02-05-2009. Saya pernah diberi pilihan oleh Abah. Sudan atau Syria untuk menyambung pengajian. Dan saya pilih Sudan. Kenapa Sudan?
Saya akui Syria memang bagus. Dari segi kemudahan, infrastruktur, cuaca dan banyak lagi. Tapi, jiwa saya tak dapat menerima kehidupan sosial di sana. Maaf. Saya sudah mengkaji perkara ini hasil 3 minggu duduk di sana. Dan saya membuat keputusan, saya terima apa sahaja risiko belajar di Sudan kerana hati saya lebih dekat dan jiwa saya lebih tenteram tinggal di Sudan. Ketika itu ia memang pilihan terbaik.
Bagi mereka yang mengenali saya, pasti cenderung mengatakan sudah tentulah saya memilih Sudan kerana di sana keadaan lebih memudahkan saya kerana punya banyak kenalan keluarga yang sedikit sebanyak boleh membantu jika berada dalam kesusahan. Itu mungkin juga salah satu sebabnya. Saya akui. Tapi, ia bukan faktor utama mengapa saya memilih Sudan.
Saya datang ke Sudan dengan tangan kosong. Bahasa Arab zero + one. English? Lagilah. Lintang pukang. Saya juga tidak pernah terfikir untuk sambung belajar di Sudan. Ia mengambil masa yg agak lama sebelum saya benar-benar tekad dengan keputusan tersebut. Ia sememangnya idea 'gila' Abah yang tidak pernah dibuat dek sesiapa.
Ramai yang tidak tahu. Saya selalu memberontak 2-3 bulan pertama tinggal di Sudan. Bukan sebab keadaan tempat di situ. Tapi, kerana mentaliti masyarakatnya juga orang Malaysia sendiri. Maaf bukan membuka pekung di dada tapi itulah realiti walaupun pahit. Namun, itu pandangan peribadi saya. Dulu dan sekarang tidak pernah sama.
Tapi, Alhamdulillah saya berjaya atasi. Saya mula jatuh cinta. Saya mula ada fokus dalam kehidupan. Saya mula tahu apa yang perlu saya lakukan dalam hidup ini. Dan keputusan tersebut sedikit sebanyak merubah hidup saya.
Yang mengenali saya, pasti anda perasan mengapa saya punya ramai kawan luar. Tidak terbatas orang Malaysia sahaja. Terima kasih atas pengalaman lampau. Ia membuat saya berfikir, jika tidak keluar dari kepompong, anda tidak akan ke mana-mana.
Di Sudan, saya lebih senang bergerak sendiri. Saya ikut jemaah Malaysia, saya terlibat juga dengan program-program mereka. Tapi, dalam banyak keadaan segala urusan saya lakukan sendiri. Tidak bergantung pada sesiapa. Dan sememangnya, ia banyak mengajar saya hidup berdikari. Sakit pening urus sendiri. Makan minum, ada tiada itu rezeki dari Allah SWT. Dan kerana sikap saya ini, saya kehilangan orang yang paling saya sayang. Ah, itu cerita lama! :)
Begitu juga urusan pengajian, iqamah, dakhiliyah dan sebagainya. Saya bukan mendabik dada. Tapi, sejak berada di maahad lugah lagi, saya mendidik diri untuk berdikari. Segala urusan selagi mampu diuruskan sendiri, saya akan lakukan. Jarang benar saya meminta pertolongan rakan senegara. Ramai manalah orang kita di sana ketika itu.
Bahasa Arab sangat mudah dikuasai. Dengan syarat, anda berada di kalangan kelompok mereka yang berbahasa arab. Mana-mana bahasa di dalam dunia ini, jika kita berkehendak mempelajarinya dan berada dalam golongan mereka yang berbahasa tersebut, insyallah dengan berkat kesungguhan, kita mampu menguasainya hanya dalam masa 3 bulan. Tak percaya?
Sebab utama saya memilih Sudan adalah kerana bahasa perantaraan mereka. Bahasa Arab fushah. Saya sudah tidak pandang negara lain hanya kerana faktor ini. Lebih-lebih lagi apabila memikirkan saya bakal mengambil jurusan Syariah wal qanun, bukan Lugah Arabiyah. Saya berpendapat pengajian Syariah tidak akan banyak membantu saya menguasai bahasa arab kerana kita lebih banyak merujuk pada kitab dan buku-buku qanun. Jesteru, saya memerlukan tempat di mana saya boleh berkomunikasi dan berbahasa arab dgn baik dan dalam masa yg sama menimba ilmu dalam bidang lain.
Faktor kedua, bahasa Inggeris. Sudan tempat yang sesuai untuk saya praktikkan kedua-dua bahasa. Walaupun generasi muda Sudan tidak ramai yang fasih berbahasa Inggeris, tetapi golongan berusia kebanyakan mereka pernah melalui frasa pendidikan negara yang menggunakan bahasa inggeris sebagai medium pengajaran dan pengajian. Ini memudahkan saya dalam pengajian kerana pensyarah-pensyarah di universiti tempat saya belajar, mampu berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris jika kami (pelajar luar) kurang faham. Saya dan 2 org rakan lain memang di beri layanan 'agak istimewa' sedikit kerana hanya kami sahaja pelajar Ajanib yg belajar di fakulti tersebut. Jangan salah anggap. Makna agak istimewa itu sengaja sy gunakan bagi memberi maksud perlu berusaha lebih sedikit berbanding orang lain kerana kami agak asing dengan sistem perundangan mereka. Dan juga ketika mendraf dokumen undang-undang dan menjawab kes yang kesemuanya dibuat di dalam bahasa arab. Bayangkanlah!
Selain itu faktor pergaulan dengan rakan-rakan dari pelbagai negara juga banyak membantu saya meningkatkan penguasaan bahasa Arab dan Inggeris. Kerana masing-masing memang berlumba-lumba menguasainya. Ramai yang tersalah anggap bahawa saya fasih berbahasa Inggeris sebelum datang ke Sudan lagi. Walhal ia tidak benar sama sekali. Seperti di Malaysia yg terkenal dengan Maglish, di universiti tempat saya belajar pula, Araglish: Arab-English. Hehe. Saya juga berpeluang belajar bahasa lain. Secara tidak formal. Antaranya swahili dan turkish. Tapi, masih merangkak-rangkak bila bercakap. Faham bolehlah sikit-sikit. Haha.
Saya pernah terfikir mahu ke Mesir. Kerana sukakan konsep pengajian secara talaqqi. Tapi, abah tidak pernah setuju dengan idea tersebut. Katanya, awak pilihlah mana-mana negara sekalipun asalkan bukan Mesir. Saya akur.
Saya dan Sudan. Terlalu banyak kenangan. Di sana saya belajar mengenal apa itu cinta. Cinta pada kehidupan? cinta pada manusia? cinta pada ilmu? cinta pada Ilahi? Semuanya saya dah rasa. Tepuk dada tanyalah iman :)

6 comments:
betul, saya pun akan pilih sudan. syria takat jalan2 ok kot. hehe
ada sesutu yang menarik disudan ni erk..
cato: nnt nak gi Syria jgn lupe belajar cara membuat jus buahan2 yg sedap huhuu mak akak mahu ke sana semula semata2 nak belajar wat jus mereka...saborjela.
albo: Sudan menarik lagi tertarik. Org x akan faham. Hy kita, kamu dan mereka yg pernah tinggal d Sudan je faham. Kalau x faham2 jugak tak tahula..haha
hehehe Sudan baladnaa.
Sudan is sudan nothing more or less.
erm. semuanya telah disudankan. sudanization. hehe.
Allahuakbar 3x (sambil mengangkat tongkat dan intonasi suara org sudan)
Umaq and Ahmad: Huhuu memang ada tokoh jadi orang Sudan la korang ni hahaha...
Post a Comment