Saya diusik kawan-kawan kerana tidak mengenakan even secalit pun pengilat bibir apatah lagi bermake-up. Dan saya akui sayalah yang paling comot dalam ramai-ramai graduan perempuan MCL. Kalau orang lain sibuk ber-high heels, berkebaya cantik, melaram dengan beg tangan, menawan dengan gincu dan pemerah pipi, saya senang sempoi begini =)
Semalam merupakan hari yang sangat indah. Dapat berjumpa semula dengan rakan-rakan lama. Yang pastinya, ia menggamit kenangan zaman belajar kami. Kebosanan yang dialami di dalam dewan, diisi dengan gurau senda mereka. Orang di depan sibuk berpentas, kami di belakang sibuk berbual =)
Apapun, saya bangga. Bangga kerana semua kawan-kawan berjaya dalam kerjaya masing-masing. Satu kepuasan mengalir dalam diri. Rasa seronok melihat orang lain berjaya. Mereka juga tampak bahagia. Apatah lagi ada yang sudah menimang cahaya mata. Alangkah bahagianya mereka.
Kejayaan dan kebahagian berjalan seiringan. Bukankah itu yang kita sering impikan?
Saya menarik nafas dalam-dalam dan menghembus perlahan. Alhamdulillah ala kulli hal. Allah SWT sentiasa memberi pada mereka yang meminta. Allah tidak memberi dengan sia-sia melainkan setelah Dia menilai usaha dan tahap kesungguhan kita. Begitu juga dalam mencari kejayaan dan kebahagian dalam hidup ini. Tidak lain semata mencari keredhaanNya.
Syukur.
Tahniah buat semua graduan UIAM!
(^-*)
3 comments:
TAHNIAH kak fiza, i'm so happy for u. takpe kalau tak make up pun. ure still the best. haha
p/s: so sad i couldnt be there even if i want to. and i actually want to give flowers to u :S
tahniah ;)
My dear Sarah, Terima kasih dik. The flowers received! haha. xpe, my next convo gonna be in 2 years from now, insyallah, u must come for that one. No excuse =)
My dear Aisyah, terima kasih juga. I didn't get the chance to attend convo in Sudan during my undergrad. But i hope you will =) don't miss it though u had to stay lil bit longer as its once in a lifetime =)
Post a Comment