Monday, April 20, 2009

Selamat Kembali

20th April 2008. Hari ini, sungguh saya telah dikantoi oleh kawan-kawan. Kurang asam betul!. Alkisahnya, memang menjadi kebiasaan jika berkelapangan , saya akan menolong teman-teman yang mana tidak berkesempatan untuk menjemput pelajar-pelajar baru yang datang dari Middle East dan African countries untuk di bawa ke UIA dengan selamatnya.

Dan hari ini ketika saya sedang sibuk dengan urusan di CPS, Hassan menelefon meminta masa saya sekejap menemaninya ke airport kerana ada pelajar baru dari Saudi Arabia yang akan sampai sekitar jam 1 petang. Pada mulanya saya menolak kerana ada urusan yang perlu diselesaikan tapi kerana dia bersungguh meminta, maka saya pun beralah. Saya agak pelik kenapa si Hasan ini bersungguh-sungguh meminta saya menemaninya sedangkan dia tahu saya agak sibuk pada hari ini. "You better have a good reason," kata saya. " I didn't sleep last night and feel sleepy. With this condition i don't think i can drive alone. I need someone to accompany me," jawabnya.

Setibanya kami di Aiport (saya tidak pergi berdua tetapi ditemani Ally), saya meminta untuk menunggu sahaja di dalam kereta. Dan mereka berdua pergi menjemput pelajar terbabit. Dalam menunggu sempat lagi saya menyambung baca Buatmu Wanita. Sedang leka membaca, tiba-tiba saya disapa lembut. Suara itu cukup saya kenal. Dan...tidak disangka di hadapan saya adalah Swabri!! Ya Allah, saya benar-benar tidak sangka orang yang bakal kami jemput itu adalah Swabri. Saya mati-mati ingatkan dia hanya dapat kembali ke Malaysia pada bulan October nanti. Terkejut, bercampur gembira, dan terharu kerana kami semua dapat berkumpul sekali lagi walaupun tidak lengkap seperti dulu.

Ini entah kali keberapa saya terkena. Suka sangat buat surprise. Suka sangat mengejutkan orang dengan kejutan-kejutan begini. Boleh sakit jantung dibuatnya. Sepanjang perjalanan, teruk saya di ketawakan. Tidak puas hati betul. Sabar-sabar.

Dan tadi, seperti malam-malam tahun sudah, kami berkumpul dan makan malam bersama. Meja tetap tidak lengkap tanpa kehadiran Thureya, Redha dan Ibrahim. Tapi, dengan apa yang ada di depan mata kini, ia sudah cukup menggembirakan saya.

Saya mengharapkan semua teman-teman baik saya ini akan berada di Malaysia ketika hari convocation kelak. Dan kami sudah berjanji untuk berkumpul pada hari tersebut. Dan moga-moga impian itu terlaksana.

Ketahuilah betapa saya sayang kamu semua. Bersama kamu hilang masalah saya. Bersama kamu saya lebih bersemangat untuk melangkah dan berjuang dalam hidup ini. Terima kasih kerana masih terus menghargai antara satu sama lain.

Untuk Swabri, selamat kembali. Semoga dipermudahkan urusan untuk pengajian PHD yang akan bermula tidak lama lagi. Saya gembira kamu di sini =)

No comments: