Kira-kira 2-3 minggu yg lalu, sy mendapat sms dari Hotlink (dgn kerjasama Bank Negara) untuk mengingatkan para pengguna agar berhati-hati dengan SMS yang meminta pengguna mendedahkan maklumat perbankan mereka. Dan sejak hari itu bukan setakat sms, pelbagai email sy terima dengan pelbagai cara supaya saya mendedahkan maklumat peribadi dan akaun perbankan saya. Antara cara lazim yang digunakan adalah seperti gambar yang saya sertakan di bawah ini. Jadi, bagi para pembaca di luar sana, berhati-hatilah ya. Perkara ini sebetulnya bukanlah perkara baru namun kita perlu sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain dari semasa ke semasa. Kita perlu ada sikap berhati-hati dan berfikir secara bijak. Jangan terhantuk, baru terngadah. Ok, senyum sokmo!
No comments:
Post a Comment