Tengahari ini saya akan ke majlis walimah anak kenalan Abah saya. Sungguhpun begitu, Abah saya tidak mengenali mereka seperti mana saya mengenali mereka. Aik, camana pulak tu?
Itulah. Ia hubungan yang sangat unik. Saya memang mengenali kebanyakan rakan setugas Abah dan agak rapat dengan mereka. Walaupun Abah saya sendiri tidak mengenali mereka serapat itu. Huhu.
Saya sering hadir dalam banyak majlis mewakili Mama dan Abah. Tidak hairanlah, setiap kali pergi ke majlis-majlis sebegitu saya sering ditegur kerana muka saya yang agak familiar. Mana tak familiar, asyik muka ni je yang muncul. Haih
Hari ini saya ada 2 jemputan. Selepas jemputan pertama di Shah Alam, saya perlu bergegas ke Setapak untuk jemputan ke-2. Seterusnya saya akan ke UIA. Malam ni saya akan overnight di sana kerana ada assignments yang perlu dibereskan. Seronok belajar sambil bekerja ni. Tapi penatnya hanya Allah sahaja yang tahu.
p/s: Saya hampir membeli tiket untuk pulang ke kampung minggu ini. Tapi, terpaksa batalkan hajat kerana ada perkara yang lebih awla. Dalam masa yang sama, rasa bersalah pada Ummi dan Atuk terus menghantui. Saya dah lama tak pulang ke kampung! =( Saya bukanlah cucu yang baik.
No comments:
Post a Comment