Thursday, July 16, 2009

SPM

16-07-2009. Semalam, buat kali pertama dalam hidup saya mengambil peperiksaan lisan SPM Bahasa Inggeris. Ia diadakan di SMK Wangsa Melawati. Seminggu sebelum itu saya mengambil peperiksaan lisan Bahasa Melayu di SMK Puteri Titiwangsa. Minggu depan pula, giliran Bahasa Arab di SMK Puteri Wilayah. Wah, dapat juga saya merasa bagaimana menduduki peperiksaan SPM. Haha.

Abah dan Mama selalu kenakan saya. Awak dah ada Master, setakat SPM tu kacang goreng je. Tak baca pun boleh jawab. Benarkah? Huhuhu. Saya tak nafikan. Memang senang. Tapi, kalau nak score A saya perlu berusaha lebih. Yang lebih tu yang payah. Yelah dalam keadaan sekarang ni yang bekerja, business lagi, belajar lagi. Adoi, boleh botak kepala saya ni. Lebih2 lagi bila study subject Science. Math tu ok lagi. Wa...saya tinggalkan zaman sekolah ketika berusia 15 tahun ok. Dekat 10 tahun dah.

Bila saya mula mengeluh dan mengadu; rasa otak jammed, tak boleh berfikir, Abah selalu tempelak saya. Manusia hanya menggunakan 10% dari otak mereka. Mana lagi 90%? Awak boleh buat. Nak tak nak je.

Khair insyallah. Saya tahu saya boleh. Cuma perlu lebih fokus dan berdisplin.

Kenapa perlu ambil SPM? Orang selalu tanya saya soalan ini. Jawapan saya; Sajer je (sambil tersengih-sengih). haha. Sebenarnya, ada benda yang saya kejar. Tapi, tak mahulah saya bercerita di sini. Biar saya dapat apa yang saya citakan. Bila dah sempurna impian tersebut, saya akan cerita :)

Semalam, saya dapat beberapa kenalan baru lagi. Tidak seperti minggu lepas, kali ini kawan-kawan baru saya lebih tua dari saya. Kami bertukar-tukar nombor telefon. Mereka datang dari pelbagai latar belakang. Ada yang bekerja sebagai guru, pegawai kerajaan. Mereka mengambil peperiksaan ulangan. Yang paling syok, ada yang bekerja sebagai jurutera syarikat Jepun. Seperti juga saya, itulah pertama kali dia mengambil peperiksaan SPM. Katanya, ingin melanjutkan pelajaran. Kita senasibla kawan. Haha.

Ambil SPM ketika berusia 24 tahun. Belum terlambat lagi. Better late than never! haha

p/s: Terima kasih Ustaz Firdhaus rakan ketika belajar di Sudan dulu atas tip2 berguna menghadapi SPM. Dia pun ambil SPM ketika usianya 26 tahun. Mantap. Haha

2 comments:

Sarah CJ said...

wah, senyap2 aje kak fiza g amik SPM ek...hehe
anyway goodluck!

btw, hari tu dapat tak message birthday yg saya sms?
kalau tak dapat.....
happy belated birthday!

Nurul Zahar said...

Awak ada call akak kan Sarah? Akak baru teringat. Sorry tak return call.
Akak x dpt msg awak. HP akak meroyan sekejap. Ntah apa kena. Tetiba merajuk. Haih...
Apapun TQ Sarah for the wish (^-*)