Sunday, September 25, 2011

Convo

Beberapa hari lepas, saya mendapat surat dari CPS UIAM berkenaan post graduate convocation yg dijadualkan pada 7hb Oktober nanti. Kaget saya dibuatnya oleh kerana saya tidak mendapat sebarang maklumat tentang perkara ini sebelum ini. Saya menelefon Law Center untuk kepastian. Akhirnya mereka memberitahu terdapat kesilapan teknikal di pihak CPS, maka dengan ini telah pun dipastikan bahawa saya hanya akan convo DAIJ pada 3hb Disember nanti. Sudahpun menjadi kebiasaan convocation utk advance diploma seperti DAIJ, DSLP atau profesional certificate seperti CLP atau LLM dibuat berasingan.

Maka dalam tempoh 6 bulan akan datang, saya punya 2 convo berasingan. Pertama, convo DAIJ di UIA pada bulan Disember dan kedua, convo Fstep di Lanai Kijang, Bank Negara pada bulan Februari tahun depan, Inshallah.

Indahnya perancangan Allah Swt! Alhamdulillah...

Moga-moga saya terus bersemangat untuk belajar dan sambung belajar. Abah sudah pun beberapa kali memberi hint menyuruh saya menyambung ke peringkat lebih tinggi lagi (PHD). Saya sekadar senyum. Niat ke arah itu sudah lama tersemat di hati namun, saya perlukan sedikit masa lagi. Harap abah faham.

Dan harapnya saya tidak akan sesekali lupa tentang ini. Belajar dan menimba ilmu merupakan proses berterusan yang tidak akan pernah putus. Di waktu muda ini, selama mana kudrat terus gagah selagi itulah kita patut merebut peluang menimba ilmu.

Ibn Sina pernah berkata:

"Jika ditanya kepadaku tentang alam remaja, nescaya aku akan berkata: tiada kehidupan yang lebih singkat daripada menerima ilmu yang luas".


Usia muda hanya sesingkat cuma. Di waktu inilah kita perlu merebut apa jua peluang untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Wallahu'alam.

No comments: