Tuesday, December 14, 2010

Selesai Interview Pensyarah Mara

Rasa lega teramat. Bukan sebab dah tahu keputusan temuduga, tapi lega sebab berjaya buat yang terbaik - yang PALING baik di antara temuduga-temuduga yang pernah dihadiri sebelum ini. Fuh, KEPUASAN yang tidak tergambar dek kata-kata.

Adik saya sehingga satu tahap pernah berkata, kalau kau desperate, ko mesti akan buat terbaik. Ko akan buat apa sahaja dan kadangkala sesuatu yang tak pernah terjangkau dek fikiran. Hah, inilah dia hasil dari ke-desperate-tan saya yang menyebabkan saya membuat persediaan mantap dan berusaha all out untuk kedua-dua temuduga ini.

Apabila kita enjoy untuk mendapatkan apa yang kita mahu, makanya kita ada PASSION untuk mendapatkan sesuatu, kita akan berusaha bersungguh-sungguh dan tolak rasa malu ke tepi. Dari situ, keyakinan akan timbul dengan sendirinya dan inilah yang berlaku pada saya. Terlebih yakin sehingga para panel mengatakan saya nampak begitu yakin. Adakah ia pujian atau sengaja mahu berprovokasi? HahaKelmarin, Isnin 13/12, saya menghadiri interview peringkat akhir bagi jawatan Pensyarah MARA untuk subjek Business Law bertempat di Bangunan Mara, Jalan Raja Laut. Sebelum ini saya dah berjaya lepasi 2 peringkat; ujian personaliti dan micro-teaching; kedua-duanya diadakan di Kolej Profesional Mara di Beranang (berdekatan Kajang). Waktu sesi micro-teaching tu memang ramai yang hadir tapi saya kurang pasti berapa ramai yang apply untuk dapatkan tempat sebagai pensyarah subjek business law. Untuk interview terakhir ni, hanya 15 orang sahaja (untuk subjek BL) yang berjaya melayakkan diri. Saya dapat rasakan persaingan agak sengit tahun ni. Panel-panel yang menemuduga pun boleh tahan jugak! Suka betul bertanya soalan-soalan provokasi. Berkerut juga dahi nak menjawab. Namun, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Saya juga dapat ramai kawan baru selain kawan atas kawan. Maknanya, kawan yang baru sahaja saya kenali turut mengenali kawan-kawan sekelas saya ketika belajar master di UIA dulu. Kecilnya dunia.

Semalam pulak, saya menghadiri final interview di AmIslamic Bank di Jalan Yap kwan Seng. Sebelum ini pada 25/11, saya hadir untuk sesi temuduga pertama dan panel-panel yang menemuduga saya ketika itu terdiri daripada Head of Syariah Governance sendiri dan pembantunya serta seorang wakil HR. Kali ni, yang menemuduga saya adalah Ketua HR sendiri. Saya rasakan temuduga kali ini lebih santai berbanding sebelumnya kerana ketika pertama kali ditemuduga Ambank, persoalan berkenaan islamic banking and finance dan sejauh mana pengetahuan saya dalam bidang tersebut lebih ditekankan oleh para panel. Saya juga perlu menyakinkan mereka bagaimana seorang yang datang dari latar pendidikan undang-undang instead of economic or fiqh muamalat etc adalah sesuai memegang jawatan tersebut; sesuatu yang bukan mudah. Tetapi, saya telah melakukan yang terbaik, alhamdulillah. Manakala, bagi sesi temuduga semalam, saya merasakan ia lebih cenderung kepada mengenali personaliti saya dengan lebih dekat. Mungkin terdapat beberapa orang lagi calon yang sesuai untuk jawatan tersebut dan pihak yang terlibat belum dapat memilih calon manakah yang paling sesuai dan saya percaya personaliti calon yang bakal diambil bekerja juga memainkan peranan yang penting.

Apapun, segalanya sudah pun berakhir dengan baik. Saya tidak begitu memikirkan tentang keputusan yang bakal saya terima. Yang penting, saya sudah pun berusaha dan lakukan yang terbaik. Yang lebih penting adalah pengalaman yang berjaya saya kutip sepanjang temuduga2 tersebut. Dengan menghadiri temuduga, keyakinan saya semakin bertambah, itu yang paling ketara, alhamdulillah! Sekarang ini apa yang perlu saya buat ialah terus berdoa dan bertawakal kepada Allah. Moga-moga dipermurahkan rezeki dan mendapat kerja yang diingini.

Bila saya fikir-fikir balik, walaupun agak sukar mendapatkan pekerjaan ketika ini, tetapi banyak sungguh hikmah yang saya perolehi di sebalik segala ketetapan Allah ini. Saya menjadi lebih tabah dan sabar mengharungi kehidupan dan rasa lebih cekal menangani masalah-masalah yang datang dalam hidup. Syukur juga kerana pengalaman tinggal di Sudan dulu telah banyak membantu saya menghadapi hari-hari mendatang. Terima kasih Ya Allah atas anugerah yang tidak terhingga ini. Mungkin orang lain tidak akan faham. Cukuplah hanya saya sahaja yang memahami kerana hanya saya yang merasai :)


Setiap hari saya bersyukur atas segala rezeki yang Allah SWT berikan. Keluarga yang penyayang, sahabat-sahabat yang caring dan memahami, ilmu serta pelajaran yang tidak pernah terhenti dari kamus hidup ini, kebebasan untuk terus menikmati nikmat Islam yang tidak terhingga ini dan banyak lagi. Sesungguhnya, hanya kepadaNya saya bersyukur.

(^_^)

Nota Kaki:
* Gambar 1 & 2 credit kepada Mr. Google.
* Gambar 3 diambil ketika tahun ke-2 pengajian saya di Sudan sekitar tahun 2003. Ketika itu berumur 18 tahun, terasa begitu matang :)

3 comments:

nurnuha said...

My friend, i wish we can meet up some day..tahniah atas interview yang berjalan lancar.alhamdulillah. dan nuha sangat setuju dengan kata2 adik fiza tu..bagaimana nak letak rasa malu ke tepi dan berasa yakin. skrg ni nuha pun baru nak siapkan resume dan apply kerja. so harap2 semua berjalan lancar juga untuk masa hadapan kita.:) btw, mungkin nuha tak belajar law macam kamu..tapi..mungkin sebenarnya saya juga memahami perasaan itu. Wallahualam. happy for u dear. :D

NurLuLu said...

Nuha, thanks for dropping by. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan masih menunggu keputusan. Moga2 ada berita baik :) Nuha pun good luck juga k! Insyallah ada yang terbaik untuk kita di luar sana.

p/s: Hari itu ada chat ngan Hatta, dia bagitahu ada hang out dgn korang kat Putrajaya. Bestnye. Insyallah ada rezeki kita jumpa :P

nurnuha said...

yup2 betul tu! :) lama diorang spent time kat umah..kalau free dtgla putrajya..:D