Sejak 2-3 minggu yang lalu, entah kenapa saya teringin hendak melihat kelip-kelip. Mengapa keinginan itu tiba-tiba datang? Saya sendiri tiada jawapan. Apa yang pasti, saya memang teringin sekali melihat kelip-kelip kerana merasakan ia adalah mahkluk Allah yang sangat unik. Kecil sahaja saiznya tetapi Subhanallah, Maha Suci Allah betapa cahaya yang memancar darinya mampu menerangi alam yang gelap gelita. Terdetik di hati untuk melihat sendiri keindahan alam diterangi cahaya kelip-kelip. Selama ini hanya mampu melihat dari kaca TV. Masih ingat dengan iklan raya TNB beberapa tahun dahulu? Itulah kali pertama saya kenal apa itu kelip-kelip.
Alhamdulillah, hari ini berlalu seperti mana yang dirancang. Rakan-rakan sepejabat menawarkan diri menemani saya ke Kampung Kuantan, Kuala Selangor iaitu lokasi terkenal kelip-kelip. T.E.D juga turut ikut serta. Tepat jam 8.30 malam kami menaiki sampan merentasi sungai Selangor. Di situlah kami melihat dan memerhati kelip-kelip dengan jarak dekat. Kelip-kelip hinggap di pokok Barembang sepanjang tebing sungai. Kerdipannya sungguh memukau mata yang memandang. Memang berbaloi. Umpama syurga dunia.
Sesungguhnya malam ini sangat mendamaikan. Terasa hilang segala tension. Saya boleh tidur dengan lena. Kerana satu lagi hajat saya tercapai. Alhamdulillah.
p/s: We are law abiding citizens. Undang2 kata jgn tangkap gambar kelip2, kami pun x tangkap gambar. So, x de lah gambar. Setakat berposing kat darat je la.....=)
No comments:
Post a Comment