Tuesday, February 8, 2011

Moga cepat sembuh

Sudah 2 hari Abah saya tidak ke pejabat. Minggu lepas, tiba-tiba sahaja kaki kirinya membengkak. Tampak kemerah-merahan. Pada mulanya tidak terasa sakit, tapi lama kelamaan Abah mula berasa 'nyut-nyut' seperti bisa bisul yang mahu meletus. Bezanya, tiada mata. Hanya kemerahan. Doktor beritahu, ia gout. Puncanya, sudah pasti dari makanan. Ah, Abah memang tidak tahu apa itu berpantang makan daging dan kacang. Sebab, dua benda itulah favourite dia.

Abah sebenarnya sudah lama tak makan kacang. Mama memang larang. Tapi, entah macamana sejak balik ke sini, benda itulah yang dibelinya. Tak puas kacang mengelembu dalam bungkusan merah tu, dia beli pula air soya berkotak-kotak. Bukankah ingredient nye kacang juga?

Tadi petang selesai medical check up Mama di Hospital Ampang Puteri, kami singgah di kedai Maycare (jual peralatan perubatan). Pilih tongkat berlipat supaya Abah lebih senang bergerak. Kami yang tidak tahu apa-apa, spare duit sehingga RM300, bimbang harganya mahal. Rupa-rupanya RM65 sahaja sebuah.

Abah mahu ke pejabat esok. Saya cadang mahu mengiringi Abah ke sana. Saya terfikir, dengan tangan sebelah bertongkat tu, larat ke dia nak angkut beg seorang-seorang. Tingkat 74 pula. Kasihan.

Saya jarang sekali melihat Abah saya sakit. Apatah lagi ambil cuti sakit. Lihatlah, baru 2 hari ambil MC, sakit pun belum baik lagi sudah mahu ke office. Mungkin jika tidak bekerja, sakitnya bertambah lagi. Orang tua, begitulah mungkin.

Mujurlah sakitnya tidak serius. Harap-harap Abah baik cepat. Amin. Selepas ini semua orang kena bekerjasama. No nuts, nomore soybean.

No comments: