Rasa lega teramat. Bukan sebab dah tahu keputusan temuduga, tapi lega sebab berjaya buat yang terbaik - yang PALING baik di antara temuduga-temuduga yang pernah dihadiri sebelum ini. Fuh, KEPUASAN yang tidak tergambar dek kata-kata.
Adik saya sehingga satu tahap pernah berkata, kalau kau desperate, ko mesti akan buat terbaik. Ko akan buat apa sahaja dan kadangkala sesuatu yang tak pernah terjangkau dek fikiran. Hah, inilah dia hasil dari ke-desperate-tan saya yang menyebabkan saya membuat persediaan mantap dan berusaha all out untuk kedua-dua temuduga ini.
Apabila kita enjoy untuk mendapatkan apa yang kita mahu, makanya kita ada PASSION untuk mendapatkan sesuatu, kita akan berusaha bersungguh-sungguh dan tolak rasa malu ke tepi. Dari situ, keyakinan akan timbul dengan sendirinya dan inilah yang berlaku pada saya. Terlebih yakin sehingga para panel mengatakan saya nampak begitu yakin. Adakah ia pujian atau sengaja mahu berprovokasi? Haha


Apapun, segalanya sudah pun berakhir dengan baik. Saya tidak begitu memikirkan tentang keputusan yang bakal saya terima. Yang penting, saya sudah pun berusaha dan lakukan yang terbaik. Yang lebih penting adalah pengalaman yang berjaya saya kutip sepanjang temuduga2 tersebut. Dengan menghadiri temuduga, keyakinan saya semakin bertambah, itu yang paling ketara, alhamdulillah! Sekarang ini apa yang perlu saya buat ialah terus berdoa dan bertawakal kepada Allah. Moga-moga dipermurahkan rezeki dan mendapat kerja yang diingini.
Bila saya fikir-fikir balik, walaupun agak sukar mendapatkan pekerjaan ketika ini, tetapi banyak sungguh hikmah yang saya perolehi di sebalik segala ketetapan Allah ini. Saya menjadi lebih tabah dan sabar mengharungi kehidupan dan rasa lebih cekal menangani masalah-masalah yang datang dalam hidup. Syukur juga kerana pengalaman tinggal di Sudan dulu telah banyak membantu saya menghadapi hari-hari mendatang. Terima kasih Ya Allah atas anugerah yang tidak terhingga ini. Mungkin orang lain tidak akan faham. Cukuplah hanya saya sahaja yang memahami kerana hanya saya yang merasai :)
Setiap hari saya bersyukur atas segala rezeki yang Allah SWT berikan. Keluarga yang penyayang, sahabat-sahabat yang caring dan memahami, ilmu serta pelajaran yang tidak pernah terhenti dari kamus hidup ini, kebebasan untuk terus menikmati nikmat Islam yang tidak terhingga ini dan banyak lagi. Sesungguhnya, hanya kepadaNya saya bersyukur.
(^_^)
Nota Kaki:
* Gambar 1 & 2 credit kepada Mr. Google.
* Gambar 3 diambil ketika tahun ke-2 pengajian saya di Sudan sekitar tahun 2003. Ketika itu berumur 18 tahun, terasa begitu matang :)
3 comments:
My friend, i wish we can meet up some day..tahniah atas interview yang berjalan lancar.alhamdulillah. dan nuha sangat setuju dengan kata2 adik fiza tu..bagaimana nak letak rasa malu ke tepi dan berasa yakin. skrg ni nuha pun baru nak siapkan resume dan apply kerja. so harap2 semua berjalan lancar juga untuk masa hadapan kita.:) btw, mungkin nuha tak belajar law macam kamu..tapi..mungkin sebenarnya saya juga memahami perasaan itu. Wallahualam. happy for u dear. :D
Nuha, thanks for dropping by. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan masih menunggu keputusan. Moga2 ada berita baik :) Nuha pun good luck juga k! Insyallah ada yang terbaik untuk kita di luar sana.
p/s: Hari itu ada chat ngan Hatta, dia bagitahu ada hang out dgn korang kat Putrajaya. Bestnye. Insyallah ada rezeki kita jumpa :P
yup2 betul tu! :) lama diorang spent time kat umah..kalau free dtgla putrajya..:D
Post a Comment