Friday, August 7, 2009

Life is too short to be wasted

Mulai esok, hujung minggu saya akan diisi dengan kelas pengajian DAIJ. So, mulai hari ini setiap hari Jumaat selepas habis kerja saya akan terus ke UIA dan bermalam di sana. Ini memudahkan saya ke kelas pada esok pagi. Kembali menjadi pelajar memang syok. (^-^)

Semalam, saya mendapat panggilan dari yayasan. Panggilan untuk misi bantuan kemanusiaan di salah satu tempat paling bahaya dalam peta dunia. Mereka meminta agar saya menghantar cv dan resume untuk diserahkan kepada pihak berkenaan. Nama saya dicanang-canang. Saya tidak menolak dan saya juga tidak terus menerima. Saya tahu, untuk melayakkan diri menyertai misi sebegitu bukan mudah. Lebih-lebih lagi saya adalah seorang perempuan. Tak pernah dalam sejarah yayasan wanita dihantar untuk misi tersebut. Bukan itu sahaja. Saya juga harus fikirkan tentang tanggungjawab yang sudah tersedia ada di sini.

Namun, jauh di sudut hati saya selalu mengatakan bahawa hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan. Setiap waktu, detik dan peluang yang ada harus digunakan dengan baik. Dan sementara saya masih muda, masih ada tenaga untuk membantu, saya perlu lakukan supaya kelak saya tidak disoal oleh Allah SWT.

Abah dan Mama sudah mula menghidu khabar ini. Saya tidak tahu apa reaksi mereka. Mungkin mereka suka, mungkin juga mereka kurang setuju. Tapi, ini baru permulaan. Saya lebih suka 'give a try' untuk tahu setakat mana kelayakan saya yang mereka mahukan. Misi seperti ini memerlukan saringan yang ketat. Jika saya tidak terpilih, mungkin ada insan yang lebih layak lagi. Sesiapapun yang terpilih, tanggungjawab yang dipikul tetap sama. Dan pastinya bukan semua orang mampu menggalas tanggungjawab tersebut.

Saya pun sendiri tidak pasti adakah saya sudah betul-betul bersedia untuk itu?

No comments: