Saturday, August 7, 2010

Tak Seindah Mimpi

Aku terpaksa give up pada cita-cita aku nak jadi peguam, sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat ini. Kenapa? Oh, panjang sekali ceritanya. Dan tentunya aku punya alasan yang sangat kuat untuk lepaskan impian yang telah aku bina sejak kecil lagi. Pasti ada hikmahnya. Apa yang terjadi ini tidak sama sekali aku minta. Sungguhpun begitu, perkara ini pernah terlintas di fikiran suatu ketika dahulu. Aku pernah terfikir, apa yang akan aku lakukan sekiranya aku tak berjaya bergelar peguam? Apa pilihan yang aku ada sedangkan selama ini kerjaya itu yang begitu aku dambakan. Selama ini juga, aku berhempas pulas belajar undang-undang. Double pulak tu; di kanan syariah di kiri sivil, semata-mata ingin kejar cita-cita untuk menjadi peguam. Kesudahannya, ia tak semudah yang disangka. Ia tak seindah mimpi. Ia tidak berjalan seperti yang dirancang. Betapa lemahnya manusia dan betapa hebatnya Sang Pencipta. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

Tipulah jika aku katakan aku tidak kecewa. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa remuknya hati kecil ini. Betapa aku rasakan dunia ini tidak adil bagi orang-orang seperti aku. Tetapi, ingat! Allah itu kan Maha Adil. Keadilan akan sentiasa berpihak kepada mereka yang benar. Cuma lambat atau cepat sahaja. Aku hanya perlu berlapang dada dan terima segala keadaan yang ada disekeliling dengan hati terbuka.

Sekarang, aku perlu men'sharp'kan minda dan melihat, apa pilihan yang aku ada selain bergelar peguam? Apa keistimewaan dan kelebihan yang aku ada berbanding orang lain untuk aku majukan diri?

Tidak lama dulu, T.E.D pernah berkata "kalau diteliti, kau sebenarnya mempunyai banyak kelebihan dari aku. Cuma kau suka merendah diri dan gagal tunjukkan potensi sebenar yang kau ada". Oh, benarkah begitu? <-- Lihat! Aku sendiri ragu-ragu dengan kebolehan yang aku ada. Maka, benarlah apa yang T.E.D kata.

Sempena Ramadhan yang hampir tiba ini, aku mahu melebihkan usaha bermuhasabah diri. Banyak perkara dalam diri ini yang perlu aku ubah. Begitu juga dengan mind set yang semakin negatif. Mana perginya aku.diriku.dulu. yang sentiasa berfikiran positif dalam banyak perkara? Aku seolah hanyut dalam diriku sendiri.

Ya Allah, kau lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu ini. Tunjukkanlah. Lorongkanlah.

4 comments:

nurnuha said...

its ok dear. its does not really mean u have to gve up.because obstacle comes to make us stronger, and better, too..ada org perjalanannya jauh utk smpi ke tmpt tujuan,ada org jalannya singkat..tp yg penting azam dan tekad..remember? :) i always have that same thoughts in mind..on whether can i cope with being an architect? but whatever, i'm still going to follow that journey.giving up is just not in the dictionary.ok? wish u well and wish u all of strength life could bring.

NurLulu said...

Oh, i just noticed this comment, thank you Nuha for the lovely comment and your moral support! You are very right. I shouldn't give up the dream to become a lawyer but it seems impossible for me now.

Alhamdulillah, i still in the right track, its just i can't practice as a lawyer now, but i never put away the dream. Becoming a lawyer is always be my dream, InsyaAllah one day in the near future.

Pray for me, dear! And may Allah give the best to us in whatever we do. Ameen.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Lulu salam
Akak teringat satu ketika dahulu, bagaimana bercita-cita mahu menjadi seorang akauntan, tetapi apabila belajar dalam bidang perakaunan, kemudian tukar ke bidang komputer, kemudian sains, bekerja dari satu tempat dari satu tempat, ianya tidak pernah memgembira dan membahagiakan. Jika dibandingkan dengan menulis dan membaca. Lakukan sesuatu yang mengembirakan, jangan sesekali memaksa dia.
Mungkin impian lulu menjadi peguam tetapi impian tidak semestinya memgembirakan.
Kenalpasti potensi diri dan paling penting bidang apa yang membuat jiwa kita hidup.
Insya-ALLAH, sesuatu yang kita lakukan dgn rasa gembira, akan menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan.

Nurul Zahar said...

Kak Yati! Terima kasih atas komen akak, ia begitu menusuk jiwa buat saya berfikir, perjalanan hidup setiap dari kita berbeza-beza, untuk capai impian masing-masing kita akan lalui pelbagai dugaan. Ada orang berjaya dengan mudah, ada orang terpaksa melalui hidup yang penuh liku untuk berjaya.

Menjadi peguam mmg impian dan cita-cita saya dari kecil, tapi betul kata akak tak semestinya apa yang kita rasa terbaik untuk kita tu tak semestinya memang bagus untuk kita.

Bila akak kata 'kenalpasti potensi diri dan paling penting bidang apa yang membuat jiwa kita hidup', saya dah tahu jawapannya!!

Terima kasih, Kak Yati atas nasihat yang amat berguna. Walaupun hidup ini realitinya tak seindah mimpi, tapi kita boleh berusaha untuk jadikannya seindah mimpi :)

Terima kasih, kak.