Thursday, November 12, 2009

Demam Exam & Piano

Saya sedang bertungkus lumus membuat persediaan akhir untuk exam yang bakal saya duduki, kurang seminggu dari sekarang. Justeru, saya mengistiharkan bulan ini dan bulan berikutnya sebagai bulan yang paling sibuk dalam kalender 2009 saya.

Maka, seperti yang dijangka, saya tidak akan dapat memberi komitmen untuk mengupdate blog dalam masa terdekat. Walaupun sebenarnya terlalu banyak kisah dan cerita yang mahu saya kongsikan..

Apa nak buat....exam ini bakal 'memanjangkan' langkah saya dalam bidang yang saya ceburi. Oleh itu penting untuk saya memberi sepenuh tumpuan dan fokus. Perkara lain, terpaksa saya tolak tepi terlebih dahulu.

Piano..ye, ada apa dengan piano?

Sejujurnya, saya mengaku bahawa saya begitu rindu untuk bermain piano semula. Tetapi, setiap kali itulah saya terpaksa mengorbankan perasaan saya yang satu itu.

Saya sedang berkira-kira untuk menggunakan alternatif lain. Digital Piano? Tetapi, harganya yang agak mahal membantutkan niat saya. Mungkin saya perlu tunggu sedikit masa lagi. Saya mahu mendapatkannya dengan hasil titik peluh sendiri. Ia pasti lebih bermakna.


No comments: