Dari Shah Alam ke KL Sentral.
"Aiya, free sauna , free sauna today!" laung seorang lelaki cina lalu disambut gelak ketawa orang lain. Seorang makcik India masih terkekeh-kekeh gelak dari tadi. Dia baru sahaja masuk ke dalam keretapi yang padat macam ikan sardin. Suasana itu tidak berapa disenangi oleh beberapa yang lain pula. "Dalam keadaan begini pun boleh dok ketawa lagi. Bingit la," bisik seorang gadis pada kawan lelakinya. Saya hanya mendiamkan diri.
Di dalam keretapi itu saya, mereka dan lainnya berdiri berhampiran dengan pintu masuk gerabak kedua. Di kawasan tersebut memang tiada penghawa dingin. Kami seperti cacing kepanasan, peluh sudah sebaldi agaknya. Terpaksa berhimpit-himpit dan berdiri tanpa sesuatu untuk dipaut. Apabila keretapi bergerak ke kanan kami juga bergerak ke kanan. Apabila keretapi bergerak senget ke kiri, kami pun turut sama bergerak ke kiri. Macam naik roller coaster pula. Bezanya, tiada seat belt. Saya pejam mata. Cuba fikir yang indah-indah. Sambil tangan mengipas-ngipas mengharapkan ada sedikit udara untuk bernafas.
Saya teringat Sudan. Ada sesuatu yang membuat saya tersenyum. Teringat akan kenangan manis ketika pergi berkelah bersama rakan-rakan senegara. Kenangan yang tidak pernah saya lupa iaitu menaiki bas buruk yang besar gedabak dan bunyi enjinnya macam kapal perang. Ternganga saya tatkala meliihat keadaan bas tersebut. Tergamam seketika apabila dimaklumkan kami akan menaiki bas tersebut untuk pergi berkelah. Hinggakan perasaan was-was singgah di hati, mampukah kami semua sampai ke destinasi?
Seumur hidup tidak pernah saya menaiki kenderaan seburuk itu. Setiap kali pemandu menukar gear, ia mengeluarkan bunyi yang sangat nyaring. Bergegar-gegar kami dibuatnya. Tangan saya tidak lepas dari memegang kerusi hadapan. Cuak jugalah. Sepanjang perjalanan, asyik berselawat saja. Alhamdulillah, sampai juga kami ke destinasi yang dituju = ) Itu lah Sudan..Buat saya rindu selalu.
Kini, saya di bumi Malaysia. Segalanya ada. Dibandingkan dengan Sudan, jauh panggang dari api. Tapi, itulah manusia sering cepat mengeluh walaupun tahu, keadaan kita jauh lebih baik dari yang lain. Jauh lebih mewah dari negara membangun yang lain. Jadi, kita seharusnya bersyukur.
Biasalah kawan. Hidup ini ada pasang surutnya. Sekejap senang sekejap susah. Iman pun ada pasang surutnya. Sabar pun turut ada turun naiknya. Tapi, tidak mengapa. Selagi kita memelihara iman kita, selagi itu Allah memelihara kita. Selagi kita bersabar, segalanya menjadi mudah. Percayalah =)
Nota: Hari ini saya berjumpa Puan Suzana Ghazali, kolumnis ruangan Resipi Hidup, Majalah Mingguan Wanita yg juga seorang perunding psikologi keluarga dan guaman syarie. Beliau turut menghadiahkan saya buku terbaru beliau berjudul Buatmu Wanita. Sungguh bermakna. Terima kasih.

No comments:
Post a Comment