Thursday, September 3, 2009

Cerita Bln Ramadhan

Semalam memang benar-benar menguji. Train yang saya naiki menghadapi masalah teknikal. Akibatnya, ia berhenti selama 30-45 minit di setiap stesyen. Bayangkan. Untuk kesekian kalinya, saya berbuka puasa di dalam keretapi. Ada seorang pemuda yang baik hati. Menghulurkan buah kurma dan saya menyambutnya dengan ucapan terima kasih.

Peristiwa ini mengingatkan saya pada pengalaman ketika belajar di Sudan dulu. Lazimnya hanya kurma dan air kosong menjadi hidangan berbuka puasa. Saya kini di tanah air sendiri. Ia membuat saya bertambah yakin, di mana sahaja tetap sama.

Tahu tak apa yang saya rindu pada bulan Ramadhan seperti ini? Makan beramai-ramai di dalam dulang. Dah lama saya tak berpeluang berbuat begitu. Saya rindu suasana berbuka di Sudan. Ada hubz towil-towil =)

Entah bila saya dapat merasai suasana itu lagi. Sudan adalah medan ujian buat saya manakala Malaysia adalah medan pertempuran. Di sinilah medan perjuangan sebenar.

4 comments:

Anib said...

Salam Ramadhan ya NurLulu..

Lama tak mendengar khabar kamu. harap sihat selalu.

Mmmg setiap ujian memjadikan kita lebih sedar dan bersyukur dikala senang.

Moga Ramadhan ini memberi erti kepada kita supaya lebih dekat kepada DIA.

Nurul Zahar said...

Ramadhan Kareem, Anib!

Saya sudah jarang online di Plurk. Sibuk bekerja menghadkan masa.

Ramadhan kali ini memang sangat bermakna Anib. Nanti kita cerita panjang.

sabiq said...

hahahaha.. ada hubz bulat2 juga

Nurlulu said...

hehhe...bulat2 atau panjang2? pilih mana suka =)