Saturday, October 10, 2009

25th IIUM Convo

Baju kurung siap iron. Check
Selendang krim siap iron. Check
Robe. Check
Mortar Board. Check
Hood. Check
Invitation card. Check
Smart card. Check.
Mm..what else?


Pagi-pagi nanti, saya perlu bergegas ke UIA untuk hantar segala barang2 ni ke bilik Hoda dan seterusnya berkejar pulak ke kelas yang bermula jam 8.45 pagi. Sekitar jam 11.45 pagi, saya perlu hadiri jamuan makan sempena sambutan Hari Raya bagi pelajar-pelajar DAIJ. By 12.45 saya dah kena gerak balik ke bilik Hoda untuk bersiap-siap . Untuk graduate Master, sesi kami adalah pada sesi kedua iaitu jam 2 petang esok. Adeh, tak cukup nafas. Terkejar-kejarlah gamaknya.

Moga dipermudahkan. Moga segalanya berjalan dengan lancar. Moga tiada rasa gugup. Lebih-lebih lagi bila berjalan atas pentas tu. Silap langkah, hah faham-faham jelah.

Sekarang jam 12.23 AM. I'm going to fetch Mama and Abah from the airport. They will arrive shortly.

No comments: