Assalamualaikum,
Waktu sudahpun melewati jam 2 pagi. Aku baru sahaja tiba dari kampung bersama T.E.D dan Eeqah. Lewat sehari dari Mama, Abah dan Angah. Angah tidak berapa sihat jadi mama mengambil keputusan untuk pulang ke KL lebih awal.
Raya kali ini merupakan yang pertama buat kami sekeluarga berkumpul sejak 7-8 tahun yang lalu. Kali ini kami bertujuh dapat pulang ke kampung bersama-sama meraikannya dengan nek umi dan sanak saudara yang lain. Tahun lepas aku hanya dapat pulang ke kampung bersama T.E.D kerana Abah Mama dan adik-adik masih di Sarawak.
Raya kali ini kami berkesempatan beraya ke rumah saudara mara di Batu Pahat, Johor. Kata Abah, sudah lebih 10 tahun dia tak berpeluang berjumpa mereka kerana jarang benar dapat pulang beraya di kampung. Ada antaranya, Abah sudah hampir lupa jalan ke rumah mereka. 10 tahun merupakan tempoh yang agak lama. Sepanjang tempoh tersebut, banyak perubahan yang berlaku. Ada tu, dari sekecil2 rumah menjadi sebesar2 rumah. Dari rumah papan, bertukar rumah batu dihiasi taman bunga. Cukup cantik. Ada pula, dari sekadar ladang getah, sudah dimajukan dengan kawasan perindustrian. Perubahan yang sangat ketara. Mujurlah kebetulan keluarga Mok Long memang merancang untuk pergi beraya ke rumah-rumah mereka. Jadi, kami berkonvoi bersama-sama.
Alhamdulillah, raya kali ini terasa begitu terisi dengan aktiviti-aktiviti mengeratkan silaturrahim. Bukankah itu salah satunya tujuan sambutan hari raya ini? Yang jauh didekatkan, yang dekat makin didekatkan. Syukur Alhamdullilah.
Walaubagaimanapun, dalam kemeriahan sambutan hari raya ni, aku masih beringat-ingat bahawa masih ada tugas besar yang bakal menantiku apabila habis cuti kelak. Isnin ini (5/9/2011) merupakan hari pertama aku melapor diri untuk bertugas. Terasa begitu cepat masa berlalu. Terasa baru semalam hari pendaftaranku di Fstep. Pejam celik kini, aku sudah pun selesai latihan selama 6 bulan di Fstep dan bakal memulakan tugas di bank dalam masa 2 hari lagi. Ya Allah, cepatnya!
Terasa belum sepenuhnya bersedia untuk tugasan ini. Akan tetapi, sampai bila? sampai bila mahu bersedia? Hendak tak hendak, aku perlu kuatkan semangat kerana aku yakin aku boleh melalui semuanya. Kembali bekerja setelah 6 bulan latihan ditambah 3 bulan menganggur dulu, merupakan sesuatu yang aku benar-benar mahukan. Aku tidak mahu melengahkan masa, ini adalah jalan yang aku pilih. Aku perlu lakukannya dengan sepenuh hati dan mahukan yang terbaik untuk ini.
Tidak lama dulu, aku pernah berada di dalam dilema antara meneruskan kerjayaku dalam bidang guaman atau bertukar angin dalam bidang perbankan yang sangat asing bagiku sungguhpun di situlah minatku berada. Dan di saat ini, Allah swt telah memakbulkan apa yang aku inginkan dan seterusnya memberikan jalan dan lorongan buatku. Segala-galanya dipermudahkan. Maka, aku perlu berusaha untuk berikan yang terbaik.
Aku tahu, cabaran yang bakal aku lalui dalam menggalas tugas itu nanti bukan sesuatu yang mudah. Aku perlu bersiap sedia. Mental dan fizikal perlu kuat bersatu. Jangan mudah mengaku kalah dan berputus asa.
Aku harapkan dan berdoa semoga segalanya berjalan dengan baik. Kata orang, tiada pelajaran yang lebih berharga dalam hidup ini selain pengalaman. Pengalaman boleh mengajar kita menjadi manusia yang lebih baik dari segala segi. Kita hanya perlu belajar darinya...
Selamat Hari Raya!

No comments:
Post a Comment