Salam all, kerja di pejabat sudah makin bertambah. Bos (selepas ini & entry seterusnya biar saya gelar beliau sebagai "RA") sudah selesa memberi saya tugas. Teringat kata2nya sebelum ini, antara sebab beliau memilih saya bekerja kerana dia yakin saya mampu berdikari tanpa pengawasan sepenuhnya dari senior, beliau melihat potensi tersebut ketika sesi interview tahun lepas. Katanya lagi saya boleh menguasai bahasa inggeris dan arab dengan baik lebih-lebih lagi saya graduan UIA dan pernah belajar di Sudan. Mungkin itu menjadi kelebihan kepada saya berbanding calon2 yg lain.
Sungguh, walaupun manis bila dikenang kata2 ini tetapi saya akui bukan mudah kita hendak mendapat kepercayaan orang atasan. Saya perlu berusaha lebih gigih utk membuktikan saya memang layak untuk berada di situ. Lebih2 lagi apabila BNM sudah memperketatkan syarat2 kelayakan pengambilan pekerja awal tahun ini. Alhamdulillah, inilah yg saya namakan rezeki, sebuah kesabaran yg membuahkan kejayaan.
Berbalik kepada tugas, baru2 ini mentor saya (biar saya gelar beliau sebagai "HS") memberi satu tugas yang agak menarik. Beliau meminta saya untuk cuba terjemah resolusi2 yg keluarkan oleh OIC dari Arabic to English. Ketika ini, resolusi dlm bahasa Inggeris hanya boleh didapati sehingga tahun 2000 sahaja. Selebihnya dalam bahasa Arab. Memang sesuatu menarik walaupun sgt mencabar. Tapi, saya akan usahakan.
Teringat ketika masih belum mendapat pekerjaan, saya hampir saja mendaftar utk kursus terjemahan di ITM, Wangsa Maju. Tetapi oleh sebab saya sudah diterima bekerja, niat tersebut terhenti di situ saja. Mungkin selepas ini saya boleh pertimbangkan utk mengambil kursus separuh masa di hujung minggu.
Oklah, saya rasa masa blogging saya sudah hampir tamat. Jumpa lagi. Ws.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment