Tuesday, September 20, 2011

Haih, begitulah.....

Lama benar tidak update blog ini. Bukan sbb tak ada masa, tetapi macam payah benar nak tulis; tiada idea langsung! Nak bercerita perkembangan sendiri pun, tak ada apa yang menarik! Masih seperti dahulu, bezanya sekarang ni sibuk dengan tugasan. Maklumlahlah orang baru masuk kerja semula setelah 6 bulan bersusah payah pergi training. Masuk kelas keluar kelas, masuk hutan keluar hutan, masuk laut keluar laut. Itulah kerjanya. Berasa sedikit bangga pada diri sendiri, sebab akhirnya berjaya juga ya. Sekarang ni, boleh lah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan orang-orang di bank tu. Hehe.

Sekarang ni, untuk permulaan, kerja tak lah berapa banyak lagi. Bos pun selalu outstation. Minggu lepas beliau ke Phuket menghadiri Muzakarah Cendiakawan di sana. Pelik la. Kenapa ya banyak2 tempat, Phuket, Thailand juga yang dipilih pengajur. Kasihan pak-pak ustaz, asyik kena tunduk bawah sahaja. Haha. Jangan marah ya pak! Pasti ada sebab la tu. Kena tanya Dr. Asyraf Wajdi.

So far, kerja di islamic bank ni mematangkan minda saya. Sebab apa? sebab yang dok dalam department tu semuanya masyallah, soleh-soleh belaka. Maka, secara automatiknya membimbing saya untuk memperbaiki diri sendiri. Alhamdulillah, selalu mengimpikan kerjaya yang menguji minda dan menjadikan saya insan yang lebih baik dalam beragama. Akhirnya, inilah ketentuan tuhan.

teeet...saya dah kekeringan idea. tak tahu apa lagi yang hendak ditulis. Saya doakan semua sihat-sihat dan baik-baik sahaja. Ada masa, saya akan tulis lagi. Wassalam.

2 comments:

dhr said...

eh, kursus 6 bln u all ni kedengarannya mcm kursus DPA (Dip Pengurusan Awam) kursus wajib PTD. Masuk kelas, keluar kelas. Masuk hutan keluar, hutan. Masuk laut, keluar laut. =)

Nurul Zahar said...

Salam Dian, hah lebih kurang la tu. Bank negara pun dah ikut style government skrg ni. Cuma yang ni professional certificate je instead of a diploma. Apapun, yg penting pengalaman yang diperolehi! Mmg best :)