Thursday, April 30, 2009

Mana OP?

30-04-2009. Tidak berapa lama dulu, saya menerima satu panggilan kecemasan dari seorang ahli keluarga kepada kenalan saya yang biarlah saya gelarkan di sini sebagai OP. Kata-kata si pemanggil di corong telefon amat mencemaskan, "OP dah hilang!". Saya terkejut. Kawan yang lain pun terkejut.

Macamana boleh hilang? Betul ke dia hilang? Hilang ke lari? Bertubi-tubi pertanyaan ditanya orang. Saya pun buntu.

OP, si gadis manis yang hilang sehari sebelum melangsungkan perkahwinannya. Satu kampung riuh. Kampung sebelah pun turut kecoh. Mana OP?

Bagai jatuh ditimpa tangga rasanya. Bonda si OP entah berapa kali jatuh pengsan dan pitam memikirkan. Lembu dah ditumbang, segala persiapan dah hampir siap, aleh-aleh bakal pengantin pula hilang.

Bakal pengantin lelaki turut resah-kesah. Apa salah aku? Kenapa OP lari? Tak mahu kahwin dengan aku kah? Buntu dibuatnya. Tak tahu apa nak buat.

Kasihan saya melihatnya. Buat pengetahuan semua, bakal suami OP tua hampir 20 tahun darinya. Jadi, anda pun faham-faham jelah kan apa anggapan masyarakat ketika itu?

Di suatu tempat lain pula.
OP sedang sibuk menguruskan sesuatu. Bersungguh-sungguh dia. Ada misi yang perlu dia selesaikan. Tidak ada sesiapa tahu. Sengaja dirahsiakan walaupun kepada ibunya. Apa misi yang lebih penting dari perkahwinannya? Tiada siapa tahu. Hanya OP tahu apa yang dilakukannya.

Di Kampung.
Semua orang terasa seperti lemah lutut dan jantung dibuatnya. Malam sudah menjengah namun OP belum muncul-muncul juga. Tiada langsung khabar darinya. Esok majlis akad nikah. Esok juga majlis bersanding. Aduhai OP.

Pagi yang mendung tak semestinya hujan. Jangan di sangka langit yang mendung itu hujan pasti turun. Kita masih ada harapan. Berusaha dan berdoa semoga OP pulang. Dan malam itu orang di kampung melakukan solat hajat. Pencarian juga di lakukan. Nama OP disebut2. Memang popular la OP.

Dan pagi itu, dengan wajah yang ceria OP muncul. Meraung bondanya kegembiraan. Ada yang sujud syukur. Macam drama dalam tv pulak. Tapi, ini betul realiti. Yang peliknya, tak ada sesiapapun yang marahkan OP. Malah, ada yang berpelukan menangis kerana bersyukur OP dah balik. Memang pelik orang-orang kampung ni.

Ke mana OP menghilang?
"Aku balik KL. Pergi ambil ujian memandu kali ke-2 la. Malu nak beritahu orang." Ya Allah...Saya hanya mampu menepuk dahi. Macam ini punya orang pun ada ka? Kawan saya pulak tu, OP-OP.

Nota: OP telah selamat diijabkabulkan. Kini bahagia bertiga. Alhamdulillah :)

No comments: