akhirat sangat penting bagi menjamin kebahagiaan.
Bagi adik-adik yang lain pula, insyallah saya percaya mereka mendapat sepenuh perhatian dari mama dan abah kerana tinggal bersama. Sebarang permasalahan dan kemusykilan insyallah boleh dirujuk terus kepada mama dan abah. Saya juga bersyukur kerana punya kedua ibu bapa yang celik ilmu agama. Ia sedikit sebanyak merasakan saya tidak pernah berseorangan. Sesungguhnya Islam di akhir zaman ini dipandang sepi. Mereka yang beriltizam dengan Islam turut juga dipandang sepi oleh masyarakat. Sebuah hadith ada memperkatakan tentang perkara ini:
Setiap hari saya berdoa semoga saya dan keluarga tsabit dengan keimanan dan tetap di jalan Allah SWT. Begitu juga ummat Islam lain keseluruhannya. Sentiasalah amalkan doa ini:
Nota: Saya sangat berterima kasih dengan ahli jawatankuasa surau Al-Ansar Lorong kiri 5, Kamp. Datuk Keramat yang aktif menganjurkan pelbagai aktiviti, ceramah dan kuliah agama hampir setiap hari. Sesungguhnya aktiviti dakwah seperti ini menjadi medan menimba ilmu khususnya bagi generasi muda yang dahagakan ilmu agama. Semoga terus iltizam dan istiqamah.
Saya tersenyum sendiri. Dan malam itu seperti malam-malam sebelumnya dia akan berkongsi cerita apa yang dia dengar dari ceramah dan kuliah di surau. Dia juga rajin bertanya apa yang dia kurang faham samada dari petikan hadis yang dia dengar atau hukum hakam yang dia tidak berapa faham.
Kadang-kadang saya membelikan dia buku-buku agama lebih ke arah permasalahan semasa dan soal jawab Fiqh.
Adik saya bukan seperti saya. Dia bersungguh mencari ilmu agama kerana dia tahu dia agak kurang pengetahuan dalam perkara itu. Dia hanya sempat bersekolah agama selama setahun sahaja. Dan selebihnya dihabiskan di international school dan kemudian memasuki private universities yang anda maklum bagaimana keadaan sosial mereka. Kawan-kawannya pula terdiri dari bangsa cina dan India. Jadi, ia tidak banyak membantu.
Maka disini, ahli keluarga memainkan peranan yang amat penting. Dan sebagai kakak dan ada latar pendidikan agama, ia menjadi tanggungjawab saya untuk terus membimbingnya. Kerana saya percaya, sebelum kita berdakwah kepada orang lain, terlebih dahulu kita perlu mengutamakan keluarga sendiri. Dan saya mulakan di rumah saya sendiri. Di kalangan adik beradik dan seterusnya saudara mara.
Bukan perkara mudah. Dan ia menguji kesabaran. Kadang-kadang timbul di hati perasaan sedih dan kesal kerana perkara asas seperti bab solat pun mereka kurang faham. Tapi, itulah cabaran. Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana mempunyai serba sedikit ilmu dalam agama. Ini semua berkat belajar di Sudan dan tarbiyah awal diterima di SMIH dulu. Sesungguhnya ia banyak merubah hidup saya.
Saya lebih banyak menumpukan perhatian kepada adik saya yang ini. Lebih-lebih lagi kerana dia lelaki. Kaum lelaki perlu celik ilmu agama. Kerana mereka bakal memimpin. Keseimbangan ilmu dunia dan akhirat sangat penting bagi menjamin kebahagiaan.
Bagi adik-adik yang lain pula, insyallah saya percaya mereka mendapat sepenuh perhatian dari mama dan abah kerana tinggal bersama. Sebarang permasalahan dan kemusykilan insyallah boleh dirujuk terus kepada mama dan abah. Saya juga bersyukur kerana punya kedua ibu bapa yang celik ilmu agama. Ia sedikit sebanyak merasakan saya tidak pernah berseorangan. Sesungguhnya Islam di akhir zaman ini dipandang sepi. Mereka yang beriltizam dengan Islam turut juga dipandang sepi oleh masyarakat. Sebuah hadith ada memperkatakan tentang perkara ini:
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, sabda Rasulullah S.A.W,
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang yang asing."
Hadith riwayat Muslim.
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang yang asing."
Hadith riwayat Muslim.
Setiap hari saya berdoa semoga saya dan keluarga tsabit dengan keimanan dan tetap di jalan Allah SWT. Begitu juga ummat Islam lain keseluruhannya. Sentiasalah amalkan doa ini:
اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
Maksudnya, "Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu."(Riwayat Ahmad no 315, al-Tirmizi no 3522, dianggap sahih oleh al-Haithami)Nota: Saya sangat berterima kasih dengan ahli jawatankuasa surau Al-Ansar Lorong kiri 5, Kamp. Datuk Keramat yang aktif menganjurkan pelbagai aktiviti, ceramah dan kuliah agama hampir setiap hari. Sesungguhnya aktiviti dakwah seperti ini menjadi medan menimba ilmu khususnya bagi generasi muda yang dahagakan ilmu agama. Semoga terus iltizam dan istiqamah.
2 comments:
Salam kak.
I love your writings. Every time I finished reading one entry I can't wait to read the next one. I think you should compile them into a book.
Salam kinah,
Aduh, idea awak tu buat akak ketawa sendiri di sini. Akak tulis hanya suka-suka. Brlandaskan pengalaman sendiri. Tp plg penting, biarlah punya 'message'. Untuk perkongsian bersama. Jika Kinah suka, terima kasih. Akak sangat hargai. Tapi, jika ada yg x berkenan, jgn segan2 beri pendapat =) Jazakillah
Post a Comment