Sunday, March 7, 2010

Jubah Hitam/ Black Abayah

Kat KL ni, ada juga tempat untuk beli jubah hitam timur tengah yang cantik-cantik. Tak payah nak pergi jauh-jauh. Dubai ke, Iran ke, semata-semata nak beli jubah hitam. Tak susah pun nak cari kat KL ni. Cuma kena pandai cari tempatnya. Yang paling penting kualiti materialnya dan harga berpatutan. Saya suggest bagi mereka yang nak beli jubah hitam tetapi tidak tahu di mana. Antara tempatnya:-

1) Beautiful Abaya di Plaza Idaman, Km 8, Gombak (berdekatan dengan Ong Tai Kim Supermarket. Budak2 UIA mesti familiar tempat ni) tingkat 1, kedai kedua dari tepi hampir dengan escalator. Pemilik kedai ni namanya Puan Haliah. Hebat juga jubah-jubah yang dijual dibutiknya. Kebanyakkannya beliau bawa dari Dubai (sudah semestinya), Jordan & Turki. Saya sangat suka jubah dari Dubai sebab materialnya lebih baik dan harganya pun berpatutan. Kalau malas, surf je website die ni Beautiful Abaya

2) Turkuaz Butik di Jalan TAR. Butik ni pun ada menjual pakaian muslimah dan jubah-jubah dari Turkey. Jubah hitam tak berapa banyak kat sini. Ikut musim. Orang Turkey kan tak suka pakai jubah hitam. Diaorg suka pakai colorful. Tengoklah corak tudung diaorg :). Tapi, ada musim butik ni ada juga jual jubah hitam. Kena selalu update dengan pemilik butik. Hehe. Tapi saya suka ke sini (walau kadang2 tu sekadar cuci mata) untuk beli blouse labuh Turkey. Macam dalam gambar kat bawah ni. Saya selalu padankan dengan skirt putih. Ada satu lagi warna biru tapi singkat sikit. Setakat paras lutut. Itu saya gayakan dengan jeans. Tapi, maaf ye. Gambar tak ada. Blouse biru tu tinggal kat Sarawak. Huhu.

3) Ada satu kedai betul-betul sebelah Masjid India di Jalan Masjid India yang ada Bazar berbumbung tu. Kedai lot tepi -WJ Enterprise. Kalau jalan situ, mesti korang perasan punya. Pemilik kedai selalu gantung jubah-jubah hitam dia kat depan kedai. hehe. Yang the latest beliau akan letak paling depan sekali. Lip-Lap-Lip-Lap. Hahaha. Saya suka jubah-jubah hitam yang beliau jual sebab material baik dan harga pun murah (murah bagi sayalah). Beliau import semuanya dari Dubai. Sebab abang dia duduk kat sana. Senang kan? Contoh jubah saya pernah beli di kedai beliau cam gambar kat bawah ni.


Saya suka jubah hitam yang simple dan tidak terlalu banyak kerawang sana sini. Sebab saya tahu, setiap kali saya pakai jubah hitam timur tengah kat Malaysia ni, pasti ramai mata yang akan memandang. Lagi-lagi saya ni kan tinggi. Tak tipu. Bukan SS tau. Haha. Sebab tu tak boleh pakai lip-lip-lip-lap sangat. Bahaya. Tazayyin berlebih-lebihan. Berdosa tu.

Saya suka jubah dari Dubai sebab sepanjang pengamatan saya jubah dari negara ni antara yang terbaik kualitinya. Saya bukannya jenis yang mampu beli jubah dari kain gred A+ kalau di Dubai harganya boleh mencecah AED 2-3k atau RM2,000-3,000 sepasang.

Kalau ke Dubai, saya pasti tak akan lepaskan peluang ke Suq Naif. Macam Suq Bahri kat Bahri, Sudan tu. Cuma pastinya ia lebih modern dan mesra pengguna. Suq Naif ni memang banyak jual jubah hitam dengan harga yang murah dan kualiti kainnya juga bagus. Ketika tinggal di Sudan dulu, setiap kali balik Malaysia cuti sem saya akan singgah Dubai untuk beli jubah di Suq Naif ni. Dapat jugalah kawan-kawan Malaysia saya merasa jubah Dubai. Alhamdulillah. Bukan apa, dulu kan susah nak cari jubah hitam timur tengah kat Malaysia ni. Banyak jubah hitam diimport dari Indonesia. Saya tak berapa menggemarinya.

Sekarang segalanya sudah menjadi mudah. Kalau malas nak jalan window shopping, anda boleh juga berwindow shopping guna internet je. Antara website yg sering saya kunjungi ialah Jubah online, Abaya Arab & Miss Abaya. Klik je dan anda pasti terpesona dengan kerlipan jubah-jubah tu. Haha. Selain itu, jika anda berminat tentang fashion2 muslimah timur tengah dan hijab mereka yang cantik tu, boleh layari The Hijablog & Hijabs High (i just found out bout this blog)

Saya harap info-info yang saya berikan ni berguna bagi sesiapa yang berminat. Saya memang peminat jubah hitam timur tengah dari dulu lagi. Faktor persekitaran kerana dikelilingi rakan-rakan dari sana mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi saya. Satu lagi, bapa saya sangat suka melihat saya pakai jubah hitam. Kerana itu, beliau tak pernah lokek hulurkan duit kalau saya nak beli jubah-jubah tu waktu saya masih belajar dulu. hehe. Untung jadi anak bapa kan.

Ok-ok merapu dah ni. See you at the next post. Tapi sebelum tu, saya nak tanya pendapat sesiapa yang meminati jubah hitam ini. Kenapa anda meminatinya? :)

k. Hiduplah jubah hitam untuk Islam ! Hehe

3 comments:

haundem said...

lama tak menjengah, akak suka yg dr turki,iran,etc yg menutup aurat tp masih nampak smart, mcm office wear, hihi not necessarily jubah la kan :)

cuttings yg penting kan:)
jubah hitam ni kalu nak kuar umah sekejap2, senang, sarung je, cuma cuaca panas ni terasa la heat nye, kdng2 wonder juga cmne diorg survive bila cuaca panas? huhu

thanks for the info!!

alhamdulillah diberikan ruang dan rezeki untuk ke tanah suci:)

p/s blogspot pun ade feature selected entries protected by password, mcm wordpress eh?mcm mana nak buat tu?

Nurul Zahar said...

Salam akak,
syukran sudi singgah :) Lm x dengar kabar. Betul3x,jubah turki memang smart ala2 kot. plus material die ringan.

Jubah hitam tu, kalau dah terbiasa, panas ke hujan ke hentam je pakai. Haha. Memang senang sarung. Kalau balik kampung tu jubah hitam wajib dibawa. Main sarung2 je. Hehe

Alhamdulillah, tapi mohon doa semoga dipermudahkan urusan kami. Risau visa x siap lagi.

Pasal password protected post tu akak boleh cuba surf laman web ni
http://maribinablog.blogspot.com/2009/12/memasang-password-pada-post-atau.html

Die ada ajar cara2 memasang password pada post. Try lah. Good luck k.

ibnu marzuki al firdaus said...

hari tuh p abu dhabi dgn d7 rm250 je then beli naqab sekali sama abaiyah dlm rm50 sebab beli kat psr mlm je standardnya. pakat beli smpi 20 helai utk sdara2 mara malaya! nak? kena jd bini dululah gamaknya, hehe...